EGGLESS CHOCOLATE CAKE (Versi II)


Assalamualaikum...
 
Hari ni shima tak dapat celoteh pjg, sbb byk yg nak di update. Sebelum ni shima penah try resepi kek coklat tanpa telur tp versi yg lain. Bg shima resepi ni lebih sedap dan moist dr resepi yg dulu. Anyway, tekak setiap org tu berbezakan...Tqvm kpd Dayang Jack atas perkongsian resepi yg sgt sedap ni. Shima buat kek ni sempena birthday sendiri...hehe..tu yg x kisah pasal deko2 ni..hentam sajalah labu!! janji sodapppp......


Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com

Bahan-bahan : loyang 6-7 inci

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)

2 sudu besar susu tepung

1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)

1 cawan gula perang

1 sudu kecil esen vanilla

1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco

secubit garam

1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair

1 sudu kecil cuka atau jus lemon



Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.

2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.

3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.

4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.

6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

 


No comments:

Post a Comment