KARE PAN



Kare pan...hah..mesti pelik mendengarnyakan. Tp rasa2 mcm dah boleh agak, ada bunyi seakan2 kari. Memang betul...intinya mmg macam karipap, kentang + kari. Shima buat kare pan ni sbb tergoda tengok kejadian kare pan Hana Jepun dan jg Izzah muffin lover tu...alahai..nmpk sgt menyelerakan. Ok sape nak tgk kare pan yg menyelerakan blehla tgk kat sini...resepi ini diperkenalkan oleh Hana Jepun...dan nmpknya dah ramai jg yg mencuba. Rasanya sedap...lembut di dlm rangup di luar..kena wat sendiri la ye, klu nak tau rasa dan kejadiannya. Foto shima x cun sbb guna hp je..



RESEPI KARE PAN KAK HANA

sumber: hanamemories 

Bahan-bahan


200g tepung gandum@tepung roti
16g butter
18g gula
4g yis kering
2g garam
90-110ml susu segar suam(resepi asal 150ml tp agak lembik
Utk saduran - Telur dan breadcrumbs

Inti Kari

3-4 biji kentang - potong dadu
1/2 btg carrot - potong dadu
100g daging cincang - hana gune ayam
1/4 bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan ikan bilis@udang kering - hana campur
2 sudu makan serbuk kari - bancuh jd pes
2 sudu makan tepung katakuriko - (resepi asal) - hana x ltk
hirisan daun sup
garam dan gula

Cara-cara

Utk membuat inti - blend bwg besar,bwg putih, ikan bilis dan udang kering. Panaskan minyak. Tumis bhn blend. Masukkan pes kari. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging. Kacau lagi. Masukkan pula kentang dan juga carrot serta air secukupnyer. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kentang empuk. Last skali taburkan hirisan daun sup. Resepi asal ltk tepung supaya agak mudah nak masukkan ke dalam roti. Sejukkan.

Untuk membuat roti - Masukkan semua bahan ke dalam BM. Pilih setting dough. ONkan tunggu hingga siap. Jika menggunakan tangan uli semua bahan (gaul bhn kering dahulu). Masukkan campuran air@susu segar suam dan yis yang telah diaktifkan terlebih dahulu sedikit demi sedikit hingga tidak melekat di tangan, lembut dan elastik. Perap doh hingga naik dua kali ganda.

Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 20-30g setiap satu. Canaikan memanjang seperti membuat cek mek molek. Masukkan inti. Tutup dengan rapat agar inti tidak keluar semasa menggoreng. Buat sehingga habis.

Kocok2kan telur. Celup roti tadi ke dalam telur. Seeloknya gune penapis supaya senang nak angkat dan toskan telur yg berlebihan. Golek2kan ke dalam breadcrumbs. Buat sehingga habis. Rehatkan seketika lebih kurang 10-15min.

Panaskan minyak. Goreng pan tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas2.







No comments:

Post a Comment