Ku abadikan blog ini sebagai memori kasih suci untuk anakanda yang tersayang Allahyarham Abu Hurairah b. Kamaruddin, yang telah kembali ke Rahmatullah pada 21 Mei 2005 pada usia sehari. Damailah, kau di sana anakku..di sisi Yang Maha Pencipta.
POPIA HORLICK & NESTUM
Ok..tu dia kuih raya kami. Buat 3 balang. Tapi yg tak syoknya...belom raya dah tinggal sebalang. last2 terpaksa suruh bibik shima buat lg. Memang rangup..dan terasa lemak manisnya.
Popia Nestum Horlicks
Oleh:Norzie hany
Sumber:HaSue
Bahan2
· 2 bungkus popi
· 1/2 cawan nestum*
· 1/2 cawan gula pasir*
· 1/3 cawan horlicks*
· 2 sudu makan tepung gandum+sedikit air,jadi paste)-untuk melekat popia
· minyak secukupnya(dlm 3 cawan) untuk menggoreng
Cara:
1. Pisahkan kulit popia satu persatu
2. Gulungkan dan 'gam'kan hujungnya dengan paste tepung.
3. Setelah semua selesai digulung,gunting dalam 1 inci
4. Goreng sehingga bertukar warna kekuningan,angkat dan toskan
5. Kisar bersama bahan2 * menggunakan pengisar bahan kering
6. Gaul bersama bahan 4 bersama bahan kisar semasa masih suam.
7. Sejukkan sepenuhna sebelum disimpan di dalam balang dan boleh dinikmati bila2 masa..
* Tips jika rakan2 tak mahu popiah diserap minyak, jemur dahulu di bawah panas matahari lebih kug 1-2 jam. Lps tu baru digoreng dgn minyak yg banyak...lps tu ju barulah disira ok....
Label:
Kuih-muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment