PERIA GORENG TELUR


Bismillahhirramanirrahim...

Nyum...nyum..nyum...ni dia sayur favourite shima dan hubby..sayur peria. Shima rasa ramai org tak gemar makan sayur ni sbb rasanya yg agak pahit. Senang je klu tak nak pahit, rendam dulu dgn air garam..kuranglah rasa pahitnya. Klu hubby, peria katak tu dia mkn mentah je wat ulam..bagus tau utk elak darah tinggi. Spt yg kita sayur yg pahit ni byk khasiatnya mcm petai, jering dsb krn ia boleh mencuci buah pinggang kita...cehhh! mcm doktor plak shima ni...
Ok la, sesiapa yg nak resepinya...boleh salin..senang je, pejam mata pun bleh wat..

SAYUR PERIA GORENG TELUR

Bahan-bahannya;
1 biji peria-dibelah dua
5 bii bawang kecil-dihiris
2 biji bawang putih-dihiris
1 batang lada merah-dipotong serong
Segenggam ikan bilis
Sebiji telur
Sedikit air

Cara memasak
Tumis bhn yg dihiris dan ikan bilis hingga layu, masukkan sedikit air. Setelah mendidih masukkan sayur peria dan gaul rata. Setelah sayur hampir masak, masukkan telur dan tumis sebentar. Masukkan sedikit garam dan kacau rata. Tutup api. bolehlah dihidangkan bersama nasi putih. 




Asam Pedas Ikan Sebelah

 
 
 Ummm cakkkkk!!!
Apa khabar? Jgn risau, shima tak nak cite byk, coz ramai yg dah mabuk tengok menu ni..hehe. Maklumlah org johor..memanglah tak bleh tinggal asam pedasnya. Sampai byk sgt versi asam pedas...mcm2 dia org bubuh. Tak taula yg mana satu original..Yg penting mesti ada rasa masam, pedas dan masin sedikit..barulah dipanggil asam pedas. OK..jom la salin resepinya ye...






ASAM PEDAS IKAN SEBELAH
Bahan-Bahan:

6-8 ekor Ikan (Kembong/Pari/Cencaru/Kerisi atau lain2 ikan yg sesuai)
Sayur Bendi/Terung (kuantiti ikut selera anda)
Daun Kesum (shima ganti daun limau purut)
Semangkuk air asam jawa
Sedikit halia-dihiris
Garam secukup rasa
Secubit gula

Bahan Kisar:
10 biji Bawang Merah Kecik
5 ulas Bawang Putih
1 inci Kunyit Hidup
1 genggam Cili Kering

Cara-cara memasak:




  • Tumis halia diikuti bahan kisar sampai betul2 garing (naik minyak) -- kalau xbetul2 garing xsedap tau.
  • Masukkan semangkuk air asam jawa..pastu tunggu sampai kuah mendidih
  • Bila dah mendidih, masukkan ikan & bendi/terung (pastikan ikan & sayur tenggelam dlm kuah, kalau x tenggelam tambahla air lagi)...biarkan api sederhana besar sampai kuah mendidih
  • Bila dah mendidih, kecikkan api, masukkan daun kesum/limau purut, garam & secubit gula
  • Biarkan api maintain kecik dalam 10 minit, cuba rasa..kalau ada yg kurang tambahla apa2 yg patut...Ikut pengalaman saya, rasa asam pedas yg sedap ialah masam & masinnya terasa. Jika guna ikan lembut, pastikan masak jgn terlalu lama, krn isi ikan akan hancur. 
  • Tutup api, dan bolehlah dihidangkan panas2.

UDANG MENTEGA



Assalamualaikum...
Hari ni Shima malas nak celoteh panjang. Kepala ni rasa berat sgt mcm ditimpa batu konkrit..huhu. Mana tak nye selsema dah masuk 3 minggu, tp masih tak baik2 lagi...huhu. Nak mkn pun takde selera...hilang deria rasa...tak syok betul. Dah mcm2 ubat telan, tp camtu gak. Sedih betul bila tengok anak2 dan hubby mkn dgn berselera..tp tukang masak..tak dapat nak menikmati masakannya...

Oklah...malas nak cite panjang. Udang mentega ni sepatutnya kena guna kuning telur je kalau nak dia bersarang. Tapi shima sayang pulak nak buang putih telur, tu yg kejadiaannya mcm dlm gambar...dia tak bersarang..tapi rasanya mmg sedap..ada lemak, manis, masin2 butter..pedas sikit..mmg kenalah dgn tekak family shima..

Jom..tgk resepi!


UDANG MENTEGA
Sumber : Majalah Saji
Bahan-Bahan
·         12 ekor udang saiz besar
·         2 sudu butter
1 sudu besar susu cair
·         3 biji kuning telur
·         Sedikit daun kari – letak 2 tangkai
·         Sedikit cili padi – letak 5 biji di potong serong
·         Serbuk kunyit dan Garam
·         Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan
  1.  Goreng udang sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak, masukkan daun kari dan cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Apabila sudah masak, ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, biarkan minyak di kuali anggaran dalam 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair dan minyak betul-betul panas.
  4. Sementara itu, kacau-kacau telur dan susu cair bagi rata. Matikan api apabila minyak betul-betul panas. Tuangkan perlahan-lahan telur sambil tangan kanan mengacau dalam bentuk pusingan. Biarkan ia bertali-tali.
  5. Apabila sudah selesai, angkat telur dan toskan tapis untuk membuang minyak berlebihan. Seterusnya, tos di atas kertas serap minyak (tisu dapur)
  6. Kemudian, campurkan udang dan telur, dan hidangkan.

KEK CHIFFON PANDAN & MOCHA

 Ok...n3 yg terakhir utk mlm ni ialah Kek Chiffon Pandan & Mocha. Resepi asalnya ialah Kek Chiffon Pandan, tp saja Shima tukar dan melakukan penderhakaan, dn menambah perisa mocha. Emm..boleh thn sedap..patutla kwn2 ada yg nak order. Tp klu shima, shima lg suka Chiffon Strawberi Coklat. Tak kisahla tu..janji sedap kan..kan..Nak resepinya??

Kek Chiffon Marble Pandan & Mocha
Bahan A
6 biji kuning telur
50 gm gula castor
1/4 garam
4 sudu besar minyak jagung
70 gm santan

Bahan B
110 gm Tepung kek
(klu tak ada tpg kek guna tepung gandum dan add 1/2 sudu teh baking Powder)

Bahan C
6 biji putih telur
100 gm gula castor
1/2 sudu teh krim of tartar 

Bahan D
1 sudu teh pandan paste
1 sudu teh mocha emulco + 1 sudu besar coco powder + 1 sudu besar air panas




  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Bancuh kan A hingga sebati. Masukkan B dan gaul hingga sempurna.
  3. Pukul putih telur C hingga kembang. Kemudian tambahkan gula dan krim tartar. Pukul lagi hingga kental (kalau kita angkat pemukul ia spt bertanduk - meringue)
  4. Ambil 1/4 bahagian meringue dan gaulkan dgn adunan kuning telur dr langkah (2) dengan kaedah kaup balik dan sebatikan hingga rata. Masukkan semua baki meringue dan gaulkan adunan dgn rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu bahagian di campurkan dgn pandan paste dan kaup balik hingga rata. Manakala satu bahagian lagi dicampurkan mocha emulco dan serbuk koko dan kaup balik dgn sempurna.
  6. Tuangkan adunan ke dlm acuan kek angle food 22 cm atau 9 inc ( tak perlu di gris dgn butter ye!) secara berselang seli. Bakar pada suhu 170C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.
  7. Keluarkan kek dr ketuhar setelah masak dan terbalikkan nyer dan biarkan sejuk.
  8. Sisip tepi acuan dgn pisau tajam, tarik keluar dan sisip pulan bahagian bawah acuan. Tanggalkan dr acuan dan bolehlah dipotong untuk dihidangkan.

Cara Membuatnya


DAGING BLACK PEPPER





Assalamualaikum...
Lamanya dah tak bersiaran...rindu rasanya. Dah byk gambar2 tersimpan dlm kamera tp tak sempat nak masukkan dlm n3, almaklumlah sekarang ni minggu peperiksaan. Bukan mak je yg busy, anak2 pun kena kerah suruh buat revision. Kalau tak dikerah, alamatnya memang tak belajarla...lagi2 anak lelaki. Klu girl ni dia tekun juga belajar..ni boy. Klu tanya dah study ke lom...memang jawapannya dah je. Nak lg berkesan...memang ibu bapa kena memainkan peranan. Duduk sama2 study dgn dia..tunjuk ajar mana yg boleh. Barulah dia study betoi2...budak2 la katakan..

Okla..balik pd n3 kita pd hari ni..actually dah lama nak try resepi ni, tp selalu tertangguh, sbb shima ni jarang beli daging. Imran suka makan ayam. Klu Azhad plak dia suka seafood especially udang dgn sotong. Seri pulak setakat ni suka sgt makan tomyam dan bihun goreng. Si kecik Razin...hehe..susu cap ibu..sbb baru 4 bulan..Begitulah karenah anak2. Dulu masa kecik2, makan je apa yg kita sediakan, skrg ni dah pandai order mcm2..especially imran. Baru darjah 3, tp klu dia tengok resepi yg sedap2, mulalah nak itu ini..patutlah muka pun dah kembang skrg. Masa nak masak daging ni risau jg, manalah tau dia org tak nak makan. Tp alhamdulillah, abis juga..sbb masakan ni warna hitam, jd anak2 ingat letak byk kicap..hehe..tu yg laju je.  Itu pun imran bebunyi jg.."Ibu, nape daging ni rasa lain sikit, ibu pakai kicap apa?" Hehe..dlm pd tu tgn dia laju jg menyuapkan nasi ke mulut...

Isk, byk pulak membebel..jom kita salin resepinya. Shima amik resepi Hanie Liza..emm..sedap..

DAGING BLACKPEPPER 

Bahan-bahan 

500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis] 
2 s/b kicap pekat 
2 s/b tepung jagung ] bancuh 
1 cawan air ] 
2 s/b lada hitam [tumbuk] 
3 s/b minyak untuk menumis 
garam secukup rasa... 

bahan tumis [mayangkan/hiriskan] 
5 ulas bawang merah/kecil 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 labu bawang besar 

bahan hiasan 
2 tangkai daun sup ] 
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci 
1 biji tomato [belah 6] 
2 biji cili merah 
2 biji cili hijau 

Cara membuat 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu. 
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut. 
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat. 
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan. 




CARROT CAKE@KEK LOBAK MERAH


Assalamualaikum...
Sok..sek...nampaknya virus selsema dan batuk mula melanda di rumah Shima...alahai..tak larat rasanya nak mengangkat kepala..mcm ada batu bertenggek atas kepala ni. Tekak ni plak dah mula rasa kering dan gatal semacam..mcm dah bg signal suruh sediakan ubat batuk cap ibu anak. Walau apa pun, shima tetap kena siapkan Kek Karamel yg ditempah oleh rakan2 esok..kesian plak nak menolak..dan Tiramisu pd hari Jumaat nnti..

Balik pd n3 ari ni, shima buat kek ni semalam..carrot cake. Favourite kek shima and hubby. Anak2 tak berapa suka, sbb mcm2 benda ada dlm kek tu..tu yg dia kurenggg sikit. Teringat dulu, bila shima teringin sgt nak mkn kek ni, shima terpaksa tempah kat Sri Medan..jauh jg tu..lebih kurang 1 jam juga nak smpi. Sedap punya pasal..lautan api pun sanggup ku renangi..hehe. Pernah skali shima order smpi 2 biji kek...punyala tamak..bukan apa..mmg sedap giler..kek carrot Elis (Cupcake Blicious). Secret Recipe pun kalah...Dlm pd tu shima berazam..nak blaja wat cake ni. Shima ingat dah 8 kali shima wat kek ni dr pelbagai versi resepi...nmpknya smpi la ni..masih blum mencapai standard spt carrot cake Elis..huhu. Cuma resepi ni je yg shima rasa hampir 75% mencapai piawaian tsbt..Shima tak buat topping, sbb hubby nak mkn plain je. Okeylah, jom tengok resepinya..

Carrot Cake
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(shima tak letak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka..

KEK KARAMEL lagi......


Kan dah kata...bila dah rasa kek ni skali mesti nak lagi....lps shima wat skali..esoknya shima terus wat lg...waaalaaa mmg cedap..tak jemu2 menikmatinya...huhuaaaa...tooolonnnggg!!! bertimbun2 le lelemak dlm tubuhku..huhu. Kali ni shima wat keknya mmg dah pas...gebu dan lembut lg dr yg semalam..sbb shima guna api bawah je..cuma yg tak berapa cun, tang karamel tu. Maybe masa kuar kan kek tu, karamelnya masih melekat kat dinding loyang...huhu cacat sikit kek kali ni....ok..sape nak resepi bleh tgk kat n3 yg lepas ye...tata..titi...tutu....try tau!!

KEK KARAMEL

  Tengok dulu ye...kek paling sedap era ini...Hehe..kan shima dah kata...kek ni memang wow!!! sedap bangat...sampai terpaksa wat lg..teksturnya mmg lembut, gebu, lembab2 sikit...sikit pun tak muak bila mkn..tu yg laju je...smpi x ingat nak bg jiran sebelah..Anak2 pulak asyik ngulang buka peti ais nak mkn kek ni. Masing2 x reti nak sebut karamel, jd dia panggil kek paddle pop..hehehe..lantaklah nak..nak panggil apa pun...yg penting kek ni merupakan kek yg plg cepat abis dimakan...mana taknya tak sampai sehari dah licin...lebih2 lg bila dimkn sejuk2...emmmmm cedapnya......nak agi...

Okla...nak resepi tak? Kek ni memang agak leceh penyediaannya, tp hasilnya mmg puas hati. Shima baca blog rakan2 blogger lain yg pernah cuba resepi ada yg sampai 5-6 kali masuk tong sampah. Tp alhamdulillah shima wat 1st time terus jadik...Jom tengok resepinya..


KEK KARAMEL
Bahan-bahan:
(A)
2-3 sudu besar gula

~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.


(B)
½ tin susu cair (200 ml) 
70 gm gula kastor
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung

~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.

(C)
135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.

(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh cream of tartar (optional)
~ Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.


Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.

2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.

3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.

4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.

5. Sedap dihidang sejuk.




Blended Orange Cake


Cakkkk!!! tak mau cite panjang. Mata ni dah brp kali terlelap...tp kuatkan jg ati ni..utk masukkan n3 yg dah lama berkarat ni...Siapa yg lom pernah try kena try, sbb kek ni plg simpleeeeee & rasanya pun sedappp...Klu buat dlm cup lg sedap..shima dah byk kali buat. Ok, jom salin resepinya..

BLENDED ORANGE CAKE

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji orange
1 cawan gula
3 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan ayak)
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan minyak jagung
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)



  1. Oren dicuci dan lap kering, hiris kulit oren tadi, ambil bahagian kuning sahaja. Kemudian ambil isi oren, buang urat2nya. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  3. Dalam alat pengisar makanan atau blender, masukkan oren, gula, mentega cair, minyak masak dan telur, kisar hingga semua sebati halus dan sebati. Tuang dalam satu bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati dan tepung habis.
  4. Tuang dalam bekas tadi dan bakar selama 40 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kan atas jaringan sebelum dihidangkan.

Puding Tembikai Kuning



 Okey, kita sambung semula N3 yg tertangguh tempohari...Actually, shima plan nak wat Puding Laici, tp hasrat tu ditangguhkan dahulu, krn my MIL teringin nak mkn puding ni. Masa buat Majlis Cukur Jambul yg lp, puding ni yg plg cepat abis. Nasib baik jg dia dpt jamah sikit. Tu yg dia teringat2 tu..dan minta shima wat skali lg. Selalu shima wat color merah, tp kali ni shima wat color kuning plak...Apa pun rasanya tetap sedap....


PUDING TEMBIKAI

Bahan-bahannya;

15 gm agar-agar serbuk.

2 keping roti gardenia.

6 cawan air.

1 1/2 cawan gula.

1/2 tin susu pekat manis

1 cawan susu cair

 2 tbsp butter.

1 tsp esen vanilla.

Cincau potong secukupnya (shima ganti coklat rice)

Pewarna hijau dan kuning.

Cara-caranya:
  • Masakkan agar agar bersama air dan gula.Masakan hingga gula hancur.
  • Sementara itu rendam roti dalam susu cair -carik-carikkan roti tu.Kemudian blend roti tadi dengan susu pekat manis hingga sebati.
  • Masukkan kedalam adunan agar agar tadi dak kacau hingga sebati.
  • Masukkan butter dan esen vanilla.Masak hingga pekat sedikit.
  • Ambil satu cawan adunan agar agar tadi dan warnakan dengan pewarna hijau untuk kulit tembikai.Tuangkan kedalam bekas yang sesuai.Biarkan agak agak keras sedikit.
  • Kemudian ambil 3/4 cawan warna asal dan tuang keatas adunan warna hijau dan biar sekejap agak-agak keras seperti lapisan hijau.
  • Akhir sekali warnakan adunan selebihnya dengan warna merah dan tuangkan keatas lapisan kedua tadi.Taburkan dengan potongan cincau sebagai biji tembikai.Biar agar-agar  sejuk baru masukkan kedalam peti sejuk .Bila telah betul-betul keras  bolehlah dihidangkan.

Kerapu Masam Manis


Assalamualaikum...hari ni shima tak mau cite panjang2, sbb byk koje yg menunggu...actually pic ni dah lama, tp shima tak sempat nak masuk n3. Resepi ni senang je..potong2 je, lps tu campak dlm kuali...hehe..jgn ada yg campak ikan dlm kuali panas udahle ye..
Ok, jom kita kongsi resepinya k..

Kerapu Masam Manis


Bahan2
1 kilo anak kerapu-digoreng dan ketepikan
2 biji bawang besar potong dadu
2 biji bawang putih dicincang
1/2 biji nanas dibuang empulur-potong dadu
1/2 biji timun dibuang empulur-potong dadu
1-2 biji lada benggala/cili biasa-potong dadu/hiris
1 cwn sos cili
1/2 cawan sos cili
3 sudu bsr cili giling

Cara membuatnya

Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Masukkan sos tomato dan sos cili dan sedikit air. Bila kuah mendidih, masukkan cili, bawang, timun, nanas yang telah dipotong dadu. Masukkan sdikit garam dan gula dan bila kuah pekat dan masak, bolhlah dicurahkan keatas ikan yg telah digoreng.