ROTI POKET SARDIN


Emm...sedapnya. Itu je shima boleh katakan. Resepi yg simple tp sedap. Si Imran siap tempah nak bawa bekal ke sekolah. Bagi ibu2 berkerjaya mcm shima ni dlm seminggu boleh dihitung dgn jari nak masak menu yg berat mcm mee/bihun/nasi goreng dan sebagainya. Tp kalau imran dah order, shima gagahkan jg bangun awal utk menyiapkan apa yg patut. Walaupun bibik shima ada, dia cuma tolong sediakan bahan jek, tp masak shima yg wat sendiri. Lagi puas hati kalau anak mkn resepi dr air tgn sendiri...betul tak? Pernah jg suruh dia masak, tp rasanya tak kena dgn tekak shima dan family..senang cite, baik masak sendirilah..hehe..Ok..la nak salin resepi..ada kat bwh ni...

ROTI POKET INTI SARDINBahan:-
  • 1 tin sardin
  • 1 biji bawang besar - dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • sedikit air
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak atau merjerin
  • roti bulat secukupnya - dibelah 2 jgn putus
  • 2 biji telor - dipukul sikit (utk celup roti)
  • mentega secukupnya untuk goreng roti

Cara Penyediaan Inti:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali non-stick. dan tumiskan bawang besar dan bawang putih. Kacau sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar.
  3. Masukkan sardin yg telah dihancurkan.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan sejuk sebentar.
  6. Letakkan inti di tengah2 roti dan rapatkan belahan roti.
  7. Celupkan permukaan roti yg dibelah ke dalam telor yang dikocok tadi.
  8. Panaskan 2 sudu besar mentega dengan api perlahan di dalam non-stick pan dan letakkan roti 3 - 4 ketul sekali gus. Balik-balikkan sekeliling roti hingga nampak telor salut tadi masak. Buat hingga habis. Angkat dan hidangkan panas-panas

No comments:

Post a Comment