AYAM KASHMIR


Nak cite sikit hehe...ni resepi sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha. Ayam Kashmir nama diberi. Resepi diperoleh hasil skodeng Shima kat umah Kak Azlita Masam Manis. Sepatutnya resepi ni dihidangkan dgn nasi jintan atau nasi minyak atau yg seumpama dgnnya, tp disebabkan petang raya, shima masih bersilat di dapur menyiapkan tempahan kek karamel..maka shima telah gantikannya dgn makanan tradisi bugis iaitu burasak dan lepat loi. Itu pun nasib baik dah order awal2 dgn kawan. Kalau nak harapkan shima yg buat, emmm..kebulurlah tak mkn..makan cekodok je la di pagi raya. Mak mertua shima pun tak boleh nak cakap apa, sbb sekarang dia tinggal dgn shima, tambah2 lg tangannya masih guna anduh..jd dia mengharapkan shima 100% utk memasak. Jadi shima gunakan kesempatan utk mencuba resepi yg luar dr kebiasaan ibu mertua shima masak...hehe..Biasanya mak mertua shima masak ayam masak merah je bila raya utk digandingkan dgn makanan tradisi bugis yg shima sebutkan tadi selain serunding, asam pedas ikan parang dan rendang daging. Kesian jg, sbb shima tak sempat nak sediakan menu yg lain. Mujurlah bila pulang ke kg mak mertua, ramaila yg menghantar pelbagai masakan bugis di rumah..jd tak la..cuma lauk ayam kashmir ni je. Anyway, bg shima resepi ni memang sedap, lebih2 lagi dimakan bersama nasi. Jom salin resepinya...


AYAM KASHMIR
resipi : 
DayangJack
sumber: K.Nor@SecubitGaram

bahan-bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

bahan B :
3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.


No comments:

Post a Comment