Happy Birthday Salahuddin Azhad 23/11/11

 
!!!!!!!
!!!!
!!!
!!
!
!
!
!
!

HAPPY BIRTHDAY 2U..
HAPPY BIRTHDAY 2U..
HAPPY BIRTHDAY SALAHUDDIN AZHAD
HAPPY BIRTHDAY 2U...

Sedar, tak sedar dah 4 thn usia anakku Salahuddin Azhad. Azhad merupakan anak ku yg ke 3 sebenarnya slps anakku yg ke 2 Allahyarham Abu Hurairah meninggal dunia. Agak lama sebenarnya aku menanti kehadiran Azhad. Anakku yg sulong Imran Firdaus sering meminta mahukan adik sbg teman utk bermain. Jadi bila Azhad dilahirkan bukan main suka abangnya, maklumlah 5 thn dia menunggu.

Azhad dilahirkan di Johor Maternity/Specialist di Kluang. Alhamdulillah, kelahiran Azhad disambut sendiri suamiku bersama doktor pakar krn aku mahukan dia melihat sendiri proses bersalin. Anak2 ku sebelum ni semuanya dilahirkan di hospital kerajaan krn kandungan ku bermasalah smpi terpaksa menaiki ambulan utk dibawa ke Hosp. Sultanah Aminah JB. Bila dah ada masalah mmg suami kena duk luar la..takde chance nak sambut aku bersalin.. 

Memandangkan..kali ni, kandunganku ok..mmg aku teringin sgt nak suamiku ada bersama ketika proses bersalin..alhamdulillah tercapai jg hajat dii hati. Sebaik saja bayiku yg seberat 3.5kg dilahirkan, doktor pun memintaku melihat wajah bayi yg masih kemerah2an tu..spontan mulutku berkata.."alamak, sebiji muka aku" hehe...sejuk perut ibu mengandungkan Azhad. Mmg betul..semua yg dtg melawat slps itu sume cakap..sebiji muka emaknya..alahai..anak omak...




Sebaik saja Azhad dilahirkan...bermulalah episod baru dlm keluargaku..kalau dulu bertiga kini berempat. Menjaga Azhad ketika dlm pantang..aduhai..Allah saja yg tahu..byk ragamnya. Klu abangnya dulu, aku tido, dia pun sama tido..tp menjaga Azhad sebaliknya berlaku..tiada istilah tido mlm..aku dan suami bergilir2 menjaga, krn dia langsung tak nak tido..klu x nak tido tp diam takpe..ini sepanjang mlm menangis..sampai telinga ni dah lali dengar dia merengek dan menangis. Dah tu nak kena kelek memanjang. Tp, alhamdulillah habis je pantang hampir 2 bln, ragamnya tu pun akhirnya hilang...hehe..masa tu barulah aku boleh tido lena..hish! tak lena jg..sbb Azhad ni kuat menyusu.

Azhad anak yg manja dan sentiasa inginkan perhatian. Walau umurnya dah 4 thn, dan dah ada adik pun..tp dia tetap nak ikut walau ke mana aku dan ayahnya pergi. Satu yg istimewa ttg Azhad ni dia ada 2 pusar di kepala...hehe..tu yg tak tahan..klu dah kata dia..tu la dia..mmg kena sabar. Mudah2an dah besar nnti dia berubah..menjadi anak yg soleh dan berani..

Kenapa SALAHUDDIN AZHAD? Panjangkan nama tu? Hehe..masa mengandungkan Azhad Shima kagum sgt dgn ketokohan panglima Islam iaitu Salahuddin al -Ayubi dlm Perang Salib melawan tentera Yahudi dan Kristian. Masa tu di kaca telivisyen ada menayangkan filem Saladdin (mat saleh ni tak reti nak sebut salahuddin agaknya-dipanggil Saladdin) jd lg bersemangatlah Shima nak letak nama tu..mudah2an dia akan menjadi tokoh/pemimpin yg berani menegakkan Islam pd masa akan datang. Mula2 shima nak tambah al-Ayubi, tp suami malu..sbb kata dia..tu nama org Arab. Jd tukar kpd Azhad yg bermaksud yg zuhud.

Okeyla..dah panjang lebar shima bercerita..buat anakku yg tersayang Salahuddin Azhad, ibu doakan moga Azhad menjadi anak yg berguna kpd agama, bangsa dan negara suatu hari nnti. Ibu jg doakan moga Azhad dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki yg melimpah ruah, dikuatkan iman dan menjadi anak yg soleh...Amin..ya rabbul alamin..





No comments:

Post a Comment