KEK GREEN CARPET


Assalamualaikum...

Lamanya tak bersiaran...busy yg teramat belakangan ni. Rasanya masih belum terlewat utk shima ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd semua muslimin dan muslimat. Semoga anda semua hidup dalam ceria dan bahagia di samping keluarga tersayang. Moga pengertian ibadah korban itu dapat dihayati sekalius menginsafkan kita akan pengorbanan yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail a.s.

Pada thn ni Allah telah memberikan rezeki kpd shima krn menerima byk tempahan Kek Karamel sempena Aidil Adha. Bila berbicara tentang pengorbanan ini rasanya mcm bertepatan dgn situasi yg Shima hadapi beberapa bln belakangan ini. Banyak perkara yg menuntut kita melakukan pengorbanan..namun alhamdulillah Allah telah memberikan petunjuk dan jalan keluar bg mengatasi tekanan tersebut dan memperoleh rezeki yg tidak shima jangkakan.

Em..oklah, nnti shima akan berceloteh lg tentang sambutan Aidil Adha thn ni pd N3 yg lain . Actually kek ni shima wat last week. Seperti biasa, dek kekangan masa maka resepi ini terperam lama, cuma sempat letak gambar je utk cuci mata..hehe. Resepi ni shima dpt dr Dayang Jack. Kek ni merupakan antara kek kukus yg popular di Sarawak..cuma sayang sikit..color hijau tu kurang naik serinya..lain kali Shima kena tambah lg pewarna hijau bg nmpak terang dan menarik.. barulah nmpk mcm carpet. Rasa kek ni memang sedap krn dibubuh horlick dan biskut marie dlm adunan kek..terasa lemak manis semua cukup. Ok bg sesiapa yg nak cuba, bleh c & p di sini ye..      

KEK GREEN CARPET

Bahan-bahanLoyang 7 inci (kek ni saiz kecil je)
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 225 gm mentega
  • 3/4 cawan gula halus
  • 4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
  • 3 sudu besar horlicks
  • 1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
  • 1/4 cawan susu pekat manis


Cara-cara
  1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
  2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
  3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula hancur betul2). Gunakan kelajuan maksimum.
  4. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
  5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
  6. Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, nanti ia jadi warna kuning selepas dikukus).
  8. Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri).
  9. Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
  10. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong


No comments:

Post a Comment