MARBLE CUPCAKE



N3seterusnya ialah  Marble Cupcake. Muffin ni shima buat atas permintaan Azhad yg meminta dibawa ke tadika sempena Hari Guru baru2 ini. Shima tahu pun last minute. Nasib baik buat cupcake ni senang dan kebetulan sume bahan2 memang ada. Mula2 nak buat muffin coklat, lepas tu rasa mcm dah biasa buat, so shima buat corak marble..jd nmpk berwarna warni sikit cupcake tu. Actually shima tersalah type kat foto tu..sepatutnya cupcake bukannya muffin. Ada perbezaan ye antara cupcake dgn muffin..jgn keliru. Resepi ni shima amik dari resepi Cupcake Pandan yg pernah shima buat sebelum ni. Cubalah...sedap, lembut dan gebus...sgt2..

Ok..sape suka cupcake boleh c&p resepi di bawah...


MARBLE CUPCAKE
sumber: kak Yatie



Bahan-Bahan:
180 g mentega (unsalted butter)
140 g gula halus
2 biji telur
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 gm tepung gandum*
2 sk baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/2 camca teh pandan paste


sedikit pewarna merah dan kuning


Cara membuatnya

Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan

susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan

paste dan bahagikan kepada 3 warna.

Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh dan bakar

dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25

minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..


No comments:

Post a Comment