MUFFIN YOGURT STRAWBERI



Kita sambung lagi dgn n3 berikutnya iaitu muffin yogurt strawberi. Resepi asal dari Izah Daut..guna blueberi tp shima tukar dgn strawberi. Pandai2 je shima ni derhaka resepi org, nasib baik jadik...alah tukar perisa je...xpekan..kan..kan. Resepi muffin ni shima guna cup yg plg comel skali supaya tak membazir..dan senang masuk mulut. Ok..spt biasa, juara makin mapin kat umah ni mestilah anak daraku Seri...lg la bila buat dlm cup yg kiut miut ni..lagi laju dia ulang alik ke dapur nak mkn mapin yg masih panas2..ehm..sedaplah tu..cewah..perasanla pulak shima ni...
Jadi tunggu apa lg...jom makan...



MUFFIN YOGURT BLUEBERRY
by: IzahDaut

2 cwn tepung
1 1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
1 cwn yogurt plain @ perasa
2 biji telur
2/3 cwn gula kastor
100 ml minyak sayur @ butter cair
1 sk essence vanilla
1 sk strawberry paste
5-7 biji strawberry size sederhana

Caranya:
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam.
Gaulkan bahan ayak hingga sebati. Ketepikan.
Satukan pula yogurt, telur, gula, minyak, essence vanilla, dan

sebatikan hingga licin.
Masukkan bancuhan yogurt tadi ke dalam tepung.
Kaup balik sehingga sebati kurang 1 minit.
Biarkan jika adunan agak berketul2 asalkan tidak terlebih mix.
Sendukkan ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 180 C

 selama 25-28 minit.

No comments:

Post a Comment