Upside Down Pineapple Cake


Kita sambung semula n3 yg dah tertunda byk kali ni. Dah lama tersimpan resepi ni, baru kali berpeluang mencuba. Kek ni bg shima sedap kiranya kita guna nanas yg manis. Kalau masam...mmg tak sedap..mcm shima hari tu terguna nanas yg agak masam, jd rasanya agak kurang sodap...huhu. Shima pernah buat sebelum ni, guna nanas yg manis..pergh..mmg sedap. Lebih2 lg lps kek tu dibakar, nanas yg manis tu rasa mcm karamel sikit2..lg klu warnanya bertukar keperangan.

Jom..try buat kek ni...sedap tau..dgn syarat guna nanas yg manis..


PINEAPPLE UPSIDE DOWN CAKE 
Sumber : myresipi.com 

BAHAN-BAHAN: 
250g mentega 
200g gula caster 
250g tepung naik sendiri 
5 biji telur gred A 
1 tsp essen vanilla 
Gegelang nenas dalam tin 
5 tbsp sirap nenas (air dlm tin nenas tuuu....) 
Gula perang secukupnya 
Ceri merah/hijau/cincang secukupnya 

CARA-CARA: 
1. Lengser loyang bulat 9" dan lapik dengan kertas. Lengser sedikit lagi atas kertas. 
2. Taburkan gula perang dan susun gegelang nenas. Isikan ceri bulat atau ceri cincang ke dalam lubang gegelang nenas. 
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang. 
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memukul hingga sebati. 
5. Masukkan esen vanilla dan sirap nenas. 
6. Perlahankan speed mixer. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul setakat sebati. 
7. Tuang adunan ke dalam loyang tadi. 
8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 min - 35 min. 
9. Biarkan kek sebentar baru diterbalikkan dawai penderai.

No comments:

Post a Comment