SALAM RAMADAN


Selamat Menyambut Ramadhan yg mulia...alhamdulillah, bulan yg amat dinantikan oleh umat Islam untuk beramal dan menambah pahala. Bulan seribu rahmat..Rugi sgtlah jika pd bln yg penuh keberkatan ini, kita tidak isikan mlmnya dgn solat tarawih, bertadarus..dan bermunajat kpd Allah SWT.

Nampaknya thn ni Shika tak berpeluang menyambut Ramadan sekaligus berpuasa di bulan yg mulia ini...Shika masih berpantang lagi...huhu. Sedihnya..walaupun Shika dpt mkn, dikala org lain berpuasa..tp nnti..hah! siaplah kena qada puasa...tak taulah ni brp hari. Takkan cika abe yg nak gantikan plak...hehe..

Hari ini, dapur Shika tak berasap..semua beli..sbbnya...tmn perumahan shika ada catuan bekalan air dr pg sampai tgh mlm. Yg sakit hatinya, langsung takde notis pemberitahuan..jadi Shika pun taklah menyimpan air. Pukul 3 ptg, air kat rumah dah kering kontang..nak buang air pun siksa. Terpksa guna air masak. Satu rumah tak mandi ptg...eiii..tension betul!!! Lom puasa dah diuji...sabar je la..So..kesimpulannya, mlm ni sahur cuma hangatkan lauk yg dibeli je...sedih betul...terbantut semangat konon nak msk lauk sedap2 utk anak sahur...Itulah, dugaan mlm pertama bersahur...Ini pun masih takde air lg...huhu...

Kek Chiffon Oren

Assalamualaikum..salam 1 Malaysia...moga semua sihat2 belaka. Smlm Shika tak masukan n3, sbb keletihan yg  teramat. Dr pg, kuar umah smpi hampir magrib baru blk...temankan hubby...jmpa prospek. Okeylah utk hari ni, Shika nak cite pasal anak Shika yg bernama Seri Qaisara. hari ni Shika dikejutkan dgn tangisan luar biasa Seri..ingatkan dia jatuh sikit, rupanya bila tengok, darah x berhenti2 kuar dr blk kepalanya. bila tgk betul2 rupa2nya luka/koyak sepanjang 1.5 cm. Ya Allah, Shika tgk darah je td mcm nak pitam. Jd dgn tak sempat tukar baju..Shika dgn hubby terus bw gi klinik..Mcm dah dijangka..kena jahit 1 jarum. Aduhai..mcm nak luruh jantung dgr dia menjerit kesakitan masa kena jahit..last2 Shika kuar dr bilik..hubby yg tgu smpi habis jahit...sedihnya..huhu..Moga2 Seri cepat sembuh ye sayang....




Ptg tadi..lps..semuanya dah ok..Shika sempat juga membuat kek..Kek Chiffon Oren. Shika klu kek Chiffon mmg suka mkn..especially Chiffon Pandan...sedapnya. Kek  Chiffon ni penuh dgn rasa oren..tak payah letak esen oren pun...Shika takde loyang Angle Food size 10, jd guna loyang bulat biasa je..Ok, kita salin resepinya ye...


KEK CHIFFON OREN
SUMBER : MAT GEBU (DTS)

BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

Puding Roti Bakar

Hai..hai..assalamualaikum..sihat ke? Shika pg td mcm tak brp sihat, ada fening2 lalatlah..maklumlah skrg cuaca panas yg amat..tp skrg dah ok..lps minum Monavie 1 skup setengah jam je hilang semua sakit. Breakfast dan lunch td dapur tak berasap...cik abe suruh rest je. Jadi dptlah Shika sekodeng dapur blogger2 dan menyenaraikan menu2 yg akan disediakan pd bulan ramadhan nnti..hehe. Banyak tuh..30 hari punya menu. Klu ikut dlm list ni...penuh gak 1 troley utk stok bhn memasak je..okla tu. Nak pi bazar jauh..masak sendiri lg sedap..bleh sedekah kat jiran2 sebelah..

Intai punya intai, sekodeng punya sekodeng, terbekenan pulak dgn Resepi Puding Roti Bakar dr blog Teratak Impian. Sebelum ni Shika pernah jg wat puding style bakar ni resepi dr majalah Harmoni..tp lps tu ntah kat mana hilang majalah tu. Nak cari pun dah malas. Kalau puding roti kukus atau agar2 roti tu dah biasa buat. Okeylah, dipendekkan cerita, bhn2 pun ada..maka Shika pun merajinkan diri menyiapkan  puding roti ni..tp Shika pakai loyang biasa je..tu yg segan nak tunjuk. Org lain pakai kaserol, corning ware..dan mcm2 lagi..huhu. Takpelah, janji puding tu sedap di makan, anak Shika no 2..punyalah syok mkn..tak hingat2 nak tinggalkan utk ayah dia. Jom..salin resepinya..

PUDING ROTI BAKAR
Sumber : Teratak Impian

Bahan2nya:

6 keping roti 
1 sudu besar butter
1/2 cup brown sugar
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
1 tin susu cair
1/2 cup kismis/mixfruit/chocolate chip

Cara-cara:
panaskan oven slma 10 minit....
potong roti menjadi kiub2 kecil.
dalam mangkuk lain...masukkan gula + butter kacau sampai sebati pakai whisk..
selepas dh sebati masukkan telur n kacau smpai sebati juga..
masukkan tepung gandum +esen vanilla n then kacau smpai sebati..
masukkan susu cair sedikit demi sedikit sehingga habis 1 tin...
masukkan roti yg dipotong td dalam adunan...kacau sampai semua roti disaluti adunan td...
biar roti dlm adunan slma 5 minit..
griskan loyang dgn butter then tuang adunan td kedalam loyang dan taburkan raisins/mixfruits/chocolate chip atas adunan..
bakar pada suhu 180 degree selama 45 minit...


.

Ayam Merah Gula Melaka

Resepi ke 2 Shima ialah Ayam Merah Gula Melaka. Resepi ni memang menjadi kegemaran suami dan anak2. Kalau kat rumah ni seminggu mesti ada 2 ekor ayam..itupun tak cukup juga. Biasalah budak2 memang suka makan ayam..kdg2 bertambah 2-3 pinggan. Maknya yg dah muak mkn ayam..agaknya zaman tu dah berlalu...hehe. Bila umur dah 35 ke atas..suka mkn ikan pulak.

Ok, kita tengok resepinya ye.


Ayam Merah Gula Melaka

1/2 ekor ayam (digoreng sekejap)
10 tangkai cili kering *
7 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Rempah 4 sekawan
Sedikit belacan*
Gula melaka (ikut suka)
Air asam jawa atau tomato puri
Garam

Bahan bertanda * perlu dikisar hingga halus.

Cara membuatnya:

Tumis dahulu rempah 4 sekawan. Kemudian masukkan pula bahan2 yg dikisar hingga naik minyak. Masukkan air asam jawa. Setelah itu masukkan gula melaka..ikut kemanisan yg anda suka. Akhir sekali masukkan garam. Masukkan ayam yg telah digoreng dan kacau rata. Biarkan ayam masak dan sebati dengan bahan2 tadi. Jika anda suka basah/berkuah tambahkan sedikit air. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.





Kentang Goreng Kicap

Rasa hari ni macam takde mood nak masukkan n3, bukan apa rasa letih dan mengantuk semacam. Mana taknya, malam tadi tido kul 2 lebih...tak taulah malam tadi baby ni meragam pulak. Serba tak kena dibuatnya..dahle cik abe tak balik2 lagi, lepas tu bibik pulak dah pengsan sejak maghrib tadi (migrain). Pujuk punya pujuk akhirnya tertido juga..lps disumbatkan puting  ke mulutnya. Actually, Shika tak suka anak hisap puting. Anak2 yg sebelum ni pun Shika tak bagi puting..ntah sape hari tu bg present puting, tiba2 dia nak plak..tapi Shima tak nak biasakan..nanti melekat..susah plak.

Untuk lunch tengahari ni Shima masak yg paling simple dan menjadi kesukaan anak2. Kentang Goreng Kicap dan Ayam Merah Gula Melaka. Jom tengok resepinya...


Kentang Goreng Kicap

Bahan2:
4 biji kentang saiz sederhana (dipotong baji dan digoreng)
Segenggam ikan bilis (digoreng)
2 genggam kacang tanah (digoreng)
Suhun (direndam)
1 biji bawang besar (potong bulat)
2 biji bawang putih (dicincang)
3 biji cili padi (dihiris)
3 sudu kicap manis

Cara membuatnya:

Tumis bawang putih dan cili padi, masukkan bahan2 yg telah digoreng iaitu kentang, ikan bilis dan kacang tanah. Masukkan bawang besar. Akhir sekali masukkan kicap dan suhun. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan panas bersama nasi.
Jika mahu lebih hitam, tambahkan kicap.
* Hidangan saya kali ini saya tak masukkan kacang tanah dan suhun, sbb dah kehabisan stok.



JADUAL SUKATAN METRIK & IMPERIAL UTK MEMASAK

Sukatan Imperial
Sukatan Metrik
Sukatan Cawan Metrik
(anggaran)
Sukatan Cecair Metrik
(anggaran)
1/2 oz
15 g

-

-
1 oz
30 g
1/4 cawan
60 ml
2 oz
60 g
1/3 cawan
100 ml
3 oz
90 g
1/2 cawan
125 ml
4 0z
125 g

-
150 ml
6 oz
185 g
3/4 cawan
180 ml
8 oz
250 g
1 cawan
250 ml
12 oz
375 g
1 1/4 cawan
310 ml
16 0z
500 g
1 1/2 cawan
370 ml
24 0z
750 g
2 cawan
500 ml
32 0z
1000 g
2 1/2 cawan
625 ml
3 Ib
1500 g
(1 .5 kg)

-

-
1 tahil = 38 g
3 tahil = 100 g
1 kati = 600 g

1 cawan metrik = 250 ml
4 cawan metrik = 1000 ml (1 liter)
1 sudu teh metrik = 5 ml
1 sudu meja metrik = 20 ml

Lain-lain Sukatan (anggaran) :

1 cawan gula/gula halus = 7 oz / 200 g
1 cawan beras = 6 oz / 185 g
1 cawan tepung = 4 oz / 125 g
1 cawan sagu = 5 oz / 140 g
1 cawan serbuk koko = 3 oz / 100 g
1 cawan horlicks = 3 oz / 100 g
1 cawan serbuk coklat = 3 oz / 100 g
1 cawan oats = 2 oz / 80 g
1 cawan cornflake = 30 g


Imperial
Sukatan Metrik
(anggaran)
Imperial
Sukatan Metrik
(anggaran)
1/16 inci
1 mm
2 1/2 inci
63 mm / 6.3 cm
1/8 inci
3 mm
3 inci
76 mm / 7.6 cm
1/6 inci
4 mm
4 inci
100 mm / 10 cm
1/5 inci
5 mm
5 inci
126 mm / 
12.6 cm
1/4 inci
6 mm
6 inci
150 mm / 15 cm
1/2 inci
12 mm / 1.2 cm
7 inci
176 mm / 
17.6 cm
3/8 inci
9 mm / 1 cm
8 inci
200 mm / 20 cm
5/8 inci
15 mm / 1.6 cm
9 inci
230 mm / 23 cm
3/4 inci
18 mm / 1.8 cm
10 inci
250 mm / 25 cm
1 inci
25 mm /2.5 cm
12 inci / 
1 kaki
302 mm / 30 cm
1 1/4 inci
31 mm / 3.1 cm
36 inci / 1 ela
906 mm / 90 cm
1 1/2 inci
38 mm / 3.8 cm
60 inci
1500 mm / 
150 cm / 1 .5 m
2 inci
50 mm / 5 cm


cm = sentimeter
mm = milimeter
m = meter

RICH STRAWBERRY CAKE

Assalamualaikum...Apa khabar sume? Shima doakan semoga semuanya sihat walafiat hendaknya..Alhamdulillah, syukur kpd Ilahi, krn memberi kekuatan kpd Shima utk terus menulis di sini. Apa yg nak dikongsi ye hari ni? Malam tadi, Shima mencuba resepi dari dapur Mat Gebu iaitu Rich Mocha Cake. Memandangkan perisa mocha nggak ada, jadi Shima tukar kpd Strawberi Emulco. Alhamdulillah, rasanya memang sedap sgt...tak terkata kelazatan kek ni. Ada rasa strawberi dan ditambah lagi dgn rasa coklat...nyumm..nyum..entah brp kali tah, Shima mengulang2 mkn kek ni. Kek ni manis sikit, sape yg tak suka manis bleh kurangkan gula..mcm Shika ni, tibai je..hehe..kena kencing manis baru tau..

Sorilah, Shima ni memang tak pandai shoot gambar dan inilah hasilnya..huhu. Amik guna kamera hp, camnilah jadinya. walaupun 8.0 Mpix, tp tetap tak cantik...Kamera yg ada dah rosak, mmg nak suruh beli baru ni...Jealous tengok blogger2 masakan lain snap gambar, cantiknya...pinggan mangkuk pun cantik. Takpelah Shima ni kira budak baru belajar...baru belajar wat blog..dan mcm2 lagilah. 

Shika ni memang minat masak, tapi tu la..kdg2 terkejar2 dgn komitmen lain...dgn kerjaya, bisnes yg membuatkan Shika terpaksa balik lewat mlm. Memang hari2 Shima memasak, tp setakat masak lauk pauk je. Nak wat yg luar biasa bila weekend or cuti sekolah. Walaupun ada bibik, tp Shima tetap masak..biarlah anak2 mkn dr air tgn kita sendiri..jd dia rapat dgn kita. Kebetulan pulak, bibik Shima mmg tak reti masak..jd untunglah dia tuannya masak utk dia..serius wa cakap lalu..dia mmg tak reti masak. Selalu kalau suruh goreng nugget, ayam, ikan..mesti isinya tak masak..dulu kat Indo maknya je yg masak..dia keje kat ladang. Ingat masa mula2 amik dia dulu, suruh goreng telur, punyalah lama..skali bila Shima intai2 peghh!!!patutlah tak siap2, dia goreng dgn api yg plg kecik..dia takut dapur terbakar katanya...sengal betul..nak gelak pun ada..Tp sekarang, dah ok sikitla...tp dia kalau wat sambal belacan..emm..mmg sedap! tu la yg dia paling terror!!!

Okla..merapu2 pulak Shima ni..resepi tak bagi lagi..Cuba jgn tak cuba...sedap wa cakap lu...hingga menjilat kaki..wakaka!!

RICH STRAWBERY CAKE
Sumber : Mat Gebu (DTS)



BAHAN-BAHANNYA :
125 gram mentega berkualiti tinggi (Shika guna Buttercup je)
115 gram gula kastor
1/4 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh perisa mocha(Shika ganti Strawbery Emulco)
2 biji telur gred A
75 ml whipping cream, tak payah diputar
50 gram dark chocolate, dadu kecil
150 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)*
Secubit soda bicarbonate*(*digaul dan ayak 3 kali)
Badam keping untuk ditabur(Shika ganti badam cincang)

           CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser 3 tin kecil berukuran 4 inci x 2.5 inci x 2.5 inci atau guna acuan kegemaran anda. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula kastor hingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga kembang, jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Perlahan kan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan whipping cream, hingga habis, putar rata.
  3. Tambah esen vanilla, perisa mocha/strawberi dan coklat cincang, putar sekejap pada kelajuan perlahan hingga rata. Tuang dalam bekas, tabur badan cincang dan bakar selama25 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan dan hidangkan.




MARBLE CHEESE CAKE

Salam...good morning! Hari ni, Shima tak wat sarapan..coz hubby dah belikan mcm2 kuih kat warung. Dia kesian kot..tgk isterinya tertonggeng2 masak kat dapur..dahle dlm pantang..Semalam tak sempat nak N3 sbb sibuk melayan mak dan ayah Shima yg datang dari kampung, lps tu bawa dia berkunjung ke rumah makcik Shima yg baru berpindah ke sini. Hehe..siap berjalan lagi org dlm pantang ni... Tapi Shima sempatlah juga sediakan Marble  Cheesecake utk dibawa ke rumah makcik tu...ehm...sekejap je abis..dimakan sepupu dan anak2 buah. Mak ayah Shima dan makcik makan juga...tp tak banyak..almaklumlah...tekak mrk tak biasa mkn cheese ni..kalau wat kek ke, apam ke..kuih2 tradisional ke lainla...hehe...Ok, kita tengok resepinya ye...

Marble Cheese Cake

Sumber : My Resipi

Bahan-bahan:


  • 225 g or 8 oz phil soft cheese
  • 3.5 oz susu pekat manis-atau ikut kemanisan tersendiri
  • 10 g tepung gandum
  • 26 g choc masakan-cairkan
  • 1 biji telur
  • 1 tsp vanilla essence
  • Base:
  • 220 g biskut digestive-kisar halus
  • 3 sudubesar margerin

Cara membuatnya:
  1. Base:- cairkan margerin dgn api sederhana, masukkan digestive kisar, kacau serata.
  2. griskan bekas 8". tekan campuran biskut & margerin hingga padat. sejukkan sekejap.
  3. filling:- pukul cheese sampai lembut. masukkan susu pekat, pukul lagi. masukkan telur, pukul, masukkan tepung & vanilla.kacau hingga sebati. asingkan 1/3 cwn
  4. cairkan choc, kacau dengan 1/3 cawan adunan hingga rata.
  5. ratakan adunan putih. akhir sekali, sudukan adunan choc diatas. marbled- used chopstick (Shika wat selang seli)
  6. bakar 160degC hingga set. Hati2, jgn sampai perang, nanti tak cantik pula. yg ni nipis jadi 20 min dah masak. Sejukkan selama 4 jam
  7. note: kek akan merekah kalau over terlampau panas atau kek terlebih masak. jadi sentiasa intai2 kek tu :) 

Puding Kentang

Salam...memandangkan petang ni family Shima nak datang berkunjung, maka Shima sediakanlah dessert iaitu Puding Kentang. Tapi menu utama, Shima tak dapat nak sediakan, maklumlah org tgh dalam pantang..takkan nak masak yg berat2 dan banyak..Takkan org sakit nak sediakan makanan utk org sihat..tak patut2  betul tak? So, nak mudah, Shima order je..mee rojak mamak. Tp Puding Kentang, Shima wat sendiri..sbb simple je..


Cite tentang Puding Kentang ni...rasanya memang sedap dan lemak, cuma teksturnya agak lembut..bila potong tu memang kena hati2. Shima lupa letak tepung kastard..dah curah dalam loyang baru perasan. Shima rasa sukatan air tu kena kurang sikitla..baru dia cantik bila dipotong...Ok..kalau ada sesiapa nak resepi, boleh copy..ohh..ye, Shika dapat resepi ni kat blog Masam Manis.

Puding Kentang

Bahan2
10gm serbuk agar2
2 biji ubi kentang sederhana (blend bersama 180ml air)
200gm gula pasir
200ml santan pekat
125ml susu cair
500ml air 
3-4 sudu susu pekat manis
1 sudu  besar mentega
3 sudu besar tepung kastard (dibancuh sedikit air)
pewarna dan perisa mengikut citarasa

Cara membuatnya:
1. Ubi kentang dicuci bersih dgn kulitnya dan direbus hingga empuk. Setelah itu kups kulitnya, blend hingga lumat bersama 180ml air.
2. Satukan gula bersama air, serbuk agar2 di dalam periuk. Didihkan samapi gula larut. masukkan pula ubi kentang yg dikisar tadi, diikuti santan, susu  pekat dan susu cair. Kacau perlahan2.
3. Masukkan mentega dan tepung kastard. kacau lagi smpai pekat.
4. Jika suka, bahagikan adunan dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Tuangkan adunan secara selang seli atau pun berlapis. Sejukkan dalam peti sejuk.