Kek Kukus Lapis Bumi (Ramadan 21)



Hai..kita sambung lagi dgn menu berbuka pd 21 Ramadan yg lepas. Shima dah lama teringin nak wat kek lapis camni..iaitu jenis kukus. Akhirnya tertunai jg hajat di hati. Shima dapat resepi ni dari blog Dapurku Sayang. Shima suka tengok kek lapis kukus yg dihasilkan oleh Dayang Jack..nmpk cantik dan menyelerakan..isk..rasa tergoda dan terliur kalau tgk resepi kek lapis beliau...Oleh krn terlalu excited nak mencuba resepi2 kek lapis beliau, Shima sampai beli 3 bungkus Horlicks. InsyaAllah klu ada kesempatan teringin jg nak wat kek2 lapis beliau sblm raya nnti. Bleh bg kat bonda tercinta, ibu mertuaku, ibu kandungku..ramainya hehehe..Larat ke??? Angan2 tinggi melangit. Dahla bibik ku bercuti ke KL selama seminggu mulai jumaat ni..InsyaAllah mudah2an dipermudahkan...amin!!! Be positive!
Pada Shima kek ni memang sedap terasa lemak manisnya..semuanya cukup! Yg buatnya sedap ialah penggunaan horlicks dan seri kaya..yg memang selalu ada dlm kek2 lapis sarawak. Kek ni sesuai sgt utk beginner mcm Shima. Tengoklah rupa kek tu..hehe comot sikit..sbb dah Shima potong masa keknya masih suam kuku lagi. Tak sabar2 nak rasa...Seeloknya potong kek bila kek dah sejuk barulah cantik, dan tak berhabuk..hehe. Oklah..shima sertakan resepinya di sini, Shima copy paste dr blog Dayang Jack..TQ Dayang atas resepi yg sungguh enak ni...




Kek Lapis Bumi (Kukus)
rujukan sumber asal : http://www.myresipi.com/top/detail/5693
resepi olahan : 
DayangJack@DapurKu Sayang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air
 
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/4 cawan serbuk holicks
  • 5 biji telur gred A 
  • 225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
  • 4 sudu besar serikaya
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2  sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air panas)
  • Pewarna hijau dan kuning
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  11. Akhir sekali ialah adunan nescafe. Ulangi proses hingga habis.
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong.



Puding Jelly Orange (Ramadan 20)



Assalamualaikum...
Bersiaran lg kita hari ni..n3 ni patutnya shima masukkan 4 hari lps..tp..oleh krn ada masalah teknikal..internet tiba2 tak bleh nak connect, terpaksalah shima termenung dulu sementara keadaan kembali spt sediakala..
So..pd hari ni shima masukkan semula n3 yg dah lama tertangguh. Actually pd hari tu, shima dikunjungi tetamu iaitu adik ipar dan isterinya. Kebetulan Shima masak Mee Kari utk berbuka puasa. Oleh sbb hubby bgtau last minute (30 min b4 waktu berbuka) dia jemput adiknya dtg, maka suasana jd kelam kabut jg masa tu. Shima masak cukup utk kami sekeluarga je..jd hubby pun terpaksa cari menu lain di bazar ramadan. Bila dah sibuk camtu, Shima terlupa nak shoot gambar..eii..ralat rasanya. nak wat camne..dah tinggal seciput je, takkan nak amik gambar jg..
Berbalik cite pasal Jeli Oren yg sedap ni..Shima actually tak pandai nak agak utk brp gelas..jd bila dah buat byk gelas..sekali tengok dpt brp lapisan je..huhu..tak cantikla..Takpelah, belajar dr kesilapan..Lain kali wat sikit dulu..Tqla..pd kak Ita Masam Manis, sbb Shima dptkan resepi ni dr blog beliau dan jg kpd empunya resepi. Shima tengok dah ramai yg try. Tp Shima baru terperasan Shima tersilap melapiskan jelly. Patutnya masukkan puding dulu barulah jeli, tp Shima terbalikkan plak..huhu. Lain disuruh lain yg dibuat..patutlah tak brp cantik..Ok Shima sertakan resepinya di sini..blehla cuba lps ni..


PUDING JELLY OREN
by : 
Juwita

Lapisan Jelly
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning - ita letak warna oren
sedikit oren Sunquick - ita tambah

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan

Lapisan Puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning - ita letak warna oren
sedikit oren Sunquick - ita tambah

Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

Cara-cara untuk melapis
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.


Genap 44 hari...alhamdulillah!!!

Assalamualaikum...
Hari ni genaplah 44 hari Shima pantang bersalin..alhamdulillah. Lepas ni semuanya tinggal kenangan, nak tau sebabnya???? Shima dah terus ikat peranakan. Rasanya cukuplah 4 org je (actually 5 org, tp anak ke 2 Shima meninggal dunia slps 2 jam dilahirkan) huhu..mula dah...sebak rasa hati ni bila kenangkan Abu Hurairah (arwah). Kalau arwah ada, umurnya dah 6 thn. Tapi Allah lebih sayangkan arwah..dipinjamkan pd Shima 2 jam shj. Walaupun pedih tapi Shima terima dgn redha..mungkin ada hikmahnya disebaliknya. Arwah tetap masuk syurga...ditempatkan bersama org2 yg beriman..Al-Fatihah..

Nape Shima rasa cukup 4 org? Cukuplah..umur pun dah 37 thn. Melayan karenah 4 org yg masih kecil ni pun dah rasa tunggang terbalik dunia ni. Bila dah sibuk dgn keje dan biz..keje sek anak pun tak sempat tengok..kesian imran. Tumpuan padanya pun dah makin kurang, sbb melayan adik2nya yg masih kecik di samping keje yg tak abis2. Apa nak buek...dah tanggungjawab..

Oklah..kita cite pasal menu berbuka puasa ptg td. Memandangkan Shima dah 44 hari berpantang, Shima masak nasi lemak sambal sotong. Sotong??? tak gatal ke??? dahle caeserian. Nasi lemak ni Imran yg nak mkn sgt..tp sambal sotong ni..maknya yg mengidam dah lama tak mkn. Dalam takut2 tu, Shima belasah jg mkn dlm 4 ekor..tunggu esok..gatal ke tak luka pembedahan tu. Maklumlah 1st time caeserean..takde experience..Harap2 takde pe..Monavie kan ada...hehe. Hari ni tak sempat nak snap gambar..sbb Azhad dah abiskan sambal sotong. Ingatkan nak snap gambar lps berbuka..emm..budak2la katakan. Nmpaknya utk sahur terpaksa maknya masak lauk lain, sbb nasi lemak byk lagi, tp sambalnya dah selamat...

Kat sini, Shima nak tunjukkan foto anak bongsu Shima yg baru berusia 44 hari...comel tak?? muka sape ekk?? ramai kata muka abg ke 2 nya..Salahuddin Azhad..cuma mata Azhad lg besar dpd si bongsu ni..Jom tengok dia....'MUHAMAMAD ISYRAQ RAZIN'





TIRAMISU (Ramadan 18)


Cak! Bersiaran kita lagi, pd Ramadan yg ke 18. Begitu cepat masa berlalu...Camne dgn persiapan raya? Dah siap semua? Bagi Shima, persiapan tinggal 30% , tinggal beli kasut anak2 dan emaknya juga hehe.. Cuma rumah je..lom siap cat. Ahad ni, InsyaAllah..akan buat secara bergotong royong. Tahun ni ahli keluarga Shima semakin bertambah, maka belanja pun bertambah juga..tp takpelah setiap anak yang dilahirkan itu ada rezeki masing2 dan yg pasti sejak Muhd Isyraq Razin dilahirkan, alhamdulillah rezeki datang mencurah2, sampai nak cari masa utk berbuka bersama2 hubby pun susah krn ada je janji temu dgn pelanggan setiap hari.

Hari ni, Shima plan nak wat kek lapis Alwani, tapi bila hubby blk keje je..dia suruh wat Tiramisu plak. Maklumlah biskut Ladies Finger dah beli smpi 5 paket, tp tak sempat2 lg nak wat. Okla..lagi bagus..lagi senang kojo den..menu lain hubby suruh masak kue tiew goreng. Dah lama tak wat, sejak bibik keje dgn Shima. Dia tak pandai mkn kue tiew dgn makaroni. Kat kg dia takde benda2 ni. Jadi smlm Shima suruh dia masak nasi goreng sendiri..sbb tu je yg dia pandai. Kang terkulat2 plak takde mknn utk dia berbuka.

Cite pasal tiramisu, sblm ni Shima pernah cuba menggunakan kek coklat..tp kali ni Shima gunakan biskut ladies finger. Itu pun Shima jumpa kat kedai brg2 bakery Baguss di Shah Alam..tu dia punyalah jauh dr Kluang ke Shah Alam..baru jumpa. Bg Shima sama ada guna kek atau biskut, rasanya tak jauh beza..anak2 suka ltk kek coklat. Utk menyedapkan lagi rasanya, Shima lapiskan dgn coklat ganache..emm..sedap. Jom kita tengok resepinya..






KEK TIRAMISU


Bahan2nya;
Biskut Ladies Finger (jumlah bergantung pd loyang)
200ml whipping cream
250ml cream cheese
1/2 cawan gula castor
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko (hiasan)
coklat ganache




Cara-cara Membuatnya

1. Mula-mula, bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas.
2. Satukan gula, cheese dan cream. Pukul adunan tadi
sampai kembang dan gebu.
3. Celupkan sebentar biskut tadi ke dlm air nescafe, dan
susun biskut tadi dlm loyang
4. Ratakan coklat ganache atas biskut tadi dan diikuti
 adunan cream cheese.
5. Ulang menyusun biskut yg dicelup nescafe tadi dan akhir
sekali lapiskan biskut tadi dgn adunan cream cheese.
6.Kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
7.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.
(shima lapiskan coklat ganache sekali je, krn tak nak terlalu manis)









ROTI JALA + KARI AYAM




Menu seterusnya selain Puding Tembikai ialah Roti Jala. Aduhai, dahle boat sorg2..bepeluh2 dibuatnya..nak menyiapkan roti jalanya. Anak pun lmbt sikit berbuka, nak tgu emaknya snap gambar dulu..hehe.. Bila dah lama tak menjala ni..rupa rotinya tak senonoh sikit...tak cantik. Dah lama2 barulah ok..Lantakla, janji rasanya sedap..especially kari ayamnya. Abaikan rupanya, sbb yg penting rasanya..hehe.  Nak resepi ke? Ok, tunggu ye..


Roti  Jala
Bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara Menyediakan:-
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua
 sebati. Perapkan selama 1/2 jam. Sediakan kuali leper non-
stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan
tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak
lebih kurang 1 minit. Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.

PUDING TEMBIKAI (Ramadan 16)



Alhamdulillah..tercapai juga impian nak wat puding tembikai ni..ceh! mcm org mengidam plak. Walaupun Shima tak puase, tp persediaan berbuka mengalahkan org yg berpose..kesian kat anak yg berpuasa..hehe. Ptg td Shima sediakan Puding Tembikai dan Roti Jala+Kari Ayam. Emm..tak sempat tunggu moreh nmpknya, dah selamat segalanya.

Puding ni memang sedap, tambah lg dgn warna2 yg menarik. Klu ikut resepi asal, biji tembikai kena guna cincau yg dipotong kecik2. Oleh sbb cincau takde, Shima gantikan dgn coklat rice. Tp sayang Shima letak sikit sgt, jadi tak nampak coklat rice tu bila dipotong..huhu. Anyway, Puding ni memang sodap...dan patut dicuba..senang plak tu membuatnya..Ok..kita lihat resepinya dulu..

PUDING TEMBIKAI

sumber : Ika & Nieza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan

(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik)

1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn
agar2 serbuk 10g)
2 keping roti gardenia *
6 cawan air (4cwn air)
1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula)
1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) *
1 cawan susu cair (sy tambah) *
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau dipotong kecil (gantikan bijan hitam)
sedikit pewarna hijau /merah





Cara-Cara:

Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-
carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus
Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke
dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan
mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit.
Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di
atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit
Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas
lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau
tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

Siakap Sambal Pedas Menyengat


Assalamualaikum...wat pe tu? Dah mula wat biskut raya ke? Baguslah klu ada yg dah mula...Shima ni tak payah tanya. Biskut tunjuk tu rajinle..hehe. Ntahla, sejak ada anak ni..jadi malas nak wat biskut..letihla..nak melayan. Kalau tak mengacau takpe. Lagipun, rasanya kalau wat pun mcm membazir plak..sbb biasanya klu ada kwn atau sedara dtg rumah, Shima selalu masak sesuatu. Tiap2 tahun mmg Shima wat open house, jadi bila dia org ni dah mkn yg berat2, biskut ni paham2 je la org jeling2 je, kalau kek, puding, kerepek, bubur ke org nak mkn jugak. Shima plak mmg jenis org yg cepat bosan, klu wat benda yg sama je..isk..mmg tak buatla. Kalau kek ke kuih muih..takpe..tak renyah..buat skali masuk oven/pengukus..dah siap! Shima memang tabik springla toing! toing! pd sape2 yg rajin wat biskut ni..anda mmg org2 yg sabar..bukan senang nak wat biskut ni..byk proses yg perlu dibuat...

Okeylah, balik pada juadah buka puasa hari ni, plan nak wat lontong goreng. Nasib baik lom suruh bibik rebus ketupat segera..hubby plak tiba2 kata nak mkn nasi masa buka pose nnti. Dia minta masakkan ikan siakap sweet sour, tapi nanas takde, jadi masak sambal je la. Shima letak cili padi dlm 15 biji, tu yg pedas menyengat, selain dpd guna cili kisar. Lepas tu wat masak sayur cap chai. Petang ni tak dapat wat desert, jd beli di bazar ramadan je.

Ikan Siakap Sambal Pedas Menyengat

1 ekor ikan siakap (digoreng)
2 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
4 sdb cili kisar
2 sdb sos tomato
3 sdb sos cili
15 biji cili padi- diketuk(kalau tak suka pedas-kurangkan kuantiti)
Garam dan gula -secukup rasa.

Cara2nya:
Tumis sebentar bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan sos tomato dan sos cili. Tumis sekejap. Masukkan sedikit air. Tunggu hingga mendidih kejap kemudian masukkan bawang besar dan cili padi. Perasakan dgn garam dan gula. Setelah sambal masak, curahkan ke atas ikan siakap yg telah digoreng terlebih dahulu. Sedap dimakan panas2.



Maggi Goreng



Resepi pada Ramadan ke 10 ni ialah Maggi Goreng. Menu yg paling disukai oleh anak2..dan maknya jg. Okla kan..dpd makan Mee Maggi yang siap perencah, baik anak2 mkn maggi yg rencahnya disediakan oleh maknya. Terjamin kebersihan...Sejak kisah satu keluarga terkena keracunan akibat beli mknn berbuka di bazar ramadan, terbit rasa was2 plak dlm hati ni nak beli kat bazar. Walaupun tak semua penjual tu pengotor, tp lebih baik kita berhati2. Al-Fatihah buat arwah adik Nurdini, moga dicucuri rahmat ke atas roh beliau. Simpati dan sebak bila membaca kisah yg membawa kematian beliau, hanya disebabkan kecuaian org lain..Kesimpulannya, kalau boleh usahakan utk memasak, biarlah menunya ringkas tetapi terjamin kebersihan.

Ok, sape2 nak resepi Maggi Goreng Pedas, boleh copy di bawah ni



MAGGI GORENG PEDAS
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 paket mi maggi kosong-mi shj tanpa perisa
1 pokok sawi
1 biji telur, pukul sedikit
4 - 5 ekor udang, dibersihkan
1/2 cawan isi ayam
5 biji bawang merah, tumbuk
1 ulas bawang putih, tumbuk
1 biji tomato kecil, potong 4
3 camca besar cili kisar

1 camca besar sos tomato
2 camca besar kicap pekat
Secubit gula


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur mi maggi hingga lembut, toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga garing. Kecilkan api, masukkan sos tomato, kacau kata.
  2. Tambah udang dan ayam kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, masak sekejap dan hancurkan, gaul rata. Masukkan kicap pekat, garam dan gula, kacau rata dan tambah mi maggi tadi. Gaul rata.
  3. Masukkan tomato, sawi, gaul. Rasa dan jika kurang masin anda boleh renjiskan sedikit kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidangkan panas.

Puding Roti Karamel (Ramadan 11)




Assalamualaikum...sihat? Shima doakan moga kita semua diberikan kesihatan yg baik sepanjang bulan Ramadan ini. Buka puasa apa hari ni? Dah pikir nak masak apa? Tiap kali menjelang petang, Shima mesti garu kepala yg tak gatal ni...kdg2 plan lain, jadi lain plak..biasalah tu. Bergantung stok yg ada di dapur. Dah tolak, campur, darab, bahagi...akhirnya Shima sediakan Puding Karamel utk desert masa berbuka nnti. Manakala menu asasnya cuma Maggi Goreng yg amat disukai oleh anak2..termasuklah maknya juga hehe..sempoi je..abis tu yg diminta anak2..ikut je la. Maknya suka je..x payah fening2 nak masak susah2. Lauk pauk sahur masak masa sahur nnti..mesti panas..klu tak, tak lalu makan. Lauk sahur ni mmg tak sempatla nak snap gambar..nak kejutkan anak, berebut2 ngejar waktu imsak lagi..
Panjang plak cite..nak resepi tak? 1st time Shima buat puding ni..selalu buat Puding Karamel tak letak roti. Sedap...lebih kurang sama je rasanya dgn Puding Karamel, cuma teksturnya berbeza sikit. Jom tengok resepinya..

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL


resepi asal : rosaliza@embunkasih

sumber : K.Nor (Secubit Garam)


Bahan-bahan

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus

4 keping roti gardenia

3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis

2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)

1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan

esen vanilla (1sk)

Cara-cara

Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam

kuali,

 masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit).

Kemudian masukkan 1 sudu besar air kacau hingga sebati

dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.

Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender

bersama air suam dan susu.

Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan

masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang

adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus

sehingga masak.(40min-1jam)

Apam Polka Dot

Selain soto ayam, Shima turut menyediakan Apam Polka Dot utk berbuka puasa. Sebenarnya dah lama sangat Shima simpan resepi ni, tapi tak berkesempatan nak mencuba. Apam ni mmg comel dan kiut dan rasanya pun boleh tahan sedap. Masa buat apam ni, anak2 Shima excited sgt..nak menolong. Maklumlah colornya menarik...tapi kejap je la..lepas tu ehm...paham2 sendiri udahle..abis dia org touch up dapur skali..Ok..jom kita copy resepinya..

APAM POLKA DOT

Sumber : FB Kongsi Resepi

Bahan-bahan:

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus

150 ml susu segar@susu cair

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovalette

filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa

pewarna

Cara-cara

-masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan

pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang

-bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian

titiskan pewarna mengikut pilihan

-masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag

-picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah

sahaja

-letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam

plastik kemudian picitkan

-picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir

penuh.

-last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian

kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit @

sehingga masak