RICH COCOA PUDING

Cak!! kita sambung lagi..kali ni pasal dessert yg Shima sediakan masa berbuka pose. 1st time Shima wat puding ni lepas tgk kat blog kak Ita Masam Manis..rasa terliur pulak tengok puding tu..lagi2 Shima memang suka makan puding yg berkuah ni. Rasa sejuk je tekak ni bila dapat menghirup kuah puding..dgn cocktail buah2an..isk..lupa kejap Shima tengah dlm pantang ni..belasah je la..janji takde bahan2 yg memudaratkan...hehe..Jgn tiru mcm Shima tau. Shima ni lain..badan setiap org ni tak sama. Shima lps 10 hari berpantang, dah mkn mcm2 kecuali seafood. Mcm2 menu..ayam/daging masak kari, sambal, kurmak, sup, percik, KFC, Mac Donald..dah mcm org bkn dlm pantang. Cuma sayur je Shima pantang sikit.. Setakat ni alhamdulillah..lagipun Shima mmg kuat mkn jamu..masa dlm pantang dan jg masa sihat..

Oklah, balik pasal puding tadi..rasanya mmg sedap...terasa keenakan coklat..mmg sedapla. Klu tak dulu asyik wat Puding Kastard je..kali ni ada kelainan..ada rasa coklat pulak. Bolehlah wat masa open house nanti. Nak resepinya?


RICH COCO PUDING

C&P: Kak Azlita ( Masam Manis)

Bahan-bahan;


1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara


Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Kuahnya (Cara Shima)

1 tin susu cair
2 tin air (sukatan tin susu cair tadi)
Secubit garam
3 sb susu pekat
1/2 cawan gula pasir
3 sb tepung kastard (campur sikit air)

Caranya:
Gaul semua dalam satu periuk. Setelah kuah mendidih, masukkan bancuhan tepung kastard. Kacau lg hinggu kuah agak pekat sikit. Tutup api. Sejukkan dan selepas itu bolehlah disimpan dalam peti sejuk. 



No comments:

Post a Comment