Petua Hilangkan Rasa Kapur dlm Mee Goreng (Ramadhan 3)

Assalamualaikum...khabare wak? Waras....ehhh..tercakap jawa plak. Jgn ingat Shika org Jawa tau...Shika ni mix Bugis + Melayu..tapi..ehem..cakap bugis cuma tau sepatah dua je. Hubby plak memang betul2 darah pahlawan Bugis..dia boleh cakap bugis..tapi nasib baikle tak panas baran. Cool aje orgnya, tapi sekali dia mengamuk..merah padam muka telinga semua..hah! masa tu la baru tau langit tinggi ke rendah.

Ok..dah 2 hari Shika tak update N3. Sibuk menguruskan bibik Shika di KL. Pasal Program Pemutihan tu la.. Shika menginap di umah sepupu. Sepupu Shika ni ada Cafe di Sri Muda, di samping ada syarikat yg menguruskan pengambilan pembantu rumah. So, Shika berbuka puasa dan bersahur di sana. Sedih juga, sbb anak 1 & 2 Shika tinggal dgn neneknya dan pak udanya. Shika cuma bawa no 3 dan baby je..huhu. Masa berbuka dan bersahur teringat kat anak2...

Puasa ke 2 mlm, barulah Shika balik umah. Berbuka pose di R&R je. Eiii...ingatkan nak masak lauk sahur..skali air dicatu lg. Hilang semangat nak masak...terus beli lauk kat luar. Sampai ptg esok (Puasa ke 3), barulah lori anta air..barulah Shika dpt masak. Oleh sbb, air terhad, menunya pun simple je. Shika sempat masak Mee Goreng Kampung dan Rich Cocoa Pudding.

Mee Goreng Shika simple je..rasanya sume org pandai masak mee goreng..jadi tak payahlah Shika salin resepinya..cuma Shika nak bg 1 petua, kalau mee yg anda beli tu terasa kapur.. masa menumis bhn2 perencah tu letak lada hitam sikit, barulah sedap dimakan..takdelah rasa pahit kapur tu lagi. Cubalah...


No comments:

Post a Comment