Menu seterusnya hari ni ialah Roti Gulung Sosej. Dah lama sangat tak buat roti ni..tah tetiba je tekak ni nak makan..ceh! mcm org mengidam plak..Kebetulan smlm beli roti gardenia saiz besar..apalagi..mmg sesuai sgtla. Actually beli roti smlm berangan nak wat Puding Tembikai..insyaAllah esok kot bleh buat..hehe..Okeylah kita tengok resepinya ye..
Roti Gulung Sosej
Bahan2:
- 5 keping Roti gardenia
- 5 keping sosej ( rebus dulu ye )
- sedikit mayonis
- 1 biji telur
- Bread Crumbs
- Minyak masak
Roti digelek nipis (terpulanglah nak tekan atau gelek asalkan nipis)
Sapu roti dgn sedikit mayonis. Kalau nak letak kepingan keju pun boleh.
Bila dah siap, ambil sosej tadi dan gulungkan dengan roti
Roti tadi hendaklah disapu dengan telur dan golek dengan bread crumbs.
Bila minyak dah benar-benar panas, bolehlah masukkan roti tadi dan goreng sehingga masak.
Bila dah masak.angkat dan letakkan atas tisu dapur untuk serap minyak.
Sedap dimakan panas2 dan dicicah dgn sos cili
No comments:
Post a Comment