Soto Ayam (Ramadan 10)

Alhamdulillah bersiaran lg kita..dah 2 hari tak update n3..diserang wabak malas yg tak terhingga. Sebenarnya..Shima ni, bila dah dpt hobi yg satu ni..mmg terus tak ingat dunia. Tahan tak tido malam..hehe. Hobi apa tu ek?? Beberapa hari lepas Shima beli novel baru, baru berkesempatan membacanya 2 hari lepas. Nak tau novel apa yg Shima baca..'Sutera Bidadari' karya Ramlee Awang Murshid. Shima memang peminat tegar novel karya beliau...especially cerita epik thriller ni. Semua karya beliau Shima beli utk dijadikan koleksi..
Okla, melalut pulak Shima ni..balik pd cite asal. Utk berbuka petang ni Shima masak Soto Ayam dan Apam Polka Dot. Jom tengok resepinya..

SOTO AYAM.

 BAHAN-BAHAN A : (untuk kuah soto)
 - 3 sudu ketumbar
 - 1 sudu jintan mains
 - 1 sudu jintan putih
 - 2 biji buah keras
 - 3 batang serai
 - 1 inci halia
 - 1 inci lengkuas
 - 10 biji bawang kecil
 - 5 ulas bawang putih
* kesemua bahan ini diKISAR HALUS.

 - Sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sedikit bunga cengkih.


 CARA MEMBUAT:
 - Tumiskan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
 - Kemudian masuk bahan-bahan A yang telah dikisar tadi. Tumiskan hingga garing.
 - Masukkan pula air rebusan ayam.
 - Masak sehingga mendidih.

 CADANGAN HIDANGAN :
 - Boleh disediakan dengan nasi impit, mihun atau mi.
 - Lebih menarik selera jika dihidangkan bersama sedikit tauge, bawang goreng, daun sup, kacang tanah, begedil  ayam dan ayam yang disiat kecil. (ayam rebusan tadi)


No comments:

Post a Comment