Assalamualaikum...sihat? Shima doakan moga kita semua diberikan kesihatan yg baik sepanjang bulan Ramadan ini. Buka puasa apa hari ni? Dah pikir nak masak apa? Tiap kali menjelang petang, Shima mesti garu kepala yg tak gatal ni...kdg2 plan lain, jadi lain plak..biasalah tu. Bergantung stok yg ada di dapur. Dah tolak, campur, darab, bahagi...akhirnya Shima sediakan Puding Karamel utk desert masa berbuka nnti. Manakala menu asasnya cuma Maggi Goreng yg amat disukai oleh anak2..termasuklah maknya juga hehe..sempoi je..abis tu yg diminta anak2..ikut je la. Maknya suka je..x payah fening2 nak masak susah2. Lauk pauk sahur masak masa sahur nnti..mesti panas..klu tak, tak lalu makan. Lauk sahur ni mmg tak sempatla nak snap gambar..nak kejutkan anak, berebut2 ngejar waktu imsak lagi..
Panjang plak cite..nak resepi tak? 1st time Shima buat puding ni..selalu buat Puding Karamel tak letak roti. Sedap...lebih kurang sama je rasanya dgn Puding Karamel, cuma teksturnya berbeza sikit. Jom tengok resepinya..
RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
sumber : K.Nor (Secubit Garam)
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)
Cara-cara
Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam
kuali,
masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit).
Kemudian masukkan 1 sudu besar air kacau hingga sebati
dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender
bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan
masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang
adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus
sehingga masak.(40min-1jam)
No comments:
Post a Comment