Assalamualaikum...
Lamanya tak bersiaran...rindu pulak rasanya. Minggu2 akhir puasa yg lepas..rasa sibuk sgt, smpi nak masukkan n3 pun tak sempat. Apatah lagi bibik ku pi bercuti di KL. Lagi haru biru dibuatnya..macam tongkang pecah rumah dibuatnya. Masa ni..masak lebih kurang je..yg penting ada utk mengisi perut. Okeylah kat sini Shima masukkan resepi yg paling senang dibuat..pejam mata pun jadik! Yg penting bahan2nya cukup...Jom lihat resepinya Pengat Pisang.
PENGAT PISANG
Bahan2
Seikat pisang
Santan dari sebiji kelapa
Gula secukup rasa (Shima campur gula melaka)
5 helai daun pandan
Cara membuatnya
Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga mendidih. Masukkan pisang dan masak sebentar. Jgn masak terlalu lama kerana pisang akan menjadi lembik.
* Biasanya Shima campur sedikit kurma yg telah dibuang biji dan segenggam sagu biji bg menambahkan keenakkan pengat pisang. Enak dimakan ketika masih panas.
No comments:
Post a Comment