Ummmm Cakkk!!!!
Lamanya tak bersiaran..inilah dia kalau demam M dah melanda diri. Nak tulis pun dah ketandusan idea...eeiii datanglah idea..penat dah dok pikir2 apa nak tulis. Shima cite pasal resepi hari ni je la..tak payah nak buang masa..Puding ni rasanya boleh tahan..tak berapa manis. tapi kalau nak manis tambahlah gula ye..Shima suka puding yg manis, jadi lepas ni kalau nak buat, shima kena tambah gula lagi. Ok..jom tengok resepinya..
PUDING BALQIS
Resipi : K.Nor@SecubitGaram
By:HaSue@sue-hasue@blogspot.com
1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula pasir
3 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2
Cara2 membuatnya:
Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan butter dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td dengan perlahan2. Kacau hingga sebati.
Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
Sendukkan adunan puding ke dalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak terus masuk dalam lapisan yg pertama.
Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.

No comments:
Post a Comment