Minal Aidil Wal Faizin..


Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan




Assalamualaikum....
Dah lama terperam gambar ni..kira dah lemau jg la..hehe..apatah lg skrg shima dah mula berkerja..lagilah kesibukannya bertambah. Dah raya ke 8, barulah nak masukkan foto masa raya pertama. Jgn tgk back groundnya, tngok gambar family shima je. Masalah besar shima dgn hubby ialah mengambil gambar..kita org mmg selalu sgt miss momen2 penting disbbkan sibuk pikir ttg benda2 lain..bila teringat nak amik gambar, momen2 penting tu dah berlalu..kdg2 ralat juga huhu..Mcm raya thn ni..disebabkan sibuk dgn benda2 lain, last2 amik gambar pun pd waktu mlm..Tengokla tu! muka masing2 dah kelat, sbb penat beraya. Makeup pun cair..memang x cunla..anak dara ku pun dah merengek2 begitu jg dgn baby Razin..kesian..

Raya tahun ni spt biasa, pagi raya di rumah sendiri. Sarapan pagi pun simple je Soto Ayam. Nape rumah sendiri ek???? bukannya di kg halaman. Actually ptg dan mlm sebelum raya Shima dah balik kg sekejap, bila dah beres kesemuanya barula balik rumah sendiri. Dah 6 thn camni, sejak anak ke 2 (Abu Hurairah) meninggal dunia, pg raya tu rasa macam tak sah klu tak mengunjungi pusaranya. Walaupun ramai yg kata arwah tetap masuk syurga namun naluri seorang ibu mana sanggup berpisah, walaupun arwah kini di alam lain. Terasa seolah2 arwah memanggil ibunya, jika tidak mengunjunginya di pagi Syawal. Mungkin Shima terlalu mengikut perasaan..tapi biarlah org nak kata..krn Shima yg mengandungkannya, melahirkannya dan mendakapnya buat kali terakhir. Walaupun Allah mengurniakan Shima 3 org zuriat lagi selepas arwah, namun arwah tetap istimewa di hati Shima dan suami..Al-Fatihah buat Abu Hurairah b. Kamaruddin.

Huhu..rasa sayu pulak. Okeyla, balik cite pasal raya, tahun ni tema baju raya kami warna biru firus. 4 thn lepas pun biru juga, tp biru turqoise. So far..warna yg lom pernah try oren, kuning, hitam. Bkn shima tak nak, tp hubby kata..tak sesuai dgn kulitnya yg hitam manis tu...cewah!! ikutkan je la..thn depan colour apa ek?? silver pun cantik...Hish!! raya thn ni tak abis lg, dah cite raya thn depan!!mulala nak merapu bila mata dah kuyu ni..

Sebelum Shima mengundur diri, shima ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin..kepada sesiapa saja yg mengenali diri Shima..moga raya tahun ni memberikan sinar kebahagiaan dan rezeki yg melimpah utk semua. Amin...

Kekekek!!Wakaka!! Syoknya raya...banyak dpt duit raya!!
(Muhd Isyraq Razin-baru berusia 54 hari masa raya pertama)

Main apa plak tu??...anak daraku pun sama naik dgn abg2nya nak main jg.



Seri Qaisara, satu2nya bunga dalam kalangan kumbang. Hehehe..! buah hati pengarang jantung,
satu2nya cucu perempuan datuk dan neneknya.




No comments:

Post a Comment