Happy Birthday Salahuddin Azhad 23/11/11

 
!!!!!!!
!!!!
!!!
!!
!
!
!
!
!

HAPPY BIRTHDAY 2U..
HAPPY BIRTHDAY 2U..
HAPPY BIRTHDAY SALAHUDDIN AZHAD
HAPPY BIRTHDAY 2U...

Sedar, tak sedar dah 4 thn usia anakku Salahuddin Azhad. Azhad merupakan anak ku yg ke 3 sebenarnya slps anakku yg ke 2 Allahyarham Abu Hurairah meninggal dunia. Agak lama sebenarnya aku menanti kehadiran Azhad. Anakku yg sulong Imran Firdaus sering meminta mahukan adik sbg teman utk bermain. Jadi bila Azhad dilahirkan bukan main suka abangnya, maklumlah 5 thn dia menunggu.

Azhad dilahirkan di Johor Maternity/Specialist di Kluang. Alhamdulillah, kelahiran Azhad disambut sendiri suamiku bersama doktor pakar krn aku mahukan dia melihat sendiri proses bersalin. Anak2 ku sebelum ni semuanya dilahirkan di hospital kerajaan krn kandungan ku bermasalah smpi terpaksa menaiki ambulan utk dibawa ke Hosp. Sultanah Aminah JB. Bila dah ada masalah mmg suami kena duk luar la..takde chance nak sambut aku bersalin.. 

Memandangkan..kali ni, kandunganku ok..mmg aku teringin sgt nak suamiku ada bersama ketika proses bersalin..alhamdulillah tercapai jg hajat dii hati. Sebaik saja bayiku yg seberat 3.5kg dilahirkan, doktor pun memintaku melihat wajah bayi yg masih kemerah2an tu..spontan mulutku berkata.."alamak, sebiji muka aku" hehe...sejuk perut ibu mengandungkan Azhad. Mmg betul..semua yg dtg melawat slps itu sume cakap..sebiji muka emaknya..alahai..anak omak...




Sebaik saja Azhad dilahirkan...bermulalah episod baru dlm keluargaku..kalau dulu bertiga kini berempat. Menjaga Azhad ketika dlm pantang..aduhai..Allah saja yg tahu..byk ragamnya. Klu abangnya dulu, aku tido, dia pun sama tido..tp menjaga Azhad sebaliknya berlaku..tiada istilah tido mlm..aku dan suami bergilir2 menjaga, krn dia langsung tak nak tido..klu x nak tido tp diam takpe..ini sepanjang mlm menangis..sampai telinga ni dah lali dengar dia merengek dan menangis. Dah tu nak kena kelek memanjang. Tp, alhamdulillah habis je pantang hampir 2 bln, ragamnya tu pun akhirnya hilang...hehe..masa tu barulah aku boleh tido lena..hish! tak lena jg..sbb Azhad ni kuat menyusu.

Azhad anak yg manja dan sentiasa inginkan perhatian. Walau umurnya dah 4 thn, dan dah ada adik pun..tp dia tetap nak ikut walau ke mana aku dan ayahnya pergi. Satu yg istimewa ttg Azhad ni dia ada 2 pusar di kepala...hehe..tu yg tak tahan..klu dah kata dia..tu la dia..mmg kena sabar. Mudah2an dah besar nnti dia berubah..menjadi anak yg soleh dan berani..

Kenapa SALAHUDDIN AZHAD? Panjangkan nama tu? Hehe..masa mengandungkan Azhad Shima kagum sgt dgn ketokohan panglima Islam iaitu Salahuddin al -Ayubi dlm Perang Salib melawan tentera Yahudi dan Kristian. Masa tu di kaca telivisyen ada menayangkan filem Saladdin (mat saleh ni tak reti nak sebut salahuddin agaknya-dipanggil Saladdin) jd lg bersemangatlah Shima nak letak nama tu..mudah2an dia akan menjadi tokoh/pemimpin yg berani menegakkan Islam pd masa akan datang. Mula2 shima nak tambah al-Ayubi, tp suami malu..sbb kata dia..tu nama org Arab. Jd tukar kpd Azhad yg bermaksud yg zuhud.

Okeyla..dah panjang lebar shima bercerita..buat anakku yg tersayang Salahuddin Azhad, ibu doakan moga Azhad menjadi anak yg berguna kpd agama, bangsa dan negara suatu hari nnti. Ibu jg doakan moga Azhad dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki yg melimpah ruah, dikuatkan iman dan menjadi anak yg soleh...Amin..ya rabbul alamin..





SALAM MAAL HIJRAH


Assalamualaikum...

Sempena tahun baru Hijrah 1433 yang baru saja bermula ini, saya ingin berkongsi dengan anda 5 tips berkesan untuk melakukan perubahan diri.
Lakukan 5 tips dibawah ini dengan istiqamah, insyaAllah saya yakin sesiapa saja mampu berubah menjadi lebih baik.

 

5 Tips Berkesan Untuk Berubah


1. Mula berubah dengan yakin dan penuh keazaman.
Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda. Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.

2. Lakukan secara perlahan-lahan.
Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata. Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.

3. Lakukan perubahan pada masa sekarang.
Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya. Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.

4. Berubah dengan niat yang ikhlas dan buat bersungguh-sungguh.
Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.

5. Jadikan amalan itu sebagai tabiat.
Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita. Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama. Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya. Lakukannya lagi dan lagi.


Akhirul Kalam.....

Janganlah berputus asa
apabila menghadapi kesusahan
kerana
titisan hujan
 yang jernih juga
berasal daripada
awan yang gelap 

KEK LAPIS CHEESE PESONA


Assalamualaikum...
Dipendekkan cite...TERBAIK!!!!..memang best..lagi best!! hehe..sape yg lom pernah try..hah! kena try..dahle senang..bhn pun cinonet je..Anak2 ku tak berhenti2 buka peti ais..nak lg..nak lagi..termasuk la bapaknya. Actually kek ni shima buat sempena birthday my hubby..28/11..yg lps. Takdela nak deko2 atas kek tu..nyanyi2 pun dah cukup.."happy birthday 2 u...my hubby"..yg ke 37..dah tua kita ye..moga dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki yg melimpah ruah..dan kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..AMIN!!!!


Ok..balik pd resepi hr ni..sape2 nak try..cepat salin resepinya..mesti x nyesal punya..

Kek Lapis Cheese Pesona

Resipi : Ryo@Ryoazhar
Sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus



Caranya membuatnya :
  1. Satukan cheese dan gula halus, pukul menggunakan mixer hingga sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik @ kertas minyak @ baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je tau)
  7. Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.





PUDING CHEESE OREO


Salam 1 M'sia...

Sihat???? Shima doakan moga kita semua berada dlm ceria dan happy selalu. Hari ni saja tukar selera...biasa klu birthday anak2 shima akan masak kek..tp kali ni, shima nak sediakan satu resepi yg byk menerima pujian dr blogger2 masakan krn keenakan puding ini..Mmg betulla bagai dikata...emmm puding ni mmg sedapla..lg2 klu mkn sejuk2. Tak pakai cheese pun, tp tetap terasa lemak manisnya. Ok..sape suka puding..bolehla salin resepinya ye...


PUDING CHEESE OREO
Sumber : Azlita Masam Manis

 

Bahan-bahan : 

13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
sedikit oreo di buang creamnya

Cara membuat :

Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tpg kastad.
Masukkan susu dan kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi dan tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.
Tuang ke dlm loyang atau acuan. kemudian layerkan dengan biskut oreo. Susun biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapis. Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

Bun Poket Sardin



Assalamualaikum...dan salam 1 M'sia. Shima continue balik n3 yg dah lama tertunda. Nama je cuti sekolah..tp keje2 lain tetap menunggu. Tu yg sempat pose gambar je dulu. Nak menceceh ke...nak mengomel ke bleh wat kemudian..hehe. Okla..balik pada resepi hari ni..actually shima dah buat byk kali, bkn apa..sbb senang dan sedap. Inti tu buat dulu..simpan dlm peti ais. Sok pg...tinggal masukkan inti dan celupkan dlm telur, panaskan atas pan..dah siap!! Klu tak suka sardin, bleh je tukar dgn inti lain..Ok..jom tgk resepinya..


BUN POKET SARDIN

  • 1 tin sardin
  • 1 biji bawang besar - dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • sedikit air
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak atau merjerin
  • roti bulat secukupnya - dibelah 2 jgn putus
  • 2 biji telor - dipukul sikit (utk celup roti)
  • mentega secukupnya untuk goreng roti

Cara Penyediaan Inti:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali non-stick. dan tumiskan bawang besar dan bawang putih. Kacau sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar.
  3. Masukkan sardin yg telah dihancurkan.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Biarkan sejuk sebentar.
  6. Letakkan inti di tengah2 roti dan rapatkan belahan roti.
  7. Celupkan permukaan roti yg dibelah ke dalam telor yang dikocok tadi.
  8. Panaskan 2 sudu besar mentega dengan api perlahan di dalam non-stick pan dan letakkan roti 3 - 4 ketul sekali gus. Balik-balikkan sekeliling roti hingga nampak telor salut tadi masak. Buat hingga habis. Angkat dan hidangkan panas-panas.


Lipas tanah utk merawat resdung



Ni la dia rupa lipas tanah yg digunakan utk merawat resdung

Assalamualaikum..

Belakangan ni shima rasa kurang sihat...batuk dan selsema dan hampir 40 hari masih tak baik2. Telinga rasa tersumbat...mcm org pekak pulak. 2 mingu lps lg teruk..cakap dgn anak pun mcm nak menjerit..sbb kita sendiri tak brp dengar apa yg kita ckp. Ubat batuk dan selsema, jgn kata..sume dah try tp tak baik2 jg. Kepala ni berat semacam...mcm ada batu konkrit duk atas kepala ni. Kalau sujud rasa penuh lendir2 dlm kepala. Sehinggalah pd hari raya Aidil Adha yg lepas, shima pulang ke kg dan ceritakan masalah shima pd family..abg ipar shima ckp tu bukan selsema tp resdung yg dah dikategorikan agak serius jg. Mana taknya dah sebulan lebih shima kehilangan deria rasa dan bau. Mkn pun utk hidup je...pergh!! sedihnya...tak dapat nak menikmati keenakan mknn. Tensionn....sgtttt!!

Rupa2nya resdung...ish..ish..ish..Shima pun tak sangka sebegitu hebat penangan resdung ni. Dulu 4 thn lps shima pernah jg berubat menggunakan lipas tanah. Tp ms tu tak serius sgt..ulat pun tak banyak kuar dpd muka. Asalnya pi rumah ustaz tu cuma temankan suami je yg nak berubat..tp bila tengok ulat2 kuar dr muka suami, teringin plk nak try..manalah tau kot2 ada jg. Actually Shima tak yakin Shima ada resdung, sbb muka shima ni licin je takde jerawat...cehh..cehh..perasan plak. Tp family shima ramai yg ada resdung jg walaupun takde jerawat..tu yg nak try tu. Sekali....hah ko..ada jg ulat2 kuar dr muka..especially kat dahi, kening dan tepi mata. Hah..tergelak beso le suami..dulu eksen..sgt hehe..Lps tu ada jg wat rawatan susulan 2-3 kali, siap bw rombongan che kiah lg dgn family..hehe. Klu nak tgk pelbagai jenis ulat di dlm kulit muka kita..bleh klik di sini.


atau


Tp tu cite 4 thn lps..bila rasa dah ok..shima pun sepi tanpa berita...Tup!tup! hah jd mcm ni..tersiksa jiwa dan raga..huhuhu. Maka dgn rendah diri Shima pun pi umah ustaz utk berubat..nasib baik jumpa walaupun dah pindah rumah. Mmg sah!!! ulat dlm muka ni dah membiak sampai ke dagu dan saluran kerongkong..tu yg menyebabkan batuk shima non stop, tekak rasa gatal2 dan kdg2 pedih. Lps tu lelangit tekak ni gatal..asyik nak jolok je dgn lidah. Kulit kepala pun gatal..kening, dahi sume ada ulat, patutlah asyik pening dan sakit tengkuk je. Isk, masa berubat tu bleh lupa plak..nak snap gambar ulat2 yg kuar dr muka..eiiii..byk tau..anak beranak kuar..siap bergumpal2 lg..lps lipas tanah tu ditenyeh kat muka. Paling banyak skali kat hidung..eii, masih terasa ulat2 tu merayap kat sekeliling hidung..ada jg yg merayap msk lubang hidung..tp shima cepat2 hembus dgn kuat. Gatal jgn cakaplah...merenyam2 tatkala ulat tu muncul kat permukaan kulit muka...shima ingat dlm..30-40 ekor..tu yg jatuh atas kain itam..tp yg masih lom sempat jatuh...eiii..gelinya. Sbnrnya fungsi  lipas tanah ni utk memabukkan ulat2 tu..hingga memaksa ulat tu kuar dr muka. Bau lipas tanah ni mcm udang kering sikit..tp ada jg yg x berbau. 

Shima rasa la..resdung shima ni disebabkan shima kuat mkn sambal belacan..dulu kurang sbb malas nak tumbuk sambal..tp sejak ada bibik ni..rajin le menyuruh dia menumbuk sambal..tak kirala sambal belacan ke, sambal tomato ke, sambal pelam ke nanas ke...kan sume tu letak belacan bakar..mmg sodap. Tp yg teruk sikit dalam sebln 2 ni sbb shima bg ulat2 tu baja utk dia membiak dgn cepat..huhu. Nak tau apa dia?? Shima rajin buat sandwich Tuna dan sardin utk sarapan pg. Tu dia..sebenarnya...Shima baru tau mknn yg diperam dlm tin ke atau pekasam ikan masim..tu la yg menjadi favourite ulat2 tu. Lps ni tobat..tak moh mkn lagi..

Setakat ni shima dah pi 2 kali, alhamdulillah kuranglah sikit kegatalannya..cuma masalah hidung tersumbat yg masih lom settle lg. Bg yg dah agak kronik sikit..mcm shima yg dah tersumbat hidung dgn lendir dan mcm2 lg..kena berubat cara yg lain. InsyaAllah, sok shima nak ke Pt. Jawa Muar plak..nak berubat dgn pengamal perubatan yg menggunakan biji terung. Tak pasti shima mcm nn caranya..tp menurut jiran kakak shima yg pernah berubat dgn beliau..segala lendir, nanah dan sarang ulat bersama2 ulat tu akan kuar skali..

Ok..bila dah berubat lusa nnti, shima akan cite kesudahannya ye. Bos abg ipar shima siap pi pakar lg nak kuarkan lendir...hrga jgn tanya...beribu2 sbb kena bermlm di specialist. Ni shima guna kaedah tradisional plak. Bg shima klu resdung tu masih lom tahap hidung tersumbat..masih bleh gunakan lipas tanah, tp klu dah teruk jg mcm shima ni mmg kena cari alternatif lain..utk merawatnya.

Bila dah mcm ni barulah rajin nak buat research ttg penyakit ni..bahaya jg resdung ni rupa2nya. Klu dibiarkan boleh mengancam nyawa..kalau ulat tu dah bersarang kat kepala. nak tunjuk gambar ke? Isk tak payah la ek..dahle blok shima ni blog masakan..kang org tak lalu plk nak try resepi2 yg terdpt dlm blog ni. Boleh merosakkan mata..sbb klu dibiarkan ulat2 tu bleh kuar dr biji mata kita tau...mata jg akan berselaput..dan mcm2 lg la..klu tgk gambar org yg terkena resdung yg kritikal..tak lalu nak mkn...

Ok..la harap2 sumenya berjalan dgn lancar. Tak larat beb..hari2 sakit kepala..dn hidung tersumbat lg...nnti shima cite bila dah buat rawatan tu. Doakan le..shima tak lupa snap gambar..sbb shima ni selalu sgt lupa hal2 mcm ni....Insya Allah, shima akan share sama dgn kwn2 nnti...bye..wassalam.

KEK CHOCOLATE MOIST


Assalamualaikum...
Ni la dia antara N3 yg tertangguh..Kek ni shima buat sbb Imran minta utk dibawa ke jamuan akhir tahun sek agama. Oleh krn kanak2 ni biasanya sukakan kek coklat, maka shima pun sediakan kek ni. Ikutkan tekak shima ni..zaman kek coklat ni dah berlalu..agaknya dah rasa diri ni dah makin...berusia kot...hehe. baru 37 dah tua ke?  his!! perasanla plak..Skrg ni suka kek2 lain yg tak pernah buat masa zaman muda trang tang-tang dulu...Kalau tak dulu, sikit2 nak kek coklat..zaman sekolah dulu..kalau mak buat kek coklat..kejap je licin..tak sabar2 nak mkn. Tak sempat sejuk kek tu. Skrg ni dgn teknologi yg ada, mcm2 kek kita bleh belajar, cuma nak tak nak je..atau kt lain malas atau rajin je. Shima dulu malas jg..nasib baik oven ni tak jd besi buruk..tp bila dtg angin rajin..kus... mangat! klu bleh hari2 nak try resepi baru..lebih2 lg bila tgk blog rakan2 yg pakar masak ni...mouth watering u...rugi tak cuba tau. Nnti mak mertua pun sayang tau...hehe..cik abg plak..mmg..sayang, tp dia yg risau..tgk beratnya yg semakin toing!toing! mcm spring kejap naik kejap turun. Nak kena jg tu..kang sdp mkn..kolestrol naik..darah tinggi pun naik..

Cite pasal kek ni..lebihan kek ni..shima bawa ke tpt kerje krn ada potluck. Plan awal nak wat Puding Tembikai, tp bila tgk kek ni masih ada setengah lg (actually kek ni agak besar, sbb guna loyang 9") jd Shima bawa je ke sekolah. Alhamdulillah habis jg. Bg Shima ni kek mmg sedap, walaupun resepi ni 1st time shima cuba. Resepi ni pemberian sifu shima..eja, yg mmg pakar membuat kek di Kluang masa shima join kursus membuat kek 6 in 1 dulu. Toppingnya shima ikut resepi Kak Salmah, sbb Shima rasa dlm byk2 topping yg shima dah try, topping/ganache ni yg menepati selera Shima dan anak2..Okla..jom tengok resepinya..

 

KEK COKLAT MOIST

Bhn Paste

1 cup serbuk koko
1/2 cup gula kastor
1 cup air panas
* masak dlm periuk guna api kecil. Kemudian campurkan
1 cup susu cair - sebatikan.

Bhn A

250gm butter
4 bj telur
11/2 cup gula kastor
* Pukul butter + gula hingga kembang/putih. Masukkan telur satu persatu dan
1 tbsp esen vanilla

Bhn B

2 cup tepung gandum
2tbsp baking powder
* diayak bersama

Cara membuatnya

Ambil bhn A. Masukkan bhn B berselang seli dgn paste ke dlm bhn A hingga habis.Bakar dlm loyang yg telah digris dgn mentega/marjerin dan ditabur sedikit tepung selama 50 min bergantung pd kepanasan oven masing-masing. 

 

Apam Belang


Assalamualaikum...

Malam ni shima tak nak cite banyak..mata ni asyik nak terlelap je..dah brp kali tersengguk dpn laptop nih..isk nasib baik lom ngences lg..hehe. Nak cite pasal apam ni...rasanya mmg sedap..shima rasa mcm mkn kek kukus lak..sbb teksturnya mcm kek. Lps tu rasanya pun tak brp manis...mmg sesuai sgtla dgn family shima. Paling suka mkn mak mertua shima..tak abis2 dia ulang mkn..sedap katanya sbb dia kata tak pernah jmpa dan rasa apam mcm ni..Isk..malaslah cite byk2..rasa dulu baru tau...tak nyesal punya.. 



APAM BELANG
by: Shamama
sumber : Azlita Masam Manis

4 biji telur 
2 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanila 
300 gm tepung gandum 
220 gm gula halus 
250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air) 
1 sudu teh baking powder 
pewarna

Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)





DAGING KICAP BEREMPAH TOK ALANG


Assalamualaikum...
Selamat bercuti dan berhujung minggu...dah plan nak bawa anak2 bercuti? Shima nampaknya thn ni tak berkesempatan nak bercuti ke Bandung dan Jakarta lg. Kwn2 pesan beli baju renang muslimah la..dan lain2 tp maaflah byk2 tak dpt shima tunaikan..memandang baby shima masih kecik. Seri Qaisara baru 1 thn 6 bln, Muhd. Isyraq Razin plak 4 bln..isk..dahle breast feeding. InsyaAllah klu anak2 dah besar sikt, bolehla pi mkn angin thn depan..

Ok..kita balik pd n3 ari ni. Resepi ni,warisan family shima dari arwah nenek smpi ke mak shima. Arwah nenek shima mmgla air tangannya tiada tolok bandingannya. Mmg sedap, baik lauk pauk..sampailah kuih muih ni. Cubalah..mmg sedap..ada rasa manis kicap, pedas dr rempah kari, dan jintan halus dan kasar. Memang lain dr yg lain...cubalah!

Daging Kicap Berempah

Bahan2

1/2 kg daging-direbus terlebih dahulu.
5 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Putih
Seruas halia
Seruas Kunyit hidup/ 1tsp serbuk kunyit
1tsp Jintan putih
1/2 tsp Jintan manis
2 btg Serai
1 tbsp Serbuk kari
1/2 cwn kicap manis (shima biasa guna Cap Kipas Udang atau Jalen)
Air asam jawa

Penyediaannya
Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, jintan manis dan jintan putih ditumbuk lumat. Setelah itu masukkan 1 sudu rempah kari dan sedikit air. Jadikan pes. Setelah itu tumiskan bahan2 tersebut hingga naik bau dan serai yg tlh diketuk.. Masukkan air asam jawa tumis hingga mendidih, barulah masukkan daging yg tlh direbus terlebih dahulu. Setelah agak pekat, masukkan kicap lemak manis..dlm setgh cawan. Setelah daging hampir, masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan cili merah/hijau yg dipotong serong. kacau sebentar dan tutup api.

*Bila dah letak kicap..shima tak letak garam dan gula dlm lauk tersebut. 


PUDING TAUHU LAICI


Selamat bercuti....especially buat rakan2 guru sekalian...tengok dulu ye..mata ni dah mengantuk yg teramat..hehe..Ok..kite continue balik n3 yg tertunda ni..baru hari dpt mengedit n3 ni. Cite pasal puding tauhu laici ni dah lama sebenarnya nak mencuba, tp asyik pospon je sbb agar2 strip takde. Lagi pun shima biasa guna agar2 serbuk serbuk. Ok, shima rasa agar2 ni simple tp sedap..sbb puding2 berkuah yg lain, biasa kita masukkan susu cair dlm kuahnya, tp ni hanya kuah laici sahaja. Shima buat puding ni sbb menerima kunjungan 2 org makcik shima, sorang duduk di Rawang dan sorang lagi pulang bercuti ke Kluang..krn beliau bertugas di Tabugh (sempadan Jordan) sbg staf nurse di sana. Sempena kunjungan mereka, shima masak Spaghetti Bolognese dan puding tauhu ni.

Tentu ramai yg pelik nape dipanggil puding tauhu, sedangkan dlm resepi takde sikit pun menggunakan tauhu atau kacang soya  sbg bahannya. Sebenarnya cara penyediaannya, bhn2 puding ni setelah dimasak, curahkan dlm 1 loyang besar, setelah sejuk barulah disenduk menggunakan sudu atau senduk, barulah dimasukkan ke dlm bekas. Ala2 taufu fah..soya yg byk jual kat pasar mlm. Shima letak dlm acuan comel supaya nmpak kiut je..bila dihidangkan. Puding ni sedap dimakan sejuk..


Resepi Puding Tauhu 

Sumber : 
Kak Nor
Sumber rujukan : Kak Izah 

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) *lebih kurang 18 gram
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia
cara2:
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.