MELANCONG KE BANDUNG (2nd TRIP) - Part 1

 
1st day
 
Assalamualaikum....
 
Percutian shima ke Bandung ni merupakan percutian shima utk kali yg ke 2. 1st time pi ke Bandung semuanya di sponsor,tp kali ni sendirian berhad..hookehh! hehe...so dah ada pengalaman bolehlah jln sendiri. Kali ni shima pegi berdua2an dgn my laling...dan jg rakan sekerja shima. So kami bertiga pi sama2 menaiki Air Asia la...apa lg. 6 bln sblm pi kita dah booking tau...
 

So...sesampai saja di Bandara Hussein Sastranegara, kami telah dijemput oleh manager hotel tersebut menaiki jeep kepunyaannya. Ramah orangnya..tp lupalah namanya. Ops lupalak, nama hotel yg kami booking ialah Hotel Kenangan. Bbrp minggu sblm ke sana, my laling kol hotel utk booking. Kami pilih hotel tu sbb apa tau..kedudukannya hampir dgn Pasar Baru yg sgt terkenal tu..jd kami boleh jln kaki je..dah jimat kos kat situ.
 
Ni la rupa hotel tpt kami menginap (Ehsan Google)
 
Posing dpn hotel sblm ke Kg. Daun
 
So...slps check in..dan berehat selama sejam, kami pun mengambil keputusan utk ke Pasar Baru dgn berjalan kaki. Lebih kurang 10-15 minit jugalah klu x silap. Sampai di sana, tpt pertama yg kami tuju ialah di food court...Cuba tengok mee gila di bawah...nasib baik tak gila lps mkn mee ni..tp mmg sedap pun. Klu kat sini..mcm maggi gorengla..lbh kurg cuma rasanya lain sikit krn kicap di sana tak sama spt di sini... 
 
 

 
Slps mengisi perut, aktiiti shopping pun bermula...
 
 
Yg ni aku sambar byk sbb beli utk berniaga di bazar ramadhan....penuh 1 beg..
 
Shopping....jgn x shopping..kain cotton kat sini cantik dan murah...kain2 jenis lain pun ada2
 
Byk sgt berjln...shima dah tahan...beli sandal lembut...barulah lega...
 
Dipendekkan cite, 1st day ni lebih kpd jalan2 je..sambil jd pemandu pelancong utk rakan shima yg 1st time dtg ke Bandung hehe. Lg pun di sini kedainya tutup awal iaitu jam 5. Jd klu betul2 nak shopping kena pi waktu pg. So hr ni dah boleh plan nak beli apa..utk esok...
 
N3 seterusnya, shima nak cite tentang tpt mkn yg sangat best di Bandung....iaitu di Kg. Daun.
 

CUTI-CUTI MALAYSIA : NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG







Kunjungan shima ke Kelantan kali ini merupakan kunjungan kali ke 3. 1st time pi berdua dgn hubby je...konon2 honeymoonla. Masa tu Imran baru usia 5 bln. Oleh krn risaukan keadaan perjalanan yg jauh, mak shima tak bg bw Imran..so kami pi berdua je la. Kali ke 2 pi setahun slps itu thn 2004. Masa tu Imran dah sethn 5 bln. Ok la, bw Imran ms baru dpt kaki..apalagi penatlah mengejar sbb dia x nak duduk dlm keta sorong. Lps tu, lama dah shima tak jejak ke sana..hinggalah pd thn 2011. Lamakan? Shima pergi berlima, termasuklah bibik Nyami.

Sblm ke sana, shima dah booking awal2 homestay di Pelangi Mall Kota Bharu. Oleh krn kami cuma 5 org je, sewa hanya Rm200. Murahlah tu, utk sebuah apartmen 3 bilik. Kami sewa utk 3 mlm. Kelengkapan dapur semua ada..tp shima taklah masak..mkn kedai je...maklumlah tujuan ke sana mmg nak shopping. Shima ke Kelantan melalui jln pantai timur. Dr rumah bertolak jam 6.30 pg, smpi ke Kota Bharu hampir maghrib. Lewat sampai sbb tersekat dgn kesesakan jln di tgh bandar kota Bharu dan tersesat jg, sbb byk sgt dah berubah. Maklumlah dah 7-8 thn tak ke sana. Oleh krn tersesat jln, tuan rumah homestay kami terpaksa mengiringi perjlnn kami ke Pelangi Mall. Jom layan gambar2 di bawah ni..













Selama  beberapa hari di Kelantan, hari2 shima mkn Roti Canai Sup Gear Box Merah. Sedap betul dan  1st time shima mkn roti canai dgn kuah tersebut. Lupalah apa nama kedainya...dan shima perhatikan kedai tsbt mmg ramai pelanggannya.
 
 
Seperti biasa jika ke Kelantan, rasanya tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Brg2 pun murah. Kalau di Rantau Panjang, shima suka beli periuk belanga, toto krn harganya memang murah. Klu di Pengkalan Kubur...shima beli suka beli tudung dan kain.
 
Selain kedua tempat tersebut, 1 lg tpt yg kini jd tumpuan ia Wakaf Che Yeh...yg terletak di Kota Bharu. Kat sini shima 1st time pi...punyalah seronok smpi 2 mlm berturut2 shima ke sana. Byk brg dan byk pilihan...hrga pun murah jg. Plg best ia buka dr ptg
smpi ke pukul 1-2 pg
 
Ganbar dr Google.. 
 
Pun sama gambar dr Google. Tak sempat nak snap pic, sbb bz bershopping....ngeeee
 
Sg.Golok...foto diambil dr bilik kami


Posing..dlm apartment yg disewa..


Posing lg..sblm balik....
Kesimpulannya..lawatan kami ke negeri Cik Siti Wan Kembang mmg best sbb dpt shopping...namun begitu ada jg kenangan pahitnya iaitu hubby dgn tak sengaja telah terlanggar bonet sebuah kereta seorang guru tika dlm perjlnn pulang dr Rantau Panjang. Dlm keadaan cuaca yg panas lbh kurg pukul 3, keletihan dan ditambah plk dgn jln yg sesak, apabila tiba di traffic light, ntah tiba2 kt hubby dia terlelap. Silapnya dia hanya guna brek kaki shj...erm..bergerak la keta tu ke depan dan....mencium bonet keta org tu..walaupun perlahan namun dah terlanggar kena la settlekan.  Walaupun pd awalnya keadaan agak tegang namun akhirnya dapat diselesaikan dgn baik..dan suami byr Rm 300 sbg ganti rugi..Nasib2...huhu...
 
okeylah...itu je n3 shima kali ni...bye...
 
 


CUTI-CUTI MALAYSIA : TIARA BEACH RESORT PORT DICKSON

 
Percutian seterusnya ialah di Tiara Beach Resort. Shima ke sana pd Disember 2012. Percutian ke sana adalah percutian bersama keluarga..tp sblm tu kami ke rumah pakcik shima di Kajang krn majlis perkahwinan sepupu shima di sana.
 
Di Tiara Beach Resort, kami menyewa 3 buah apartment dgn kenalan kak long shima di dalam resort tersebut. Bila sewa dgn pihak persendirian, sewanya lebih murah. Cuma bila bermain di water park tsbt, yg sepatutnya menyewa homestay akan dikenakan bayaran tertentu. Tp shima tak bayar pun..sbb petugas yg bertugas di water tsbt tak minta..hehe. Maybe petugas tsbt x mampu nak memeriksa one by one..dahla ms tu cuti krismas, manusia punyalah ramai.. Jom..la kita layan gambar di bwh ni..ada jg gambar dr pakcik google, sbb gambar shima bercuti di sini tak byk yg dpt shima snap...huhu..maklumlah ms tu shima dah ada baby razin umur 5 bln.. X dpt nak mengusung kamera sana sini..hehe..
 
 






 
 

 
 

 
 

Azhad dah besar pun nak dukung lg...x thn sejuk la tu..
 
Kalau tgk pic kat atas tu, ntah gambar sape2 je yg shima snap. Tak jmpa bdk2 ni mandi kat mn. Bila dah ramai2..x dpt dikesan ke mn dia org pi...kecuali si azhad dgn seri je la..dgn baby razin..yg ada dlm pic ni..
 


Dari kiri bibik Nyami yg mendukung seri, my mom & razin dan kak long.


Seri mula2 takut nak mandi...
 
Mcm ni la rupa bilik/ apartmen yg kami sewa...
Okeylah..tu je la yg shima nak kongsi ttg percutian ni...mcm biasa anak2 mmg seronok tak hingat...tp maknya mcm biasalah...jd pemerhati PBB je la...pantau dr jauh huhu...lg pun nak mandi pun x seronok sbb org ramai sgt. Klu shima pi cuti2 Msia ni suka pilih hari biasa..tu klu ms cuti sek la..atau pun weekend..iaitu bkn time  cuti sekolah..jd x ramai org. Tp tu la, bila pergi bersama keluarga yg besar terpaksalah pilih time cuti umum..di mn sume family dpt bekumpul..erm..begitulah citenya.
 
Kesimpulannya...nak dijadikan cite, balik dr bercuti si Razin dan Seri x berhenti2 menangis...asal mlm je nangis..smpi susah nak tido mlm. Rupa2nya bila di bawa berubat dgn seorang ustaz, rupanya dia didampingi sesuatu dan makhluk itu mengikutnya pulang ke rumah. Mungkin benar kt ustaz tsbt, sbb bila shima memasuki apartment tsbt nampak seolah2 dah lama tak diduduki atau dikunjungi oleh pengunjung atau tuan rumah tersebut. Erm..so slps dpd peristiwa tsbt shima jarang menyewa homestay kecuali homestay tsbt mmg laris..atau mmg sentiasa disewa oleh pengunjung. Terpulanglah pd rakan2 nak percaya atau sebaliknya, mungkin setiap anak itu berbeza semangatnya. Pastikan sblm masuk ke tpt yg jarang dikunjungi, minta suami azan terlebih agar semua jin yg menghuni tpt tersebut akan keluar. Okeylah rakan2 itu saja yg dpt shima share utk kali ini...bye..
 
 

CUTI-CUTI MALAYSIA : GAMBANG WATER PARK 2011




N3 seterusnya ialah percutian shima ke Gambang Water Park. Actually pemergian shima ke sana dgn 2 tujuan iaitu ada majlis perkahwinan keluarga adik ipar di Cherating, dan bw anak2 bercuti sempena cuti sekolah. Di sana Shima stay di resort tsbt..iaitu Caribean Bay Resort. Kami menyewa 3 family suite room
 

Pemandangan resort dr luar

Salah satu bilik yg terdapat di suite ini.

Keadaan dalam family suite room
Masa bercuti di sini, shima tgh sarat mengandung 8 bln...huhu..bayangkanlah nak berjalan pun tak larat sebenarnya. Tp shima gagahkan juga demi nak melayan anak2 tersayang...cewah..
 
Stlh penat melayan anak mandi kat swimming pool, mlm turn maknya plk berjln2 di sekitar resort.
 
Tgh terboyot2 pun sempat berposing lg...ni baru lps karaoke tau...hehe

Keesokan harinya, pg2 lg anak2 dah bangun x sabar2 nak ke water park. Punyalah ramai sampai terpaksa beratur hampir sejam. Aduhai..sakit kaki mak buyong ni menunggu. Setelah masuk ke water park tsbt, shima tak berjln2 sgt pun, hubby x benarkan sbb keadaan tpt tsbt yg basah dan licin. Sayang jg dia kat bini dia ni..hehe. So..shima jd tukang jg brg2 je la huhu...Mcm shima dah maklumkan sblm ni gambar2 kenangan x byk yg dpt shima share sbb byk yg hilang..tgk gambar dr google je la ye...


















 
 
 
Ini je pic yg shima sempat snap..tu pun dah gerimis hujan...

Sebenarnya, kami tak lama pun berada di situ, sbb hujan turun dgn lebatnya. Lagipun kami terpaksa pulang ke Johor pd ptg itu jg, memandangkan perjalanan yg agak jauh..dan ramai yg akan bekerja pd hari esoknya. Apapun anak2 mmg seronoklah sgt, cuma maknya tak happy sbb jd penjaga beg...so tak dpt berjln keliling water park tsbt. Insya Allah shima akan ke sana jg nnti, utk balas dendam..haha..sbb tak dpt berenang dan berendam di sana. Ok..kita jmpa lg di water park yg lain plk..bye..
 


CUTI2 INDONESIA : JAKARTA 2009

 
 
N3 shima yg seterusnya ialah percutian di Jakarta. Sejak menjejakkan kaki ke kota Bandung tahun 2008, shima jd seronok dan tak sabar2 nak melancong ke kota2 lain di Indonesia. Selain atas urusan perniagaan terutamanya, aktiviti melancong ni memberi satu pengalaman baru yg menyeronokkan. Lebih2 lagi dapat mempelajari adat dan budaya negara lain, sejarahnya, makanan dan macam2 lagilah. Lebih memudahkan krn Indonesia dan Malaysia dianggap serumpun. Hal ini memudahkan lg interaksi rakyat di antara kedua buah negara.
 
Shima bercuti pd bln Jun 2009, selama 4 hari 3 mlm. Bertolak dari Senai Airport stlh tergendala selama 2 jam. Sepatutnya flight pd jam 9.20 tetapi atas sbb2 tertentu, jam 11.30 baru dpt bertolak. Risau jg memandangkan, shima takde booking mana2 hotel pun, main redah je. Dahla bw Azhad yg ms tu berumur 1 thn lbh. Tp shima nekad je..dan alhamdulillah kami selamat mendarat di Bandara Soekarno Hatta lebih kurang hampir jam 2 pg. Petugas di airport tersebut pun terkejut dgn keadaan kami yg begitu nekad dan berpesan2 agar kami berhati2.


 
Suasana mlm di bhg blkg airport..masa ni kami sdg tawar menawar mencari teksi utk menghantar kami ke hotel (Gambar Google)



Setelah berjaya mendapat teksi, kami pun meredah kota Jakarta untuk mencari hotel. Setelah 2-3 hotel kami kunjungi, akhirnya kami memilih utk menginap di Hotel Ibis. Hotel tersebut kami pilih krn terletak berhadapan dgn pusat beli belah Mangga Dua, yg terbesar di Jakarta. Jadi kami boleh berjalan kaki je...hehe..dah jimat kos kat situ. Rupa2nya ada bbrp org pengunjung dr Msia yg turut menginap di situ. Tp harga hotel tersebut lebih kurg sama je di KL utk hotel taraf 3 bintang.
 

Inilah dia Hotel Ibis..tpt kami menginap selama 4 hari 3 mlm. (Gambar Google)
 
Bilik kami...tak sempat selak langsir pun, sbb asyik jln2 je (Gambar Google)
 
Lobi hotel dan kaunter tpt menyambut ketibaan kami...
 
 
Hah!...sama tak dgn gambar di atas..nnti kwn2 ingat shima tipu lak...ni je la foto yg tinggal yg lain sume hilang dlm hp huhu...
 
 
Selama 2 mlm shma dinner di kafetaria hotel. Tak berani nak berjln2 di luar hotel krn di kaki lima hotel ramai sgt penjaja.
  
Dah x ingat mkn apa...rasanya mcm en. hubby mkn bakso, shima mkn kuetiew. Azhad mknn kegemarannya kat sini keropok udang.
 
Posing lg...
  
Utk ke Mangga Dua dr hotel Ibis, anda perlu melalui jalan raya yg sungguh sesak ni...tak jauh, jln kaki lbh kurang 10 min..klu anda mmg terror melintas hehe
  
Pg2 lg kami dah ke sini..byk kedai x buka lg.
  

Shopping mall di Mangga Mall ni bersambung2 dgn shopping mall yg lain...letih berjln dahla byk tingkat. Nmpk x A&W tu, kat situlah kami lunch..huhu.


1st day di Jakarta, kami berjalan2 di Mangga Dua je...itupun amik masa sehari sbb shopping mallnya besar sgt...tapi shima tak berapa seronok sbb tujuan shima yg utama nak cari busana muslimah di sana. Kat Mangga Dua mmg ada, tp pilihannya tak banyak. Kalau brgn lain banyaklah, shima beli jg la blouse, handbag, beg sekolah, dan sandal dan baju kanak2 utk di jual di butik.

Balik hotel kami berehat sakan, sbb dah lenguh sangat kaki krn byk berjalan. Lunch kami .mula2 mkn A&W, lps tu dah ptg sikit mkn Mc Donald. Tapau bw blk hotel. Kat sini mkn fast food mesti ada nasi..mcm pelik pulak bila mkn ayam goreng, dgn nasi dan sos cili. Tp klu x nak nasi pun boleh..mkn je set biasa mcm kat Msia.

Oleh krn tak puas hati x jumpa brg yg diingini, kami pun minta bantuan pekerja hotel utk carikan kami supir utk bw ke tpt lain. Mrk cdgkan kami ke Tanah Abang..pd pg esok..krn di sana lbh byk pilihan utk brgn muslimah. Alhamdulillah esoknya, kami diperkenalkan dgn Pak Ajat...dia la jd supir kami sepanjang masa di sini. Orgnya pun boleh lbh kurang..dan ramai jg pelancong dr Msia rupanya yg menggunakan khidmat Pak Ajat ni..



Sepanjang perjalanan ke Tanah Abang, jalannya macet...sesak teruk. punyalah ramai manusia tak tau nak cakap. Menurut pak Ajat selain pelancong dr Msia, penduduk Indonesia yg terdiri dpd peniaga kesemuanya berkumpul di sini utk membeli pelbagai brgn secara borong. Shima rasa teruja sgt tgk brgn2 yg djual...cantik dan halus sungguh buatannya. Jika nak dibandingkan dgn Pasar Baru Bandung, barangan di Tanah Abang ini lebih cantik dan byk pilihan krn barangan2 tersebut diperoleh dr serata Indonesia. Peniaga2nya pun dr berbagai suku kaum..spt ada org Minang, Sunda, Padang dan bermacam2 lg lah. Telekungnya pun cantik2 sgt...dan klu pandai tawar menawar boleh dpt dgn hrga yg murah. Mcm shima beli secara borong, dptlah harga murah. Sehari suntuk shima di sini, byk jg brgn yg shima beli spt telekung, blouse muslimah, baju renang kanak2 muslimah, tudung dan alas meja. Mmg puas hati sgtlah bershopping di sini...Shima rasa hrga borong di Bandung dgn Tanah Abang ni x byk beza, tgk jenis brgn yg dibeli...tp dr segi pilihan mmg di Jakarta la syurganya. Boleh tgk gambar2 di bwh ni..ni shima amik dr pakcik Google, mcm shima dah ckp dulu, gambar shima byk dah hilang...tinggal ni je la yg ada..
Gambar Google
 
 
gambar Google
 
Mcm ni la rupanya Tanah Abang, manusia punyalah ramai. Cuma Pak Ajat pesan hati2 saja dgn pencopet...


Slps sehari suntuk berjln2 di Tanah Abang, kami mkn lunch di Food Court Tanah Abang...klu x silap shima mkn Nasi Timbel...dgn Es Kacang . Mlm kami dinner di hotel lagi. Keesookan harinya, sementara menunggu flght jam 6, kami minta Pak Ajat bw kami ke shopping mall yg lain. Pak Ajat bw jln2 di sekitar Kota Jakarta dan akhirnya kami di bawa shopping di ITC mall Cempaka.
Suasana di dalam ITC mall (gambar Google)
 
Keadaan di luar ITC Mall (gambar Google)
 
Suasana di ITC Mall juga sgt sesak...ramai pengunjung membeli belah di sini. Kedainya jg byk...dan shima sempat jg beli tudung lukis...utk dijual. Selain itu shima beli sedozen tudung kanak2 yg sgt kiut miut. Harga di sini murah jg jika dibeli secara grosir...rekaannya pun menarik dan up to date jg. Setelah 4 hari di Jakarta byk jg kenangan yg tak dpt dilupakan...oh ye, sblm balik shima beli 4 bungkus keropok udang yg sgt disukai oleh Azhad utk dibw plg sbg ole2..penuh beg, smpi org kat situ pun pelik sbb kami bw dlm plastic yg besar utk dibw naik ke dlm kapal...mmg sedap sgt kerpoknya.
 
Inilah keropok udang yg sgt digemari Azhad...
Erm..rasanya itulah dia yg shima dpt share utk hari ni...Kesimpulannya klu ada kesempatan mmg shima ingin ke sana lg terutamanya di Tanah Abang. Shima selamat tiba di Senai Airport jam 7 ptg...dan oleh krn brg2 di tahan oleh pihak kastam...selepas sesi soal jwb dan cukai..shima smpi di rumah jam 9.30 mlm.