Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

IKAN SIAKAP MASAM MANIS



Selain ikan kerapu dan bawal, ikan siakap jg merupakan ikan yg lembut isinya dan sedap di masak seperti ini. Anak2 shima terutamanya Imran kurang gemar mkn ikan sebenarnya, dia lg suka mkn ayam. Tp bila shima masak ikan siakap dan yg seumpama dgnnya..wah...suka plk dia. Bertambah2 plk nasi dlm pinggan hehe...Tak kisahlah kan..yg penting anak2 suka mkn air tangan kita...tu yg seronok tu. Oklah, nak resepi jg ke? Shima main campak2 je ni...




IKAN SIAKAP MASAM MANIS
Bahan-Bahan


· 1 ekor ikan siakap sederhana

· 1/2 cwn sos tomato

· 1/2 cwn sos cili

· 1/2 cwn air

· 1 biji timun-dipotong dadu

1/2 biji lobak dipotong dadu

· 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil

· Garam, serbuk kunyit,gula


· minyak masak secukupnya



Bahan Hiris

· 10 biji cili padi merah

· 1 labu bwng besar

· 3 ulas bwng putih

· sedikit halia



Cara Memasak


1. Ikan di bersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.

2. Gaulkan kan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.

3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.

4. Masukkan sos tomato, sos cili dan sedikit air. Biarkan mendidih sambil di gaul rata.

5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.

6. Setelah siap dan cukup rata, matikan api dan bolehlah di curahkan kuah keatas ikan siakap dan tabur dngn daun sup yg di potong kecil.



IKAN BAWAL SAMBAL LIMAU PURUT


Erm...resepi yg lain dari kebiasaan shima masak. Saja nak rasa kelainan..Alhamdulillah x mengecewakan. Anak2 mkn berselera je..En .hubby plk senyap je..tp diam2 shima tgk bertambah2 je nasi dlm pinggan..ekeh2..sajalah tu x nak ngaku. Bg shima sedap je..sbb shima mmg suka segala yg berkaitan dgn limau...walaupun daun limau. Oklah sape berkenan, bolehla try resepi ni k...


IKAN BAWAL SAMBAL LIMAU PURUT

 Bahan-bahan

2 ekor ikan bawal.. goreng
*1 cawan cili kering yg telah direbus terlebih dulu
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar.
*sedikit belacan
garam dan gula
5 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa atau sos tomato

* Bhn2 bertanda * diblender sekali.


Cara;

Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak.. masukkan sedikit air yg dicampur asam jawa
masukkan pulak garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masuk bawang besar dan daun limau purut yg telah disiat2. Setelah masak tuangkan di atas ikan.. sedia untuk dihidang..


IKAN KERAPU KUKUS@STIM LIMAU

 
 
Resepi sihat yg sedap dan plg mudah penyediannya. Shima guna ikan kerapu yg bersaiz sederhana je..Tak kisahlah beso ke kecik..yg penting menjilat kaki..hish! jari...
 
 

IKAN KERAPU STIM LIMAU
 
Bahan-bahan:

  • Ikan Siakap
  • Bawang putih cincang
  • Cili padi cincang
  • Halia dirincik halus
  • Bawang besar dirincik halus
  • Serai dirincik halus
  • Daun limau purut
  • Sos ikan (menggantikan garam)
  • Air limau nipis
  • Sedikit gula
  • 1 sudu teh minyak masak
  • Secawan air (untuk lebih berkuah)

Cara membuatnya:


  • Gaul ikan siakap dengan sos ikan. Kemudian tabur semua bahan yang dihiris tadi.
  • Taburkan sedikit gula
  • Siram air limau nipis dan kemudian sesudu minyak masak (utk melembutkan ikan)
  • Kukus selama 20 minit
  • Masukkan daun limau purut dan kukus lagi dalam 10 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Sumbangan Resepi Oleh:-  Puan Hariaty Esmail (Krazy Cakes),
Sungai Petani, Kedah.


SUP IKAN MERAH




Kalau masak sup ikan merah ni, shima mesti teringatkan arwah ibu mertua shima. Arwah suka sangat sup makan kepala ikan merah. Sedih kalau terkenangkan beliau...sbb arwah suka kalau shima yang masakkan untuknya. Apa pun yang pergi tetap pergi. Sedar tak sedar dah 100 hari arwah meninggalkan shima sekeluarga. Moga roh arwah ibu mertuaku Hajah Zaileha binti Daeng Malak ditempatkan di syurga bersama org2 yg beriman.


Bahan2nya:
1 ekor ikan merah
1 labu bawang besar-ditumbuk
4 ulas bawang putih-ditumbuk
2 in halia-ditumbuk
Rempah tumis 4 sekawan
1 sdt lada sulah
garam
daun bawang untuk hiasan
bawang goreng

Tumis bawang n rempah tumis hingga wangi. masukkan air ikut banyak mana kuah diperlukan. Biarkan mendidih. Masukkan ikan, didihkan. masukkan garam, lada sulah. Perlahankan api, Setelah ikan masak padamkan api, taburkan daun bawang n bawang goreng semasa menghidang.


IKAN MASAK SINGGANG SERANI


Pernah dengar tak lauk ni? Kalau singgang asam atau singgang kunyit mesti ramai yang tahu...tapi singgang serani ni mesti ada yg tak pernah dengarkan? Kalau bersalin singgang ni la shima bedal selain singgang asam. Selalu shima makan singgang ni lepas seminggu bersalin. Tp kalau hari2 biasa pun shima masak juga sekali sekala. Nak ubah selera.
Oklah shima sertakan resepinya di sini ye..kalau sesiapa nak ubah selera.


BAHAN-BAHANNYA :


1 kg ikan kembung (ikan lain pun boleh)
1 biji tomato belah 6
1 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor'
Air secukupnya 
Bawang besar potong bulat
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK LUMAT :

2 ulas bawang putih
1/2 sudu teh jintan kasar
1/4 sudu teh jintan halus
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3/4 camca teh lada hitam biji 

CARA MEMBUATNYA :


  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Tambah asam gelugor.
  2. Masukkan ikan dan biar mendidih perlahan. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato, kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

Sup Ikan Ayam





Assalamualaikum...

Shima nak sambung lg n3 yg dah tertangguh je sejak smlm. Hah ni lauk favourite hubby, sbb dia yg beria2 nak mkn ikan masak sup. Actually kami beli ikan merah, tp ikan tu pulak kurang elok..dah lembik dan merah matanya, so hubby terus ganti ikan lain yg nampak elok sikit iaitu ikan ayam. Emmm sedap gak...agak lembut isinya. So..sape2 nak kan resepinya, boleh salin ye..
SUP IKAN AYAM

Bahan2nya;

Ikan ayam secukupnya

5 bawang merah- hiris
3 bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
Sedikit serbuk perencah sup
Kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
Daun sup
Bawang goreng
Lada hitam - tumbuk kasar
Garam

Cara Menyediakan;
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bahan bahan

yang dihiris sehingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan masak sehingga mendidih.

Masukkan ikan dan lada hitam yang ditumbuk serta sedikit rempah

sup. Taburkan sedikit daun sup dan garam. Sesuaikan rasa dan

bolehlah diangkat dari dapur.

 

Ikan Masak Taucu


Assalamualaikum...

Salam 1 Msia...apa khabar? Nak masak apa tengahari nnti? Dah pikir menu apa yg nak disediakan? Kdg2 shima jd buntu nak masak apa..balik2 asam pedas..biasalah org johor. Kdg2 asam rebus campur nanas. Masak sambal, masak kicap rempah, masak kari, singgang...masak lomak cili api..klu ayam pulak masak sup, tomyam, kurma, black pepper. Ikan masak taucu ni jarang masak sbb kurang peminatnya. Tp hari tu...dah x ingat bila...hehe..sbb dah lama x update blog..tiba2 je teringin nak mkn masak taucu. Bekalan taucu mmg ada je kat peti ais. Aku pun masakla. Masak pun tak byk..sbb bimbang tak abis. Masa hidang tu anak2 sibuk tanya masak apa ni bu? Aku jawablah masak taucu. Masing2 tu mula2 cubit sikit je..lps tu cubit lg..lama2 eh...abis jg sekor..lps tu terus licin..hehe.

Nak tepek resepi jg ke...issk..x payahla ye..resepi campak2 je..rasanya sume org dah tau memasaknya kan...silalah menjamu mata ye..

Asam Pedas Ikan Sebelah

 
 
 Ummm cakkkkk!!!
Apa khabar? Jgn risau, shima tak nak cite byk, coz ramai yg dah mabuk tengok menu ni..hehe. Maklumlah org johor..memanglah tak bleh tinggal asam pedasnya. Sampai byk sgt versi asam pedas...mcm2 dia org bubuh. Tak taula yg mana satu original..Yg penting mesti ada rasa masam, pedas dan masin sedikit..barulah dipanggil asam pedas. OK..jom la salin resepinya ye...






ASAM PEDAS IKAN SEBELAH
Bahan-Bahan:

6-8 ekor Ikan (Kembong/Pari/Cencaru/Kerisi atau lain2 ikan yg sesuai)
Sayur Bendi/Terung (kuantiti ikut selera anda)
Daun Kesum (shima ganti daun limau purut)
Semangkuk air asam jawa
Sedikit halia-dihiris
Garam secukup rasa
Secubit gula

Bahan Kisar:
10 biji Bawang Merah Kecik
5 ulas Bawang Putih
1 inci Kunyit Hidup
1 genggam Cili Kering

Cara-cara memasak:




  • Tumis halia diikuti bahan kisar sampai betul2 garing (naik minyak) -- kalau xbetul2 garing xsedap tau.
  • Masukkan semangkuk air asam jawa..pastu tunggu sampai kuah mendidih
  • Bila dah mendidih, masukkan ikan & bendi/terung (pastikan ikan & sayur tenggelam dlm kuah, kalau x tenggelam tambahla air lagi)...biarkan api sederhana besar sampai kuah mendidih
  • Bila dah mendidih, kecikkan api, masukkan daun kesum/limau purut, garam & secubit gula
  • Biarkan api maintain kecik dalam 10 minit, cuba rasa..kalau ada yg kurang tambahla apa2 yg patut...Ikut pengalaman saya, rasa asam pedas yg sedap ialah masam & masinnya terasa. Jika guna ikan lembut, pastikan masak jgn terlalu lama, krn isi ikan akan hancur. 
  • Tutup api, dan bolehlah dihidangkan panas2.

Kerapu Masam Manis


Assalamualaikum...hari ni shima tak mau cite panjang2, sbb byk koje yg menunggu...actually pic ni dah lama, tp shima tak sempat nak masuk n3. Resepi ni senang je..potong2 je, lps tu campak dlm kuali...hehe..jgn ada yg campak ikan dlm kuali panas udahle ye..
Ok, jom kita kongsi resepinya k..

Kerapu Masam Manis


Bahan2
1 kilo anak kerapu-digoreng dan ketepikan
2 biji bawang besar potong dadu
2 biji bawang putih dicincang
1/2 biji nanas dibuang empulur-potong dadu
1/2 biji timun dibuang empulur-potong dadu
1-2 biji lada benggala/cili biasa-potong dadu/hiris
1 cwn sos cili
1/2 cawan sos cili
3 sudu bsr cili giling

Cara membuatnya

Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Masukkan sos tomato dan sos cili dan sedikit air. Bila kuah mendidih, masukkan cili, bawang, timun, nanas yang telah dipotong dadu. Masukkan sdikit garam dan gula dan bila kuah pekat dan masak, bolhlah dicurahkan keatas ikan yg telah digoreng.
                                                                                        

Siakap Sambal Pedas Menyengat


Assalamualaikum...wat pe tu? Dah mula wat biskut raya ke? Baguslah klu ada yg dah mula...Shima ni tak payah tanya. Biskut tunjuk tu rajinle..hehe. Ntahla, sejak ada anak ni..jadi malas nak wat biskut..letihla..nak melayan. Kalau tak mengacau takpe. Lagipun, rasanya kalau wat pun mcm membazir plak..sbb biasanya klu ada kwn atau sedara dtg rumah, Shima selalu masak sesuatu. Tiap2 tahun mmg Shima wat open house, jadi bila dia org ni dah mkn yg berat2, biskut ni paham2 je la org jeling2 je, kalau kek, puding, kerepek, bubur ke org nak mkn jugak. Shima plak mmg jenis org yg cepat bosan, klu wat benda yg sama je..isk..mmg tak buatla. Kalau kek ke kuih muih..takpe..tak renyah..buat skali masuk oven/pengukus..dah siap! Shima memang tabik springla toing! toing! pd sape2 yg rajin wat biskut ni..anda mmg org2 yg sabar..bukan senang nak wat biskut ni..byk proses yg perlu dibuat...

Okeylah, balik pada juadah buka puasa hari ni, plan nak wat lontong goreng. Nasib baik lom suruh bibik rebus ketupat segera..hubby plak tiba2 kata nak mkn nasi masa buka pose nnti. Dia minta masakkan ikan siakap sweet sour, tapi nanas takde, jadi masak sambal je la. Shima letak cili padi dlm 15 biji, tu yg pedas menyengat, selain dpd guna cili kisar. Lepas tu wat masak sayur cap chai. Petang ni tak dapat wat desert, jd beli di bazar ramadan je.

Ikan Siakap Sambal Pedas Menyengat

1 ekor ikan siakap (digoreng)
2 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
4 sdb cili kisar
2 sdb sos tomato
3 sdb sos cili
15 biji cili padi- diketuk(kalau tak suka pedas-kurangkan kuantiti)
Garam dan gula -secukup rasa.

Cara2nya:
Tumis sebentar bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan sos tomato dan sos cili. Tumis sekejap. Masukkan sedikit air. Tunggu hingga mendidih kejap kemudian masukkan bawang besar dan cili padi. Perasakan dgn garam dan gula. Setelah sambal masak, curahkan ke atas ikan siakap yg telah digoreng terlebih dahulu. Sedap dimakan panas2.



ASAM PEDAS IKAN KERISI

Spt mana yg Shima katakan tadi, utk sahur Shima masak asam pedas je..biasalah org Johor, sikit2 asam pedas..yg tukar ikannya je. Actually, klu ikut tekak Shima ni, asam pedas kena masak pekat, letak pulak lada hitam..pergh!!! terangkat beb! lagi2 klu ada daun kesum..mak mertua lalu pun tak perasan..hehe. Tp Shima tak nak lah pentingkan diri sendiri..kesian plak kat anak2..so..Shima beralah jg, buat cair sikit jd kurangle kepedasannya. Lagi si Imran..tak tahan pedas..tercungap2 cari air lps tu. Adik2nya tak kisah pun..semua sebat! Jadi umah Shima ni memang setiap masa ada sambal..tak kiralah sambal belacan ke, sambal getuk ke, sambal nanas ke..whatever..janji mesti letak cili api..klu tak..hubby  tak lalu mkn..

Nak resepi ke? Mesti ramai yg tahu masakkan...ok.layan je la..

ASAM PEDAS IKAN KERISI

BAHAN2:

5 ekor ikan kerisi segar, cuci bersih dan toskan

1/2 cawan jus asam jawa
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masa tumis ni kan letak 1/2 camca teh garam dan sedikit serbuk perasa (jika guna).
  2. Tuang air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan dan tuang jus asam jawa, kacau perlahan dan sederhanakan api. Biar mendidih hingga ikan masak.
  3. Rasa dan jika perlu, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap dan bila ok boleh matikan api.
 

Garam dan gula secukup rasa (@ serbuk perasa)

3/4 cawan cili kisar

Air secukupnya

6 biji bawang merah*

2 ulas bawang putih*

1/2 inci kunyit hidup*

1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)