Showing posts with label Donut. Show all posts
Showing posts with label Donut. Show all posts

DONUT TOFU

 
Assalamualaikum...

Seperti yg pernah Shima sebutkan dulu...sekarang ni tengah mabuk donat...hehe. Mentang2 cuti sekolah...anak2 pun asyik order donat je. Kejap2 donat labu, kejap donut kentang..ni donat tofu pulak. Tapi donat ni pada shima memang sedap...lembut sangat..i like...very much..seingat Shima dah 3 kali shima buat donut ni. Kdg2 buat sampai 2 adunan. konon2 nak simpan buat sarapan esok pg..tp selalu tak sempat pun..malam dah goreng lagi..Tqvm  pd empunya resepi...tabik springla..mmg sedap donat ni..

Oklah sape suka donat..bolehla try resepi yg sgt lembut ni...sedap wehhh.. 

Donut Tofu Lembut
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
300 gram tepung gandum
125gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160ml susu suam@air suam
40gram shortening
4 sudu besar gula
6gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.
tofu lembut yang ros gunakan, letak 1/2 paket je
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

DONUT LABU


Donut Labu Manis

Bahan ( 55 biji ) :
  • 1 kg tepung gandum
  • 11/2 peket yis segera mauripan (jumlah berat = 16g)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu makan garam
  • 300 gm labu yg telah direbus empuk
  • 3 biji telur besar
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 cawan rata majerin 
  • castor sugar secukupnya utk ditabur pd donut
Cara membuatnya :
  1. Gaul rata tepung, susu dan yis. 
  2. Blend telur dan gula hingga hancur. Campurkan labu rebus, blend lagi.. jika kental sangat campurlah sesudu dua air suam. campurkan garam dan majerin, blend hingga sebati.
  3. campurkan bahan2 yang diblend tadi ke dalam tepung dan uli hingga menjadi satu doh yang kenyal, lembut dan licin. dlm 10-15 minit gak lah.. (tambah sedikit air jika perlu, semasa menguli tadi ) 
  4. Biar doh mengembang lebih kurang 1 jam
  5. Pastu gentel bulat doh lalu dileperkan. susun atas dulang yg telah ditabur sedikit tepung.
  6. Bila doh mengembang sekali lagi, boleh lah dibuat lubang dengan jari lalu digoreng dgn api perlahan hingga masak


DONUT KENTANG


Assalamualaikum...
Hari ni shima malas nak celoteh panjang..banyak kerje yg perlu disiapkan. Ok..jom tengok resepi donut yg lembut dan sedap ni..nyumm..nyumm...Shima dpt resepi ni dr blog kak Madiha...banyak resepi roti dlm blog beliau...Izinkan shima share resepi ni ya...TQ..


Donut Kentang

Bahan2 doh
1 biji kentang (anggaran 150 ~ 190 gm) ~ kupas, potong & rebus empuk
200 ml air suam
70 ml minyak masak
70 ml susu pekat
½  peket mauripan (5.5 gm)
550 ~ 580 gm tepong gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) garam

Bahan tambahan
minyak masak
gula kastor

Cara2 Menyediakan
1. Kentang dikisar bersama 200 ml air sehingga halus lalu tuangkan ke dalam mangkuk menguli.
2. Campurkan garam, minyak masak, susu pekat & mauripan ke dalam mangkuk kentang tadi dan kacau rata.
3. Masukkan tepong sedikit demi sedikit sambil diuli rata. Uli sehingga mendapat doh yang lembut & licin. Tak perlu habiskan tepong sekiranya doh sudah elok lembut & tak melekat ditangan. Bila doh siap diuli.. tutup mangkuk doh dengan tuala lembab atau dibungkus mangkuk tadi dengan plastik bersih & perap doh sehingga naik sekali ganda.
Untuk kaedah menggunakan BM.. masukkan saja bahan2 mengikut urutan ke dalam BM & set kan kepada program doh. Tunggu sehingga siap.
4. Tumbuk doh yang telah naik tadi untuk mengeluarkan angin. Bentukkan donat samada menggunakan donut cutter dengan mencanai doh atau boleh juga bulat2kan doh seperti membuat cucur badak. Susun di atas dulang. Bila doh sudah naik.. sapukan jari dengan minyak masak & buat lubang ditengah2 dan goreng sehingga kekuningan. Salut dengan gula kastor & sedia dihidangkan.

Nota: 
Sapukan dulang dengan sedikit minyak masak sebelum mengatur donut yang dibentuk supaya donut tak melekat pada dulang semasa nak digoreng. 







Chinese Donat

Sarapan apa pg tadi? Pg ni Shima sediakan donat yang paling simple, tapi sedap..Sebenarnya tekak ni dah tak larat nak telan roti dan cekodok setiap hari, almaklumlah org dalam pantang..mana boleh makan sedap2 mcm orang sihat. Paling penting, takde telur..kang tergaru2 pulak kat tempat luka tu.. Lepas tu hari2 minum Nestum atau Quacker Oat. Kalau tak kurus juga raya ni..tak taulah. Dahlah raya tahun ni tempah kebaya 3 helai...so, by hook or by crook memang kena kurus mcm asal..sekarang ni berat dlm 56kg..berat asal 50kg..tercapailah hendaknya masa raya nnti..amin..


Okla..balik cite pasal donat tadi. Sebenarnya Shima jarang buat donat ke roti ke, yang menggunakan yis segera ni. Bukan apa, takut tak sempat..nak uli, nak tgu naik lagi..isk..kul berapala nak pi sekolah..kalau ada BM tu ok la..tp cita2 nak beli memang ada...insyaAllah akan beli jg tak lama lagi. Chinese Donat ni..senang sbb tak payah guna yis, dan tak payah tunggu naik pun, uli kejap, picit2 lepas tu goreng..dah siap!! Nampaknya anak2 pun suka..berebut2 nak makan..sampai nak snap gambar pun susah..dahle maknya tak kreatif nak deko dan shoot gambar...Jgn gelakkan tau, sbb ada yg terover cook..tu yg gelap sikit donatnya..hehe tak senonoh betul..
Ok..sape nak try, kat bwh ni resepinya...


Chinese Donut

Sumber 1001 Resepi

Bahan:
2 cawan tepung
1/2 tsp garam
21/2 tsp baking powder
1/3 cwn shortening/butter
3/4 cwn susu segar
Minyak masak untuk menggoreng
Gula castor utk salut donut 

Cara buat:
1. Satukan tepung, garam dan baking powder ke dlm mangkuk
2. Masukkan butter ke dlm mangkuk tepung tadi dan gaulkan hingga menjadi crumle. Gaulkan sehingga tiada ketulan besar.
3. Masukkan pula susu segar dan gaulkan hingga jadi doh berbentuk bola
4. Dengan tangan, uli lembut dan picit doh 8-12 kali. Jgn terlebih uli.
5. Panaskan minyak atas api yang sederhana kecil.
6. Ambil sedikit doh dan bulatkan  dan kemudian leperkan sedikit.
7. Goreng hingga keperangan, selama 2 min setiap bahagian.
8. Angkat donut dan terus golekkan  ke dalam gula castor untuk salutan.