Showing posts with label Pengat. Show all posts
Showing posts with label Pengat. Show all posts

BUBUR CANDIL PANCAWARNA



Assalamualaikum...

Bertemu lg dgn resepi bubur candil warna warni ni. Anak2 tgk shima menggentel tepung, semua tak sabar nak tgu waktu berbuka..hehe..Resepi ni sama je mcm bubur candil labu, cuma shima tak letak labu..erm..sedap..nyaman je tekak bila makan..lbh2 lg klu dimakan sejuk..nyum..nyum. Jom kita tengok resepi...
BUBUR CANDIL
Sumber: Kak Yatie Memories
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 1/3 cawan air
  • sedikit pewarna hijau, purple dan pink
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
  • 2 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  2. Campurkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  3. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  4. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  5. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  6. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  7. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.


BUBUR CANDIL LABU



Assalamualaikum...
 
Lagi resepi yg tertunda sejak bln puasa yg lalu iaitu Bubur Candil Labu. Sedap tau...mesti cuba. Bagi penggemar bubur manis boleh cuba resepi ni...terasa lembut tepung tersebut krn dicampur dgn labu. Oklah siapa minat boleh copy resepi ni..shima copy dr blog Kak Yatie Sinar Kehidupan. Kat blog beliau byk resepi bubur candil..
BUBUR CANDIL LABU
Sumber : Yatie Memories
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cwn labu rebus, toskan dan lecek halus
  • sedikit garam
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1 cwn air= tapiskan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan biji sagu (shima tambah)

Cara-Cara
  1. Labu yg telah di rebus, di toskan dan di lecek halus.
  2. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  3. Masukkan labu yg telah di lecek tadi. Uli hingga menjadi doh, tak perlu tambah air sbb labu dah berair. Uli lagi sehingga menjadi doh lembut.
  4. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan spt bebola kecil adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  5. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  6. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  7. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati. Masukkan jg biji sagu.
  8. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan



Bubur Cha-Cha Keledek

 
Okeylah, dah penatlah nak bercerita lg..banyak lg n3 yg nak diedit. Kalau suka bubur cha-cha, bolehlah salin resepinya ya..


BUBUR CHA-CHA KELEDEK
Sumber : Majalah Rasa

Bahan-bahan:

300gm keledek dipotong kiub dan direbus empuk
100gm cha-cha
150gm gula pasir
100gm gula Melaka
300ml santan
2 helai daun pandan | dikoyak dan disimpul
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Satukan isi keledek, cha-cha, gula pasir, gula Melaka, santan, daun pandan dan air secukupnya. Didihkan dan dikacau rata.
2. Pastikan bubur dimasak dengan api yang perlahan dan dikacau selalu.
3. Akhir sekali perasakan dan didihkan sehingga masak.
4. Sedia untuk dimakan.



Pengat Pisang (Ramadan 23)





Assalamualaikum...
Lamanya tak bersiaran...rindu pulak rasanya. Minggu2 akhir puasa yg lepas..rasa sibuk sgt, smpi nak masukkan n3 pun tak sempat. Apatah lagi bibik ku pi bercuti di KL. Lagi haru biru dibuatnya..macam tongkang pecah rumah dibuatnya. Masa ni..masak lebih kurang je..yg penting ada utk mengisi perut. Okeylah kat sini Shima masukkan resepi yg paling senang dibuat..pejam mata pun jadik! Yg penting bahan2nya cukup...Jom lihat resepinya Pengat Pisang.


PENGAT PISANG
Bahan2

Seikat pisang
Santan dari sebiji kelapa
Gula secukup rasa (Shima campur gula melaka)
5 helai daun pandan

Cara membuatnya
Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga mendidih. Masukkan pisang dan masak sebentar. Jgn masak terlalu lama kerana pisang akan menjadi lembik.
* Biasanya Shima campur sedikit kurma yg telah dibuang biji dan segenggam sagu biji bg menambahkan keenakkan pengat pisang. Enak dimakan ketika masih panas.