Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

SPAGHETTI AGLIO OLIO YG SGT SIMPLE DAN SEDAP


 
Assalamualaikum..
Sape suka mkn spaghetti? Shima suka sgt mkn spaghetti..tak kiralah masak apa sekalipun shima mmg suka spaghetti. So hr ni shima nak share 1 resepi istimewa yg sgt simple tetapi sedap sgt..yg shima peroleh dr Azie's Kitchen. Sblm ni shima pernah jg buat resepi ini tp versi yg lain. Tp lps try resepi ni terus shima terpikat rasanya. Tq pn. azie krn sudi share resepi yg sungguh sedap ni. Ok..jom salin resepinya...

Spaghetti Aglio Olio
Sumber : Azie's Kitchen -Utk melihat cara memasak boleh klik di sini

Bahan:
 
500 gram spaghetti
1/4 cawan minyak olive
5 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji cili kering - potong kecil
1/2 tsp red pepper/dried chilli flake
4 keping cendawan telinga- dihiris
50 ml water + 1 tsp chicken stock
Chopped fresh parsley
Garam
Coarse black pepper
 Seafood:
8 scallops
8 mussels
Udang, sotong atau apa apa yg disukai (Shima ganti dgn sosej ayam dan udang)
 
Cara cara:
Sediakan bahan bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. Pasta direbus.
Panaskan minyak olive, tumis bawang putih dg api perlahan sambil dikacau kacau sehingga ianya kekuningan.  Masukkan cili kering yang dipotong kecil.
Masukkan sedikit chicken stock bertujuan untuk memberhentikan bawang putih dari terus garing. 
Masukkan udan dalam kuali dan dibalik balikkan. Masukkan pula sosej yg telah dihirs.  Kalau dikuatiri terlebih masak, boleh dikeluarkan dulu seafood dari kuali dan masukkan semula masa hidangan.
Bila seafood dan sosej hampir masak, masukkan pasta. Pasta  hanya direbus 3/4  masak. Angkat dan toskan air. Masukkan pasta dalam kuali.  Kacau rata rata. Kalau kering, boleh tambahkan baki chicken stock.
Akhir sekali, taburkan red pepper flake, garam dan black pepper. 
Untuk menghidang, masukkan pasta dalam pinggan dan tuang sedikit lagi olive oil. Selepas itu hias dengan menyusun seafood dalam pinggan. Kemudian tabur parsley sebagai hiasan.


SPAGHETTI CARBONARA (VERSI II)


Assalamualaikum...

Resepi berbuka puasa tahun ni nampaknya anak2 suka minta masakkan pasta. Tak tahulah nape...agaknya sbb tak pedas..jd laju je la dia org makan. Maknya lg suka...sbb senanglah keje..berbanding masak nasi dan lauk pauk...bagus!bagus! hehe. Okeylah x mau cite panjang..spagheti carbonara shima buat kali ni meriah sungguh..sbb byk letak sayur2an dsb..rasanya pun sedap..nyum..nyum..
Jd sesiapa nak resepi, shima dah sharekan di sini ye..

SPAGHETTI CARBONARA

Sumber : Buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza
Sumber 2 : Kak Ummi (Home Sweat Home) 

Bahan:-

  • 300 gm spaghetti
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 10 batang sosej (dihiris nipis) - akak campur2 sosej blackpepper jugak
  • sedikit udang
  • 1 cawan susu segar
  • 10 biji cendawan butang (dipotong nipis)
  • sedikit brocolli
  • *1 biji capsicum merah
  • *1 biji capsicum hijau
  • *1 biji capsicum kuning
  • * 2 biji tomato
  • * 1 labu bawang besar (* dipotong dadu)
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 2 suduk kecil serbuk oregano
  • 125 gm keju Cheddar (dipotong halus) (akak guna parutan Cheddar)
  • 100 gm keju Parmesan (dicincang halus) - akak guna yg siap parut halus
  • 30 gm daun parsley (dicincang halus)
  • garam secukup rasa

Cara-Cara:-
  1. Masak air secukupnya di dalam periuk dan bila mendidih masukkan garam sedikit dan spaghetti, masak hingga lembut (lebihkurang 8 - 10 minit). Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali non stick dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sosej, udang, tomato, brocolli, cendawan butang dan susu segar. Kacau rata.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam. Kacau rata lg.
  5. Masukkan keju Cheddar, kesemua capsicum dan masak hingga kuah pekat.
  6. Tuangkan ke atas spaghetti dan taburkan daun parsli dan keju Parmesan.
  7. Sedia dihidangkan.



SPAGHETTI AGLIO OLIO


Salam Ramadan...

Menu 1st day berpuasa Shima sekeluarga ialah Spaghetti Aglio Olio. Erm..meriah tak? Hehe..mcm2 color ada. Biasa shima buat simple je...tp kali ni..segala benda shima letak selain seafood. Kebetulan sosej black papper pun ada, maka shima campak je la skali dlm resepi ni.....Anak2, klu masak pasta mcm ni memanglah suka sgt dia. Maklumlah tak pedas...mmg laju je dia org mkn.

Bagaimana puasa hari ni? Alhamdulillah hari pertama puasa mmg seronok sgt..sbb cuaca mendung je, tp masuk hari ke 2, sampailah ke hari ni..cuaca jd panas kering..aduh..sampai sakit tekak dibuatnya. Buka puas pulak mmg air sejuk wajib ada atas meja..huh..mmglah makin bertambah serak-serak kering suaraku..adoi...

Oklah..membebel pulak..so..sape2 suka mkn pasta sebegini salin je lah..


Spaghetti Aglio Olio
Sumber : Dapur Malaysia

Bahan-bahan (5-6 orang)

500 g spaghetti
1 kg seafood (udang, sotong dan kepah) * Shima tambah kupang dan sosej
1 cawan minyak zaitun (olive oil)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar chili flakes
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
1 kiub pati ayam
Sedikit lada cameron merah, hijau dan kuning

Cara-cara
    Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan. Jangan buang air rebusan seafood ini.
    Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk air rebusan seafood.
    Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam, lada cameron, garam dan pati ayam.
    Masukkan spaghetti dan seafood. Kacau hingga sekata.
    Siap untuk dihidangkan.

Spaghetti Carbonara





Assalamualaikum...

Salam 1 Malaysia. Hari ni shima tak nak berceloteh panjang sbb byk n3 yg diupdatekan. Biasalah, kumpul byk2 baru nak update...byk keje la. Ni pun masih tak siap lg. Ok..tanpa membuang shima sertakan resepi spagheti carbonara yg menjadi kegemaran anak2. Biasalah anak2, makanan yg simple mcm ni dia sukalah. Selain itu spagheti bolognese turut menjadi kegemaran kami sekeluarga. Jom...sape suka bolehlah salin resepinya ye...

Spahetti Carbonara

Sumber: Syaliza Ramlan
Bahan:


Spaghetti 1/2 packet (5 org makan)
1 1/2 kotak kecil susu segar
2 sudu tepung gandum (dibancuh air)
2 sudu besar plain yogurt
Lada hitam serbuk kasar
1 kiub ayam
1 sudu besar butter
2 sudu besar parmesan cheese (serbuk)
2 ketul bawang putih (dicincang)

Bahan optional:


Daging kisar (goreng dulu dgn sedikit minyak)
Cendawan butang (potong 2)
Mozarella cheese (jika ada)

Cara:

1- Rebus spaghetti. Sudah masak, terus basuh dgn air sejuk. Asingkan

2- Dalam mangkuk, campur susu, tepung gandum, yogurt, lada hitam, parmesan cheese. Kacau sebati.

3- Panaskan kuali, masukkan butter. Tumis bawang putih + kiub ayam.

4- Masuk bancuhan susu tadi. Atas api perlahan, pukul bancuhan dgn pemukul telur. Kacau hingga pekat. Jika terlalu pekat, tambah air masak.

5- Masuk bahan optional (jika ada). Kacau lagi.

6- Siap. Hidang dgn spaghetti.

7- Nak sedap, tabur sedikit mozarella cheese, bakar dlm microwave (medium, 4 minit). Mozarella akan menjadikan hidangan lebih cheesy.



Makaroni Goreng (Ramadan 24)


Ok..kita sambung lagi memasukkan n3 yg dah lama terperam dan terendam..hehe..Utk berbuka puasa pd 24 ramadan yg lepas, Shima masak makaroni goreng dgn Roti Gulung Sosej. Nak resepi ke? Sama je bahan2nya mcm masak mee goreng, cuma sayur je Shima ganti dgn sayur campur..


Makaroni Goreng
Bahan-bahan (3-4 orang)
250g makaroni
200g daging ayam / seafood
1/2 ulas bawang besar – dicincang
2 ulas bawang putih – dicincang
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
Sedikit belacan (optional)
Sayur campur
Garam dan gula
3 sudu kicap manis
Cara-cara
  1. Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak masak.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos tomato, sos tiram, dan belacan  Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan daging ayam/seafood dan kacau sehingga hampir masak.
  5. Masukkan sayur campur dan makaroni. Kacau hingga sekata.

  1. Masukkan garam, gula dan kicap secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.