SUP AYAM SIAM


Assalamualaikum...

Resepi yg Shima nak share hari ni merupakan menu favourite hubby. Sup inilah yg dia paling suka order tiap kali bila kami dinner sama2 di restoran2 yg menjual mknn thai/seafood. Shima pulak kalau sup ni ada kurang sikit. Nak jd cite, sebelum ni kalau hubby order, shima tak teringin pun nak merasa atau menjamah sup dia, sbb shima rasa tomyam lebih menepati selera shima, bila mkn di restoran makanan thai. Tiba2 1 hari tu, mknn yg shima order lmbat sampai, sup yg sampai dulu..perut pulak dah bernyanyi2 kelaparan, tgk hubby menghirup sup tu....alamak mcm best jekkkk!!! dgn muka seposen, shima pun tryla menghirup kuah sup tu....alamak sodap lerrr!!. Tak sedar...bertambah2 pulak shima mkn mlm tu..habisla...dietku mlm tu..huhu.

Ha..hah..sejak detik dan ketika itu, shima pun jadi mcm ketagih candu...hehe. Lama2 tak boleh jadi ni...shima nak belajar juga. Maka terjadilah menu Sup ayam siam ni...lepas shima cari kat google. Akhirnya setelah ditapis2, maka resepi ni la yg menepati selera shima dan hubby. Anak2 pun suka...Ok jom salin resepinya..

Sup Ayam Siam
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)

1/2 kg ayam
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:

1. Basuh  ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Masukkan ayam dan masak hingga ayamnya separuh masak.Tuangkan air secukupnya.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
4. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam




3 comments:

  1. Assalamualaikum. Alhamdulillah saya dah cuba resepi awak. Menepati citarasa kami sekeluarga. Mgkn akan jadi menu masakan family kami.

    ReplyDelete
  2. sedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)

    ReplyDelete
  3. gile babi sedap setelah guna resepi ni..tqvm

    ReplyDelete