Showing posts with label Bubur. Show all posts
Showing posts with label Bubur. Show all posts

BUBUR SUP



Ok...sape yg suka mkn bubur...jom salin resepi ni...mmg sedap sgt. Anak2 asyik mengulang mkn. Tp mkn bubur ni mmg cepat lapar..so, sape anak ramai boleh buat lebih sikit. Tp bg keluarga shima yg anak 4 org ni..mmg agak banyak, smpi shima terpaksa bg jiran sebelah..hehe. Siap mkn tengahari menyambung ke mlm lg. Nak resepi? Jom layan...
 



BUBUR SUP
Sumber : Kak Yatie (Sinar Kehidupan)
 
Bahan:
2 cawan beras ~ dibasuh dan rendam 10 minit dan toskan

daging/isi ayam ~ dipotong kecil

5 biji bawang merah ~ dihiris halus

3 ulas bawang putih ~ dihiris halus

2 in halia ~ diketuk/dihiris pjg (btg mancis)

3 sudu besar rempah sup (serbuk)

1 - 1 1/2 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk

1 rempah sup bunjut

1 batang celery ~ dipotong kiub

2 - 3 bj ubi kentang ~ dipotong kiub

1 kiub pati ayam/daging

2 1/2 liter air

garam

minyak

Bahan Penumis:


1 btg kayu manis

5 kuntum bunga cengkih

3 bj buah pelaga

1 kuntum bunga lawang

Bahan tabur:


bawang goreng

daun saderi ~ dihiris

Cara:


Panaskan minyak dalam periuk rice cooker dan tumis bahan penumis hingga wangi.

Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Goreng hingga kekuningan.

Masukkan rempah sup yg dibancuhkan dgn sedikit air dan serbuk lada hitam.

Biarkan hingga wangi dan masukkan potongan daging/ayam.

Kacau dan biarkan daging mesra dgn rempah, kemudian masukkan 1 cawan air.

Masak hingga daging 1/2 empuk dan masukkan lebihan air dan rempah sup bunjut.

Masak hingga air mendidih dan masukkan beras, celery dan ubi kentang.

Masukkan juga kiub pati ayam/daging, garam dan sedikit gula jika suka.

Alihkan periuk ke rice cooker dan masak hingga bubur masak.

Hidangkan dalam mangkuk dan tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.

*tambahkan air panas jika bubur agak pekat

** lebihkan serbuk lada hitam jika nak bubur lebih pedas




Puding Sagu Gula Melaka


Puding Sagu ni Shima buat bg menghabiskan stok air gula melaka yg dah lama tersimpan dlm peti ais, lebihan buat lopes bulan lps. Mujur tak basi..hehe. Kuahnya, shima campurkan terus dgn santan, tp kalau pn2 nak asingkan pun boleh jg..tp pastikan santannya dimasak supaya thn lama. Jom kita tgk resepi mudah ni...
PUDING SAGU GULA MELAKA
Sumber : Yatie Memories (Sinar Kehidupan)
 
Bahan-Bahan
  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
  • 1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je)
  • 2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya

Untuk sirap gula:-

  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • (masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)

Bahan Utk Kuah Santan

  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam
  • **Yatie guna 1 cwn santan pekat dan masak bersama 1 cwn air,tambah sedikit garam dan sejukkan.

Cara Menyedia:-

  1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
  2. Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit.
  3. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.
  4. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan.
  5. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.

Cara Hidangan:-

  1. Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat. Sedap di makan sejuk.



BUBUR CANDIL PANCAWARNA



Assalamualaikum...

Bertemu lg dgn resepi bubur candil warna warni ni. Anak2 tgk shima menggentel tepung, semua tak sabar nak tgu waktu berbuka..hehe..Resepi ni sama je mcm bubur candil labu, cuma shima tak letak labu..erm..sedap..nyaman je tekak bila makan..lbh2 lg klu dimakan sejuk..nyum..nyum. Jom kita tengok resepi...
BUBUR CANDIL
Sumber: Kak Yatie Memories
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • 1 1/3 cawan air
  • sedikit pewarna hijau, purple dan pink
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1/2 cwn air= tapiskan
  • 2 helai daun pandan
Cara-Cara
  1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  2. Campurkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yg lembut.
  3. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  4. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  5. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  6. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati.
  7. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan.


BUBUR CANDIL LABU



Assalamualaikum...
 
Lagi resepi yg tertunda sejak bln puasa yg lalu iaitu Bubur Candil Labu. Sedap tau...mesti cuba. Bagi penggemar bubur manis boleh cuba resepi ni...terasa lembut tepung tersebut krn dicampur dgn labu. Oklah siapa minat boleh copy resepi ni..shima copy dr blog Kak Yatie Sinar Kehidupan. Kat blog beliau byk resepi bubur candil..
BUBUR CANDIL LABU
Sumber : Yatie Memories
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cwn labu rebus, toskan dan lecek halus
  • sedikit garam
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1 cwn air= tapiskan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan biji sagu (shima tambah)

Cara-Cara
  1. Labu yg telah di rebus, di toskan dan di lecek halus.
  2. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  3. Masukkan labu yg telah di lecek tadi. Uli hingga menjadi doh, tak perlu tambah air sbb labu dah berair. Uli lagi sehingga menjadi doh lembut.
  4. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan spt bebola kecil adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  5. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  6. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  7. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati. Masukkan jg biji sagu.
  8. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan