Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

DAGING KICAP BEREMPAH TOK ALANG


Assalamualaikum...
Selamat bercuti dan berhujung minggu...dah plan nak bawa anak2 bercuti? Shima nampaknya thn ni tak berkesempatan nak bercuti ke Bandung dan Jakarta lg. Kwn2 pesan beli baju renang muslimah la..dan lain2 tp maaflah byk2 tak dpt shima tunaikan..memandang baby shima masih kecik. Seri Qaisara baru 1 thn 6 bln, Muhd. Isyraq Razin plak 4 bln..isk..dahle breast feeding. InsyaAllah klu anak2 dah besar sikt, bolehla pi mkn angin thn depan..

Ok..kita balik pd n3 ari ni. Resepi ni,warisan family shima dari arwah nenek smpi ke mak shima. Arwah nenek shima mmgla air tangannya tiada tolok bandingannya. Mmg sedap, baik lauk pauk..sampailah kuih muih ni. Cubalah..mmg sedap..ada rasa manis kicap, pedas dr rempah kari, dan jintan halus dan kasar. Memang lain dr yg lain...cubalah!

Daging Kicap Berempah

Bahan2

1/2 kg daging-direbus terlebih dahulu.
5 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Putih
Seruas halia
Seruas Kunyit hidup/ 1tsp serbuk kunyit
1tsp Jintan putih
1/2 tsp Jintan manis
2 btg Serai
1 tbsp Serbuk kari
1/2 cwn kicap manis (shima biasa guna Cap Kipas Udang atau Jalen)
Air asam jawa

Penyediaannya
Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, jintan manis dan jintan putih ditumbuk lumat. Setelah itu masukkan 1 sudu rempah kari dan sedikit air. Jadikan pes. Setelah itu tumiskan bahan2 tersebut hingga naik bau dan serai yg tlh diketuk.. Masukkan air asam jawa tumis hingga mendidih, barulah masukkan daging yg tlh direbus terlebih dahulu. Setelah agak pekat, masukkan kicap lemak manis..dlm setgh cawan. Setelah daging hampir, masukkan bawang besar yg dipotong bulat dan cili merah/hijau yg dipotong serong. kacau sebentar dan tutup api.

*Bila dah letak kicap..shima tak letak garam dan gula dlm lauk tersebut. 


DAGING BLACK PEPPER





Assalamualaikum...
Lamanya dah tak bersiaran...rindu rasanya. Dah byk gambar2 tersimpan dlm kamera tp tak sempat nak masukkan dlm n3, almaklumlah sekarang ni minggu peperiksaan. Bukan mak je yg busy, anak2 pun kena kerah suruh buat revision. Kalau tak dikerah, alamatnya memang tak belajarla...lagi2 anak lelaki. Klu girl ni dia tekun juga belajar..ni boy. Klu tanya dah study ke lom...memang jawapannya dah je. Nak lg berkesan...memang ibu bapa kena memainkan peranan. Duduk sama2 study dgn dia..tunjuk ajar mana yg boleh. Barulah dia study betoi2...budak2 la katakan..

Okla..balik pd n3 kita pd hari ni..actually dah lama nak try resepi ni, tp selalu tertangguh, sbb shima ni jarang beli daging. Imran suka makan ayam. Klu Azhad plak dia suka seafood especially udang dgn sotong. Seri pulak setakat ni suka sgt makan tomyam dan bihun goreng. Si kecik Razin...hehe..susu cap ibu..sbb baru 4 bulan..Begitulah karenah anak2. Dulu masa kecik2, makan je apa yg kita sediakan, skrg ni dah pandai order mcm2..especially imran. Baru darjah 3, tp klu dia tengok resepi yg sedap2, mulalah nak itu ini..patutlah muka pun dah kembang skrg. Masa nak masak daging ni risau jg, manalah tau dia org tak nak makan. Tp alhamdulillah, abis juga..sbb masakan ni warna hitam, jd anak2 ingat letak byk kicap..hehe..tu yg laju je.  Itu pun imran bebunyi jg.."Ibu, nape daging ni rasa lain sikit, ibu pakai kicap apa?" Hehe..dlm pd tu tgn dia laju jg menyuapkan nasi ke mulut...

Isk, byk pulak membebel..jom kita salin resepinya. Shima amik resepi Hanie Liza..emm..sedap..

DAGING BLACKPEPPER 

Bahan-bahan 

500 gm daging lembu [potong kecil dan nipis] 
2 s/b kicap pekat 
2 s/b tepung jagung ] bancuh 
1 cawan air ] 
2 s/b lada hitam [tumbuk] 
3 s/b minyak untuk menumis 
garam secukup rasa... 

bahan tumis [mayangkan/hiriskan] 
5 ulas bawang merah/kecil 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 labu bawang besar 

bahan hiasan 
2 tangkai daun sup ] 
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci 
1 biji tomato [belah 6] 
2 biji cili merah 
2 biji cili hijau 

Cara membuat 
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu. 
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut. 
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat. 
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.