Showing posts with label Agar-agar dan Puding. Show all posts
Showing posts with label Agar-agar dan Puding. Show all posts

PUDING KASTARD JAGUNG

 
 
Assalamualaikum....
 
Lama shima tak update resepi-resepi masakan di sini. Dah byk sgt shima simpan dlm folder bg memberi ruang dan masa utk shima update kenangan2 manis shima dan family bercuti. Mmg dah tak boleh bertangguh lg, memandangkan byk gambar2 yg semakin hilang dlm simpanan. Jd klu hilang tentulah takde memori yg tersimpan utk dijadikan kenang2an.
 
Kali ni shima stop dulu n3 cuti2 Malaysia dan Indonesia, bg menyambung semula n3 masakan yg tertunggak sejak sebulan lalu. Resepi kali ni senang je, dan rasanya pun sedap. Pasti ramai yag dah tau kan cr membuatnya..tp xpelah shima masukkan jg resepi utk rakan2 yg mungkin kali 1 mencubanya....

PUDING KASTARD JAGUNG
 
Resepi : Ana Elianas
Sumber MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan-bahannya:-
 
1 tin jagung jenis creamy
1 tin susu cair - prefer susu IDEAL
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad
 
Cara :-
 
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). (MaDiHa masak guna kuali)
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.
 

PUDING LAICI DANGDUT



Assalamualaikum....
 
Shima nak share 1 resepi pudding yg teramatlah popular dan digemari oleh family shima iaitu Puding Laici Dangdut..haha. Jgn tanya shima nape dipanggil dangdut...sbb shima hanya menurut perintah je. Kena tanya yg empunya resepi Chef Hanieliza...Shima agaklah kan.. sbb tekstur pudding ni yg sgt lembut dan bergegar serta bergoyang2 bila dihidangkan tu yg dipanggil dangdut. Apapun namanya rasanya mmglah sedap sgt, lebih2 lg bila dimkn bersama kuah kastard yg dibuat sendiri. Tp klu shima dah x sempat nak sediakan kuahnya, shima curahkan je susu kotak biasa apa2 jenama pun boleh, tp rasanya tawarlah sikit dan kurang berlemak. oklah, sbb ramai yg dah tanya resepinya, shima letak resepinya di sini...jgn tak buat tau...
 


Puding Laici Dangdut

Resepi : Kak Hanieliza
Sumber:
Kak Ummi

Bahan :

10 gm agar-agar serbuk @ 1 paket agar2 biasa (28 gm)

2 liter air

2 cawan gula

2 tin laici - asingkan airnya dan buah

1 tin susu cair


Cara :

Masak agar-agar hingga mendidih.

Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)

Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.

Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil.

Sejukkan sebentar.

Kemudian sejukkan dalam fridge.

Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.



Kuah Kastard

Bahan2:
 
1 tin susu cair
 
3 tin air
 
1/2 cawan susu pekat
 
1 cawan gula (ikut kemanisan yg disukai)
 
4 sudu tepung kastard/jagung (ikut kepekatan yg disukai)
 
 
Cara menyediakan:
 
Campurkan semua bahan dan panaskan atas api hingga kuah
 
 menjadi agak pekat. Setelah sejuk curahkan di atas pudding.

 
 


RICH CHOCOLATE PUDING

 
 
Erm...puding yg sungguh sedap...nyaman je dinikmati tika sejuk...meleleh nampak?...ekekeke. Tak cakap bohong, dan shima pun dah x ingat brp kali shima buat puding ni, sbb mmg yummy. Kalau kenduri kendara pun, shima selalu buat puding ni..Ok..la x mau ckp byk..mesti try tau..baru tau sdp ke x..
 

RICH CHOCOLATE PUDDING
 
 
Bahan-bahan

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( saya guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)


Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan



PUDING KIWI

 
 
Anybody..yg lom pernah try puding ni..elokla try sbb rasanya yg enak dan terasa buah kiwi yg sebenar. Ada sedikit rasa masam manis kiwi..ermmm..sodap...try tau!
 
 
PUDING KIWI
Sumber : Nieza (Our journey begins);
Bahan-bahannya
5 gram serbuk jelly "konnyaku"
625 ml air (2 1/2 cawan)
4 1/2 camca besar gula pasir
200 ml susu sejat "IDEAL"
1 helai daun pandan
2 - 3 titik pewarna hijau epal
2 biji buah kiwi yang telah masak ranum

125 ml air
*(*dikisar)


Cara membuatnya

1Dalam periuk, satukan air, gula, daun pandan, pewarna hijau epal dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih.


2. Alih periuk dari api, keluarkan daun pandan. Tuang puree buah kiwi tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga sebati. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.


3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit - 1 jam atau hingga keras. Hidangkan dingin sebagai pencuci mulut, jika suka boleh juga dimakan bersama susu cair dan buah2an segar.
 
 

PUDING BUAH PIC

 
 
 
Hari ni tak sempat nak story panjang2. Kain baju ada sebakul besar nak dilipat...ngeh.ngeh.ngeh. So..bg peminat puding..trylah resepi yg sedap ni. Nyaman je masuk ke dlm tekak bila dimakan sejuk....Try tau..!
 
PUDING BUAH PIC
Recipe: Chef Hanieliza dari buku 1 hari 1 resepi
Source:
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 tin buah peach - dipotong dadu
Cara-cara: 

1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakan sehingga mendidih. Tutupkan api.
2. Masukkan susu cair dan potongan buah pic. Kacau rata
3.Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
 

Puding Sagu Gula Melaka


Puding Sagu ni Shima buat bg menghabiskan stok air gula melaka yg dah lama tersimpan dlm peti ais, lebihan buat lopes bulan lps. Mujur tak basi..hehe. Kuahnya, shima campurkan terus dgn santan, tp kalau pn2 nak asingkan pun boleh jg..tp pastikan santannya dimasak supaya thn lama. Jom kita tgk resepi mudah ni...
PUDING SAGU GULA MELAKA
Sumber : Yatie Memories (Sinar Kehidupan)
 
Bahan-Bahan
  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
  • 1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je)
  • 2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya

Untuk sirap gula:-

  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • (masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)

Bahan Utk Kuah Santan

  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam
  • **Yatie guna 1 cwn santan pekat dan masak bersama 1 cwn air,tambah sedikit garam dan sejukkan.

Cara Menyedia:-

  1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
  2. Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit.
  3. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.
  4. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan.
  5. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.

Cara Hidangan:-

  1. Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat. Sedap di makan sejuk.



PUDING COKLAT BERSOS KASTARD


Menu berbuka seterusnya ialah Puding Coklat Bersos Kastard...cuma ada 1 gambar je yg dpt shima sharekan di sini. Snap byk, tp byk shima delete, sbb tak cantik...hehe..maklumlah shima bukannya professional photographer..cuma amatur je..Jadi byk kurang di sana sini. Oklah puding ni resepi Dayang Jack..emm..mmg enak bila dimakan sejuk. Kalau tengok blog Dayang Jack ni..mouth watering u...resepinya mmg enak2 bangat. Klu boleh sume nak try especially kek lapisnya...mmg sedap... Shima ni klu bulan pose, mmg suka buat puding, agar2 ke..atau apa2 je yg boleh membasahkan tekak. Lebih2 lagi tgh cuaca panas terik ni..aduhai..mmglah kesabaranku diuji..balik keje je mmg lepak abis..rasa mcm nak tidur je.

Oklah, malas nak cite panjang, jom salin resepinya..


PUDING COKLAT SOS KASTARD 
Resepi : 
DayangJack@DapurKu SaYang


Bahan-bahan : 8-10 orang makan


Puding Coklat :

  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 200 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 2 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara : 

Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dengan api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dalam bekas bersesuaian. Sejukkan.


Bahan Sos :

2 1/2  cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
3 sudu besar tepung kastard
5 sudu gula pasir
1 sudu kecil esen vanilla 


Cara-cara :

Satukan kesemuanya di dalam periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dengan api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dengan coklat urai jika suka.

TRIFLE


Assalamualaikum...

Resepi Trifle ni shima dah lama simpan, tp baru kali ni shima dpt merealisasikannya. Terima kasih pd CMG atas resepi yg sedap ni. Tp resepi ni shima C&P dr dapur Kak Ummi. Sebelum ni pernah buat jg trifle, tp simple je..tp resepi ni l best!!  Cuma Shima tukar sponge cake kpd Swiss Roll perisa pandan. Tp klu ada yg nak tukar perisa lain2 spt strawberi, vanila, coklat, kopi dan lain2 pun boleh jg..terpulang pd citarasa atau kesukaan masing2. Emm...kesimpulannya, mmg sedap trifle ni...dan pastinya shima akan buat lg selepas ni...
 Jom kita semak resepinya...


TRIFFLE ISTIMEWA MAT GEBU
Resepi Asal: 
Mat Gebu
Dirujuk: Ummi @ Home Sweet Home

BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

PUDING CHEESE OREO


Salam 1 M'sia...

Sihat???? Shima doakan moga kita semua berada dlm ceria dan happy selalu. Hari ni saja tukar selera...biasa klu birthday anak2 shima akan masak kek..tp kali ni, shima nak sediakan satu resepi yg byk menerima pujian dr blogger2 masakan krn keenakan puding ini..Mmg betulla bagai dikata...emmm puding ni mmg sedapla..lg2 klu mkn sejuk2. Tak pakai cheese pun, tp tetap terasa lemak manisnya. Ok..sape suka puding..bolehla salin resepinya ye...


PUDING CHEESE OREO
Sumber : Azlita Masam Manis

 

Bahan-bahan : 

13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
sedikit oreo di buang creamnya

Cara membuat :

Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dan tpg kastad.
Masukkan susu dan kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi dan tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.
Tuang ke dlm loyang atau acuan. kemudian layerkan dengan biskut oreo. Susun biskut dalam loyang dan buat selapis demi selapis. Kemudian biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

PUDING TAUHU LAICI


Selamat bercuti....especially buat rakan2 guru sekalian...tengok dulu ye..mata ni dah mengantuk yg teramat..hehe..Ok..kite continue balik n3 yg tertunda ni..baru hari dpt mengedit n3 ni. Cite pasal puding tauhu laici ni dah lama sebenarnya nak mencuba, tp asyik pospon je sbb agar2 strip takde. Lagi pun shima biasa guna agar2 serbuk serbuk. Ok, shima rasa agar2 ni simple tp sedap..sbb puding2 berkuah yg lain, biasa kita masukkan susu cair dlm kuahnya, tp ni hanya kuah laici sahaja. Shima buat puding ni sbb menerima kunjungan 2 org makcik shima, sorang duduk di Rawang dan sorang lagi pulang bercuti ke Kluang..krn beliau bertugas di Tabugh (sempadan Jordan) sbg staf nurse di sana. Sempena kunjungan mereka, shima masak Spaghetti Bolognese dan puding tauhu ni.

Tentu ramai yg pelik nape dipanggil puding tauhu, sedangkan dlm resepi takde sikit pun menggunakan tauhu atau kacang soya  sbg bahannya. Sebenarnya cara penyediaannya, bhn2 puding ni setelah dimasak, curahkan dlm 1 loyang besar, setelah sejuk barulah disenduk menggunakan sudu atau senduk, barulah dimasukkan ke dlm bekas. Ala2 taufu fah..soya yg byk jual kat pasar mlm. Shima letak dlm acuan comel supaya nmpak kiut je..bila dihidangkan. Puding ni sedap dimakan sejuk..


Resepi Puding Tauhu 

Sumber : 
Kak Nor
Sumber rujukan : Kak Izah 

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) *lebih kurang 18 gram
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia
cara2:
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.