Showing posts with label Cheesecake. Show all posts
Showing posts with label Cheesecake. Show all posts

OREO CHEESE CAKE


Assalamualaikum...
 
Kita sambung lg dgn n3 yg dah terbengkalai lama 4 bln lps...iaitu Oreo Cheese Cake. Erm...dah jadi baja pun...hehe. Anyway, shima nak share jg resepi yg shima rasa sgtlah mabeles ni. Sblm ni shima kerap wat chilled oreo cheese cake, tp kali ni shima nak buat yg bake plk atas permintaan Imran...Ok jom kwn2 kita tgk resepinya...zasssssssssssss....
 

OREO CHEESECAKE
Resepi Asal: Jthorge
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

 Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)

Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :-
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:-
~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
~ Masukkan sour cream dan pukul sebati.
~ Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
~ Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pd rak bawah sekali dlm oven..
~ Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam


BLUEBERRY CHEESE CAKE (UNBAKE)



Yummy!!! itu yg boleh shima katakan...dah x ingat brp kali wat..sedap sgt. Yg order lain, yg buat sendiri lain. Tp itulah...bila mkn ciskek ni aduhai..bkn cukup 1 slice...mesti nak ulang dan ulang...huhu..tu yg payah..mmg bertimbun2 la lemak dlm badan nih...Ok sape suka ciskek...jom salin resepinya....
 

Blueberry Cheese Cake (Unbake)
Sumber : Aku. Zack
 
Base:
100g biskut Oreo, kisar hancur
45g butter, dicairkan
***Gaul biskut Oreo dengan butter, tekan pada dasar loyang yang telah diletakkan baking paper dahulu. Simpan dalam peti sejuk.

Adunan yoghurt cheese:
(Shima buat double)
 125g cream cheese, suhu bilik
137g @ 1 bekas yoghurt perisa blueberry
30g gula kastor
80g blueberry filling - boleh guna ada biji buah blueberry
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat

Cara:
1. Pukul cream cheese, gula kastor dan blueberry filling hingga sebati.
2. Masukkan yoghurt, gaul rata.
3. Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata). Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yoghurt cheese. Gaul rata.
4. Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream ke dalam adunan. (NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi.) Kaup balik rata-rata, tuangkan ke dalam loyang berisi base.
5. Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
6. Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
7. Hiaskan atasnya dengan blueberry filling dan sedia dipotong.

SNOW CHEESE CAKE



Assalamualaikum,
 
Lagi n3 yg dah lama tertunggak 6 bln yg lps...masa tgh hot kek ni...Shima x nak komen sbb kek ni mmg sedap lemak manis sume cukup...mmg sedap2 sangat. Shima rasa dah 2-3 kali shima buat kek ni...sedap sgt dan mr hubby pun sukakan rasanya..nyumm..nyum. Oklah malas nak cite pjg. Tuan2 dan puan2 silalah salin resepinya ye...






SNOW CHEESE CAKE
Resepi :
Sherry mz@MyR
Sumber: Kzai@Teratakimpian

· 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)


· 100 gram gula halus

· 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) -     akak guna shelf raising flour

· 60 gram tepung jagung (maizena)

· 50 gram air sejuk (dr peti ais)

· 1 sudu teh baking powder- tak letak

· 2 sudu makan ovelet

· 75 gram mentega (dicairkan)


· UNTUK KRIM

· 1 kotak cream cheese philadelphia

· 1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

· UTK TOPPING

· 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)


Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

 2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

 3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.

 4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

 5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

 6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

 7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

 8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

 9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


JAPANESE COTTON SOFT CHEESE CAKE

 
 Taknah celoteh panjang hr ni, sbb ngantuk dah tahap gaban. Dah 2-3 actually shima buat kek ni. Tp mcm biasa, anak2 dah tak sabar nak mkn, so tu ajela yg tinggal...Ok, sape minat kek ni meh salin resepinya yok...
 
 
Japanese Cotton Soft Cheese Cake
Sumber : Alma Myr


Bahan-bahan : Loyang bulat 9 inci 

Bahan A: 

250g cream cheese 

50g butter 

100 ml susu segar (fresh milk) @ susu cair 70ml + air 30ml 

6 biji kuning telur *izah guna 7 biji gred B

1 sdb jus lemon @ 1 sdt esen vanila 

1/4 sdk garam 

60g tepung kek / tepung superfine @ guna tepung gandum, ayak 3 kali 

20g tepung jagung (cornflour/cornstarch) 



Bahan B: 

140g gula kastor 

6 biji putih telur *izah guna 7 biji gred B

3/4 sdk jus lemon @ 1 sdt cream of tartar 



Cara-cara: 



Step I : Utk adunan A: 



Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. kacau2 dengan whisk sehingga sebati. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 

 Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu sj pun boleh, tapi Ana pukul guna mixer dengan kelajuan sederhana agar semua adunan halus dan sebati). 


Step II : Utk adunan B: 
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). 


Step III : 

Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 9 inci, yg digriskan bwhnye & dialas dgn kertas baking. tepi loyang tak perlu gris ya. Tuang adunan kek dlm tin kek. 

Bakar kek dlm kire-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. 

 Waterbath = sediakan loyang yg lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yg berisi air panas. Bakar hingga masak, test guna lidi ya, dah masak, off suis oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tak mendap@turun mendadak. Sisip tepi kek dan terbalikkan, hiaskan dengan filling kesukaan, sedap dimakan sejuk.  


Blueberry Topping (optional)


1 tsp Gelatin / Serbuk agar2*Ana guna gelatin Halagel 

30ml Air 

150g Blueberry pie filling @ apa2 filling kesukaan 

Cara-cara : 
Campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan blueberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan s





CHOCOLATE & MOCHA CHEESECAKE (UNBAKE)



Tu dia....projek menambah kolestrol dlm badan..lupakanlah diet puan2 klu ciskek ni dah depan mata. Buang je la diet tu ke laut atau ke sungai atau mana2 yg patut...hehe..mmg lazat nyummmm...sampai anak2 shima pun sibuk suruh buat lg bila ciskek ni dah abis...Ooooo...tidak!!!! Ok...ciskek ni resepinya dari Kak Nor Secubit Garam. Tp kak nor buat Cappucino, shima ganti dgn Mocha sbb itu je yg ada dlm peti ais...Tp tetap tak menjejaskan rasanya...yummmy..Meh..salin resepinya ya...
 
 
CHOCOLATE & MOCHA CHEESECAKE

resipi : K.Nor@SecubitGaram

(saiz loyang springform 23cm/9in)

 

Bahan:

A:

200gm biskut marie ~ perisa kopi/coklat (shima guuna biskut disgestive)
120gm butter ~ cairkan

 B:

30gm gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel
200ml air panas

C:
 
500gm cream cheese ~ boleh guna philadelphia atau tatura
250gm gula castor
200ml whipping cream
200ml plain yogurt
1 sudu kecil cappucino emulco (shima ganti dgn mocha)
1 sudu kecil chocolate emulco

Cara:

A:

Hancurkan biskut dan gaul dgn butter cair hingga sebati (lebih mudah jika guna food processor).

Masukkan ke dalam loyang yg dah dialas dgn kertas alas/baking - bahagian bawah sahaja (kalau tak mau alas pun tak per) dan ratakan. Tekan2 sedikit supaya padat.
Masukkan ke dalam peti ais supaya ia mengeras (lebih kurang 1/2 jam)
Sementara itu boleh sediakan bahan2 cheese.

B:

Masukkan gelatin kedalam air panas dan kacau hingga sebati.
Biarkan ia mengembang. Ketepikan.

C:

Pukul whipping cream hingga pekat dan kembang (jgn terlebih pukul nanti ia akan mencair balik)
Ketepikan.
Kemudian pukul cream cheese bersama gula castor hingga kembang/smooth.
Masukkan yogurt dan adunan gelatin.
Kacau hingga sebati dan masukkan whipping cream tadi.
Kacau dengan spatula hingga sebati.
Bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan chocolate emulco dan kacau.
Satu bahagian lagi dimasukkan mocha emulco. Kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan coklat kedalam layang springform tadi dan rata bahagian atasnya.
Masukkan kedalam freezer selama 2 3 minit supaya bahagian atasnya cepat mengeras.
Keluarkan dan tuangkan adunan mocha keatasnya dan ratakan.
Titikan sedikit mocha emulco keatasnya dan buatlah corak marble.
Masukkan kembali kedalam peti ais (bukan bahagian freezer ya) dan biarkan ia selama 3 - 4 jam.

Kemudian bolehlah dihidangkan.



LEMON CHEESE CAKE

 
 
Assalamualaikum...
 
Siapa suka mkn ciskek angkat tgn! Mesti ramai yg suka mkn ciskek kan..termasuklah shima sekeluarga. Kalau hari2 mkn ciskek pun xpe..hehe..tp siaplah lps tu oh..tidak!! mau berbulan2 tak sanggup nak menimbang berat badan..
 
Oklah..tak mo cite pjb lebar..actually kek ni dah lama bebeno shima buat..dah jd baja pun. Biasalah keterbatasan waktu membuatkan shima x sempat nak update selalu..uhuk..uhuk. Shima buat ciskek ni ms birthday Imran pd 14 Dis lps...ahah..terkejut akak. So..dah 3 bln n3 ni tertunggak..apo nak dikato family mesti didahulukan..selera diutamakan..cewah!
 
So..sapa peminat ciskek bolehlah try resepi, sedop weiii...hingga menjilat jari kaki..ekeh..ekeh..tp awas jgn sampai terparut kat bhg putih lemon..pahit plk ciskeknya nnti, x dptlah den nak tolong. Resepi ni shima cilok dr blog Juicy Cafe..byk resepi yg best kat sini...nyum..nyum..  
 
 
 
LEMON CHEESE CAKE
Sumber : Juicy Cafe
 
Bhn2..
2 cwn biskut digestive - yg telah dhancurkan
5 sdb butter
500 gm cream cheese
1 cwn gula castor
4 sdb parutan kulit lemon
2 sdb esen vanilla
3 sdb tepung jagung
1/3 cwn whipping cream
3 biji telur
2 kuning telur
1/2 cwn jus lemon
 
Cara2nya..
1. Satukan biskut n butter, gaul bagi rata, tuang dlm loyang springfoam 7 ato 8 inci, tekan2kan bagi rata n sejukkn dlm peti sejuk selama 30 mnt.
2. Pukul cream cheese bg lembut, tambahkan gula castor n pukul lg.
3. Tambahkan parutan kulit lemon n esen vanilla, gaul rata.
4. Masukkn tepung jagung n trus pukul lg.
5.Tuang whipping cream n gaul bersama.
6. Masukkn telur n kuning telur sdkt2 n trus pukul adunan baru tambahkan jus lemon n pukul rata.
7. Keluarkan loyang biskut td n tuang adunan cheese ke dalam loyang biskut.
8. Bakar secara 'waterbath' dlm oven yg telah dpanaskan dgn suhu 160C selama 1 jam 10 mnt.
9. Sejukkn sebentar n sejukkan dlm peti sejuk selama 3 jam, kemudian deco ikut citarasa sendiri ya




AMERICAN CHEESE CAKE



Assalamualaikum....
 
Selamat Tahun Baru 2013....Apa azam baru thn ni? Apa pun azam baru...diharapkan ia membawa perubahan yg positif dlm kehidupan kita. Semoga kejayaan akan mengiringi kita sepanjang tahun 2013 ini...amin. Azam shima thn ni salah satunya ialah lebih kreatif dan teliti dlm menghasilkan sesuatu. Mudah2an tercapailah hendaknya....hehe..kdg2 tu azam tinggal azam je...sbb kekangan masa dan kesibukan tu membatasi segalanya.tu yg bila menghasilkan sesuatu tu asal boleh je..janji siap!
 
Ok..la blk pd n3 hr ni...emm..ciskek..dah lama betul shima tak wat ciskek ni..dulu siap wat biz lg..sampai tak cukup tgn. Lebih2 lg Oreo Cheese Cake dan Bluberry Cheese Cake Tp sejak shima mengandung anak yg bongsu..shima dah malas nak amik tempahan..penatlah. Klu shima suri rumah mungkin shima tak rasa penat sgt, tp sbb shima ni keje dgn gomen...lain sikit citenya. Anak2 plk kecik metot lg. Lagilah sejak bibik shima dah xde...mmg jarang sgt dah amik order skrg ni. Dah lama tak buat ciskek tiba2 tekak ni mengidam pulak nak mkn. Selalu lpskan gian mkn kat Secret Recipe..tp tu la..bila pi ramai2 ni...dgn anak2 4 org aduhai...mn la cukup seketul dua...buat gaduh je..hisk! baiklah maknya buat sendiri..bkn x reti..American Cheese Cake ni actually 1st time shima try..tp x sangka rasanya sedap..betul..x bohong punya..hehe. Gerenti akan ada ulangan lg lps ni. Anak2 mmg suka bangat..kejap je dah abis..Ok..jom kita tgk resepinya. Tq pd Zack yg sudi berkongsi resepi yg sgt yummy ni...


AMERICAN CHEESE CAKE
 
Source : Aku. Zack
 
(Shima doublekan adunan di bawah)
 
Base:

100g oreo tanpa krim, kisar halus
50 butter, dicairkan
***Campurkan oreo dan butter hingga sebati. Padatkan di dalam loyang yang dialas baking paper pada dasar dan kelilingnya serta dilengser butter. Bakar 5 minit, 160C. Biarkan sejuk pada suhu bilik.

Bahan:

100 ml double cream - ku guna dairy whipping cream jenama Arla 
30 gm gula kastor
30 gm tepung jagung
30 gm majerin - ku guna butter
250 gm cream cheese
3 kuning telur gred A

3 putih telur gred A
30g gula kastor

Cara:

1. Dalam mangkuk stainless steel, pukul cream cheese, 30g gula kastor, dan butter hingga tak berbintil. NOTE: Jika cream cheese berketul-ketul, boleh cairkan di atas double-boiler sambil dikacau rata hingga adunan cheese tidak lagi berbintil.

2. Masukkan kuning telur, tepung jagung dan double cream. Pukul hingga sebati.

3. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur bersama 30g gula kastor hingga bertanduk dan kaku.

4. Ambil 1/3 adunan meringue (putih telur langkah 3 tadi) dan kaup balik ke dalam adunan cheese hingga sebati. Masukkan baki meringue dan kaup balik berhati-hati.

5. Tuang ke dalam base biskut tadi.

6. Bakar secara water bath dalam oven yang telah dipanaskan dahulu, 160C@45-50 minit atau hingga atas kek kelihatan keperangan, guna api atas bawah




RED VELVET CHEESY MARBLE CAKE


Assalamualaikum...

Ini merupakan n3 yg dah tertangguh sejak 3 minggu lepas...hehe. Shima buat kek ni sempena birthday anak shima yg paling bongsu Muhammad Isyraq Razin yg pertama. Ini merupakan percubaan shima kali yg ke 4, membuat Red Velvet Cake, namun yg sebelum ni shima tak masukkan sbb bg shima rasanya biasa2 je..tak naklah share dgn kwn klu rasa keknya, biasa je ye tak? Cuma bezanya kali ni shima marblekan kek ni terus, jd tak payah dah nak tepek cheese tu kat atas kek..senang cite! Shima tengok kak yati (sinar kehidupan) buat mcm tu, shima pun terus nak try..mmmg betullah kak yati rasanya mmg sedap!! Tq kak yati! Resepi ni mmg sesuai utk shima yg memangnya sibuk dan malas sebenarnya nak mendeko kek yg kena touch up sana sini..isk! tak sesuai..la, sbb shima ni jenis cepat bosan kalau buat keje yg mengambil masa yg lama. Cuma marble nya tu kurg menjadi, sbb shima ni tak sabar, jd shima tepek adunan cheese masa cheese tu masih sejuk, jd dia kurang sebati bila mix dgn bhn2 lain. So..yg berbintil2 tu yg jd marblenya..yg cair tu dah bersatu dgn adunan merah tu. Klu shima mis masa cheesenya ikut suhu balik mesti kejadiannya cantik..macam kek kak yati tu.


Oklah, sape yg nak resepi boleh c& p di sini yek..


RED VELVET CHEEZY MARBLE CAKE
Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
Bahan A :-
  • 300 gm gula halus/castor
  • 225 ml minyak sayur/mentega cair (1 cwn)
  • 2 biji telur
Bahan B :-
  • 225 g buttermilk/yogurt (1 cwn) - akak guna susu cair
  • 3 sb pewarna merah
  • 1 sk cuka/jus lemon
Bahan C :- (diayak bersama)
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 2 sb serbuk koko
  • 1 sk bicarbonate of soda
Bahan D :-
  • 1 sk esen vanilla
Bahan Cheese :-
  • 250 gm cream cheese (1 buku)
  • 1/4 cawan gula halus/castor
  • 1 biji telur
  • 2 sb susu cair
  • 1/4 sk esen vanilla
Cara-cara
  1. Satukan bahan2 cheese dan pukul hingga lembut.Ketepikan.
  2. Satukan bahan A dalam mangkuk besar dan kacau sebati dan ketepikan.Satukan bahan2 B dan C dalam mangkuk yang berasingan.
  3. Masukkan bahan B dan C ke dalam mangkuk A berselang-seli dan kacau lagi hingga rata.
  4. Masukkan juga bahan D dan kacau hingga sebati lagi.
  5. Tuang 1/2 bahagian adunan ke dalam loyang yg disediakan dan lapiskan dgn 3/4 adunan cheese rata2(akak guna piping bag).
  6. Tutup dengan lebihan adunan dan tuang lebihan adunan cheese dan lorekkan.
  7. Bakar pada suhu 175C selama 45 min. atau


BINGKA CHEESE SARAWAK



Assalamualaikum...


Hari ni kita sambung n3 yg seterusnya iaitu Bingka Cheese Sarawak. Sape pernah makan bingka ni? Shima 1st time makan bingka ni, tp terus jatuh cinta dgn keenakan rasanya...yg sunggguuuuhhh sedappp!! Betul...serius tau! Shima ni bukannya jenis org yg suka mkn kuih2 mcm bingka or kuih bakar. Tp lepas try bingka ni...alahai rasa tak boleh berhenti. Rasa kejunya cukup lemak..manis semua cukup! 

Okla, malas cite panjanglah. Mesti try tau...baru boleh percaya...shima gerenti akan buat lg lps ni...Tima kacih Hasue atas resepi yg sedap ni...shima minta izin C&P ye...

Bingka Cheese Sarawak

Sumber : Hasue

Bahan A:

1 peket agar2 cap ros (13g)
3 cawan air
1 cawan gula pasir

Bahan B

250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok)
1 ½ cawan tepung hong kong
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon

Cara2:

1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven)
7. Selamat mencuba.. ^_^

NOTE:sukatan adalah menggunakan cawan metrik~