IKAN KERAPU KUKUS@STIM LIMAU

 
 
Resepi sihat yg sedap dan plg mudah penyediannya. Shima guna ikan kerapu yg bersaiz sederhana je..Tak kisahlah beso ke kecik..yg penting menjilat kaki..hish! jari...
 
 

IKAN KERAPU STIM LIMAU
 
Bahan-bahan:

  • Ikan Siakap
  • Bawang putih cincang
  • Cili padi cincang
  • Halia dirincik halus
  • Bawang besar dirincik halus
  • Serai dirincik halus
  • Daun limau purut
  • Sos ikan (menggantikan garam)
  • Air limau nipis
  • Sedikit gula
  • 1 sudu teh minyak masak
  • Secawan air (untuk lebih berkuah)

Cara membuatnya:


  • Gaul ikan siakap dengan sos ikan. Kemudian tabur semua bahan yang dihiris tadi.
  • Taburkan sedikit gula
  • Siram air limau nipis dan kemudian sesudu minyak masak (utk melembutkan ikan)
  • Kukus selama 20 minit
  • Masukkan daun limau purut dan kukus lagi dalam 10 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Sumbangan Resepi Oleh:-  Puan Hariaty Esmail (Krazy Cakes),
Sungai Petani, Kedah.


KEK MARBLE TRIO


Ni dia kek marble yg plg sedap. yg pernah shima rasa setakat ni. Resepi dpd Cik Mat Gebu yg mmg pakar bab masak memasak ni...Bila dah mkn rasa nak mengulang je mkn...sedap dan tak muak. Serius tau...tak sama mcm kek2 marble yg lain/ Oklaa..nak tau betul ke tidak shima cakap..kena try resepi cik mat ni...gerenti puas hati...



KEK MARBLE TRIO
Sumber : Cik Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.
 



Puding Sagu Gula Melaka


Puding Sagu ni Shima buat bg menghabiskan stok air gula melaka yg dah lama tersimpan dlm peti ais, lebihan buat lopes bulan lps. Mujur tak basi..hehe. Kuahnya, shima campurkan terus dgn santan, tp kalau pn2 nak asingkan pun boleh jg..tp pastikan santannya dimasak supaya thn lama. Jom kita tgk resepi mudah ni...
PUDING SAGU GULA MELAKA
Sumber : Yatie Memories (Sinar Kehidupan)
 
Bahan-Bahan
  • 300 gm biji sagu (warna putih)
  • 2 liter air
  • 1/2 camca teh pewarna hijau (*ummi guna 2 sudu kecil pes pandan je)
  • 2 helai daun pandan - kisar dan tapis jusnya

Untuk sirap gula:-

  • 1 ketul gula melaka, potong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • (masak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)

Bahan Utk Kuah Santan

  • 1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam
  • **Yatie guna 1 cwn santan pekat dan masak bersama 1 cwn air,tambah sedikit garam dan sejukkan.

Cara Menyedia:-

  1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau. Kemudian cuci sagu sekejap dan masukkan dalam air mendidih.
  2. Masak sagu berubah jadi jernih. Tutup api dan biarkan sagu tadi selama 2 - 3 minit.
  3. Angkat sagu tadi dan toskan serta cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya.
  4. Toskan dan isi dalam acuan/mangkuk pilihan.
  5. Simpan dulu dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.

Cara Hidangan:-

  1. Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sedikit santan atau susu sejat. Sedap di makan sejuk.



AYAM KAPITAN


Lagi n3 yg dah lama tertunggak...actually resepi ni shima try masa raya aidil adha yg lps. Sedaplah...bg shima yg kurang gemar lauk pauk yg terlalu berempah. Selain ayam, shima turut sediakan sambal goreng, kuah kacang dan nasi himpit.  Okla...jom salin resepi..


AYAM MASAK KAPITAN
Sumber: Babybatriesyia
Copypaste : dayangjack
Bahan Kisar 
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6- 7 biji Cili Merah ( sy gn 3sb cili giling )
  • Sedikit lengkuas (DJ guna 1 inci) - sy xboh xde stok
  • Sedikit Serbuk Kunyit
  • Stgh cm halia ( sy tambah )
  • 1 batang serai ( sy tambah )

Semua bahan di atas dikisar kecuali serbuk kunyit.

Bahan A 

  • Ayam dipotong ikut suka
  • 200 ml santan
  • 50 ml susu cair
  • 4 sudu besar air asam limau nipis (sy gn air asam jawa)
  • garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
  1. Tumis bahan kisar &serbuk kunyit hingga naik bau. 
  2. Masukkan ayam dan gaul, biar hingga ayam empuk.
  3. Kemudian masukkan santan dan susu cair. Biarkan hingga mendidih. 
  4. Masukkan garam, gula dan air asam limau tadi. Kacau sentiasa. Angkat dan hidangkan.



KEK CHIFFON YOGURT CRANBERI



Bagi penggemar kek cipon. anda patut / wajib try resepi kek cipon ni....tak terucap dgn kata2 betapa sedapnya, lembut dan tersangatlah gebunya mcm kapas. Bila masuk terus hilang..yg tgl cuma cranberinya je..hehe. Bg yg kurang gemar kek yg manis, anda boleh kurangkan penggunaan buah cranberi. Jgn kurangkan gula tau..sbb bg shima keknya tu dah cukup sedap..sbb manis tu byk dtg dr buah tersebut. Pasti shima akan mengulang buat kek ni lain kali....nyum..nyum..payah betul nak berhenti menyuap...bila mkn kek sedap ni...isk!




Nak resepi??..jom kita tengok bhnnya2..Sorilah, shima c&p je dr blog Kak Nor  yg comel tu...terima ksih K.Nor


CRANBERRY YOGURT CHIFFON CAKEsource : Anncoo Journal
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients: (k.nor guna angel cake pan saiz 23cm)
5 Egg yolks
40g Caster sugar
65g Canola oil/salad oil
2 tsp Lemon juice 
130g Natural yogurt
130g Plain flour (sifted) ~ k.nor guna tepung superfine
lemon zest from one lemon

7 Egg whites
90g Caster sugar
95g Dried cranberries (cut to small pieces & sprinkle with 1/2 tbsp flour)

Method:

In a large bowl, mix egg yolks, sugar and oil well with a hand whisk. Add lemon juice (k.nor skip part ni), lemon zest and yogurt into it, mix well again.
Whisk egg whites till frothy, gradually add in the sugar in batches, mix well. Continue beating till egg whites are stiff but not dry (kemudian masukkan lemon juice)
Use a hand whisk to mix 1/3 egg whites with mixture.
Gently fold in the rest with a rubber spatula till well combined.
Lastly gently fold in the cranberries pieces into mixture.
Spoon batter into cupcake liners up to 3/4 full evenly and bake at 180C for 15 mins, then lower temperature to 160 for another 20 mins or skewer comes out clean. (k.nor bakar dgn suhu 180C utk 20 min pertama kemudian turunkan suhu kepada 170C dan bakar lagi sehingga masak - lebih kurang 20 - 25min)
Invert cake immediately on a wire rack to cool completely before unmoulding.

ASAM PEDAS AYAM LADA HITAM



Assalamualaikum...

Org johor mmg x bleh lari dgn masakan asam pedasnya..org kt dah sebati. Dalam seminggu mesti nak masak 3-4 kali. Kalau pakcik shima hari2 mesti asam pedas...yg tukar ikannya je. Selalu shima masak guna ikan, tp kali ni shima guna nak guna ayam sbg bhn utamanya. Tp sblm shima masak, shima saje2 jenguk kat dapur Kak Nor Secubit Garam. Tah mcm mana hati ni tergerak nak try resepi asam pedas yg agak berbeza dr kebiasaan yg shima masak. Kak Noor kata dia pun suka masak asam pedas guna resepi yg ini. So, shima pun tryla..Pergh! mmg betullah..mmg kelas!! pekat!..terasa lada hitam dan daun kesom mcm2 lagila. Puan2 mmg patut try resepi ni sbb shima skrg dah jatuh hati dgn resepi asam pedas ni... 


ASAM PEDAS (AYAM)
resipi : K.Aznim
sumber : K.Nor

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
20 tangkai cili kering*-didihkan sebentar angkat dan toskan
1 labu kecil bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
1 kuntum bunga kantan*
2 batang serai* 
sedikit daun kesum* semua bahan bertanda * di kisar
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
beberapa batang bendir
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk lada hitam*
sedikit belacan*


Caranya


Panaskan minyak
Tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak
Pastikan cili betul2 masak masukkan sedikit ar asam jawa
Masukkan ayam.
Didihkan sebentar dan masukan garam
Masukkan lebihan air asam jawa dan biarkan mendidih lagi.
Masukkan perencahnya kacang bendir/tomato/terung
Kecilkan api dan didihkan hingga masak.
Tutup api dan sedia untuk di hidang.



KEK LABU MANIS



Salam....dah plan nak baking apa hari ni or minggu ni? Hari ni shima nak share sebiji kek yg dah masuk list tp x sempat2 nak try..sbb kena tunggu nak masak labu baru buat. Biasalah family shima ni nak kata ramai, boleh thnla...cuma sbb anak2 masih kecik..jd kalau beli labu yg saiz kecik pun smpi 2 hari baru abis. Anak2 plk kurg gemar mkn sayur...penat dah ajar dan latih..tp x mau jg..kecuali sup kentang je dia org laju mkn..huhu. Tu yg kdg2 nak beli labu ni pikir 2-3 kali. Okeylah dah terlanjur labu masih ada baki, so shima pun merayaplah dr rumah ke rumah dan........akhirnya shima berjaya smpi ke rumah kak Izah Muffin Lover. Di situ bermula kisahnya Si Labu Labi nih...sedap tau! Tp klu puan2 tak brp suka kek yg manis, bolehlah kurgkan gula dlm sukatannya. JOM  mkn....
 
 
PUMPKIN CAKE

source: allrecipes

terjemahan oleh: izahdaut

(saya buat separuh dari resepi)


Bahan

1 1/2 cawan minyak sayur

2 cwn gula putih

4 biji telur

3 cwn tepung serbaguna

2 tsp baking soda

2 tsp baking powder

3 tsp serbuk kayu manis *saya letak secubit je

1 tsp garam

2 cwn labu lecek /puree

1/2 cwn kacang walnut cincang *saya tak letak


Directions


1. Panaskan oven 190 C.

2. Ayakkan tepung bersama baking soda, powder, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan.

3. Dalam mangkuk yang besar, satukan gula dan minyak. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.

4. Masukkan tepung dan pukul sehingga licin dan gebu.

5. Masukkan kacang dan labu lecek. Kacau lagi hingga sebati dan gebu.

6. Bakor kek selama 1 jam atau sehingga masak.

7. Sejukkan di atas rack dan taburkan gula aising sebelum dihidan





KEK PISANG POPPY SEED



Bg menghabiskan stok pisang yg x abis2 lg tu..Shima try pulak resepi kek ni..Sedap dan lemak kek ni sbb menggunakan poppy seed sbg bahannnya. Terasa biji kas2 tu bila mengunyah kek ni...Cubalah, mmg tak rugi mencuba...
KEK PISANG POPPY SEED
Sumber : Cik Mat Gebu
 
BAHAN-BAHANNYA :-)

45 gram mentega, cair dan sejukkan
2 biji telur gred A (berat 60 gram sebiji)
50 gram soft brown sugar @ gula perang
65 gram tepung beserbuk penaik (self-raising flour)
1/2 camca teh ovallate
70 gram pisang, dilecek
3/4 camca besar kas-kas (poppy seeds)
2-3 titik esen pisang atau esen vanilla
1/4 cawan isi pisang yang didadu (optional)
Sedikit lagi kas-kas untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bersaiz 7inci x 3inci x 3inci. Lenser dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang dengan ovallate, hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingg adunan pekat dan gebu macam adunan baulu. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang dan tepung sedikit demi sedikit, hingga habis, putar rata. Tuang mentega cair dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan esen pisang @ esen vanilla dan biji kaskas tadi. Gaul rata.Tuang dalam tin tadi dan tabur dengan pisang. Tabur juga biji kas-kas sebagai hiasan. Bakar 30 - 35 minit atau hingga masak. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan atas jaringan. Potong dan boleh hidangkan.



KEK MARBLE PISANG COKLAT


Erm...sedap, lembut dan lembab je kek pisang ni...ditambah lg dgn rasa coklat, mmg kena sgt kat tekak shima ni. Cuma, kalau guna pisang emas, pisang berangan ke..mesti lg sedap. Shima guna pisang kapas...sedap jg cuma kurang manis. Okeylah, tak sempat nak cite panjang, byk keje dapur menunggu..
 
 
KEK MARBLE PISANG COKLAT
Sumber : Hana's Family
Bahan-bahan
  • 150g pisang emas - dilecek - hana lebihkan 40g utk lebih rasa pisang
  • 180g tpg gandum- hana campur ngan tpg mixpancake (tpg gandum 90g, tpg mixpancake 100g)
  • 180g gula halus - hana kurangkan 150g je
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 2 sudu besar susu segar- yg nih hana tambah
  • 1sk coklat emulco@ 2 sudu besar serbuk koko bancuh dengan 1sb air panas > bancuh jadikan pes
Cara-cara
  • Campur semua bahan di atas kecuali coklat dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih gebu.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. satu bahagian campurkan pes koko@coklat emulco. Kemudian marblekan ikut suka ke dalam loyang yang telah digirs dengan minyak.
  • Bakar 170-180 darjah selama 40 - 50 minit
  • Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda.


Kek Coklat Black Beauty


Assalamualaikum...
Kek coklat sentiasa mendapat tempat di hati penggemar kek, apatah lg kanak2..sikit2 coklat. Begitu jg dgn Shima, walaupun dah ada bermacam2 kek moden skrg, kek coklat tetap dihati. Klu dah lama tak buat kek coklat, mesti imran tanya...lama ibu tak buat kek coklat. Tak kiralah versi manapun, yg penting coklat. Oklah hari ni shima nak share resepi kek coklat yg cara penyediaannya dan rasanya mcm American Chocolate Cake. Sedap...mcm yg shima pernah bgtau sblm ni..hati shima mmg dah terpaut dgn rasa American choc Cake. Bg yg tak suka kek yg manis...yg ni mungkin menepati selera anda...
 
KEK COKLAT BLACK BEAUTY
Sumber : Kak Yatie (Sinar Kehidupan)
Bahan A

  • 2 cwn tepung gandum/superfine
  • ¾ cwn serbuk koko
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 sudu kecil b.powder

Bahan B

  • 2 cwn gula castor
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
  • 1 cwn air panas suam
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 3 biji telur

Cara-Cara

  1. Ayak Bhn A, ketepikan
  2. Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
  3. Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
  4. Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
  5. Guna loyang 8x8

Topping mudah tapi sedap (Shima tak buat)

  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air (saya guna susu cair)
  • 1/2 cwn tpg jagung
  • 2 sudu besar majerin/ butter

Cara- Cara

  1. Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur dngan menggunakan api kecil, sentiasa dikacau. Bila dah siap, sejukkan sebentar dan sapu terus disekeliling kek. Hias ikut kreativiti masing2.


APAM PELANGI


Assalamualaikum....
 
Hari ni Shima x mau cite panjang, sbb berderet2 n3 yg dimasukkan. Apam Pelangi ni kali ke 2 shima buat, sbb rasanya yg sedap dan kurang manis dan Shima buat apam ni pun utk kenduri rumah makcik shima beberapa bln lepas...ahak..ahak...punyalah lamakan terperam. Okeylah sape berminat boleh salin resepinya...
APAM PELANGI
Resepi: 
Ilahjy

Bahan:- (akak buat - 1 loyang bulat 7 in dan 1 loyang 5 in x 5 in )

  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh ovellet
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 300 gm tepung gandum
  • 300 gm gula halus (akak kurangkan jadi 220 gm je)
  • 250 ml santan kara
  • 1 sudu teh baking powder
  • pewarna

Caranya:

  1. Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  3. Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
  4. Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
  5. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Akak skop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)



KEK SUJI @ SEMOLINA



Assalamualaikum..

N3 berikutnya ialah Kek Suji Madu..emm...sedap terasa lemak dan manis semua cukup, lebih2 lg klu guna mentega berkualiti tinggi. Seperti kek ni shima guna Butter Anchor. Oklah malas nak cite panjang, coz byk keje lain menanti..jom kita semak resepinya
KEK SUJI @ SEMOLINA
Sumber : Cik Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 250 g mentega berkualiti tinggi
  • 170 g gula halus
  • 2 camca besar madu
  • 4 biji telur gred A
  • 100 ml susu segar
  • 2 camca teh esen vanilla
  • 170 g tepung gandum
  • 1 camca teh baking powder
  • 100 g semolina @ suji
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu (macam gambar no 2).
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.