KEK CHIFFON MARBLE BLUEBERI

 

Kita sambung lg n3 yg seterusnya iaitu kek cipon...kek yg menjadi kegemaran shima. Anak2 shima suka jg tp klu kek coklat dia lg suka..biasalah budak2. Mak budak suka kek mcm ni...begitu jg dgn tok neneknya..mkn kek cipon lps tu minum air kopi...dahla kek ni gebu dan lembut..mmg laju je la msk dlm anak tekak...nyum..nyum...



 
Resepi asal marble strawberi, tp shima saja tukar dgn perisa bluberi...erm..sedap. Resepi kek chiffon ni basicnya lbh kurang sama je, cuma tukar atau tambah perisa je.Oklah jom salin resepi...
 
 
KEK CHIFFON MARBLE BLUEBERI
Sumber : Kak Yati Sinar Kehidupanku

Bahan A


· 6 biji kuning telur

· 2/3 cawan minyak masak/ Mazola
· 2/3 cawan susu cair
· ½ sudu kecil garam
· 3/4 cawan gula halus
· 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
· 2 sudu kecil baking powder* diayak


 Cara-cara menyediakan Bahan (A):

1. Pukul kuning telur, garam dan gula sebentar atau sehingga sebati.
2. Masukkan minyak & susu cair dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama b. powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

 Bahan B

· 6 biji putih telur
· 1/2 cawan gula pasir
· 1 sudu kecil cream of tar tar

 Bahan C

· 2 sudu besar blueberi emulco
Cara-cara menyediakan Bahan (B):

1. Pukul putih telur sehingga kembang, masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.

2. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.

3. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu biarkan plain dan satu lagi di campurkan bahan C (strawberry emulco)

5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang secara berselang seli ...tak perlu di lenser.

6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
 

IKAN BAWAL SAMBAL LIMAU PURUT


Erm...resepi yg lain dari kebiasaan shima masak. Saja nak rasa kelainan..Alhamdulillah x mengecewakan. Anak2 mkn berselera je..En .hubby plk senyap je..tp diam2 shima tgk bertambah2 je nasi dlm pinggan..ekeh2..sajalah tu x nak ngaku. Bg shima sedap je..sbb shima mmg suka segala yg berkaitan dgn limau...walaupun daun limau. Oklah sape berkenan, bolehla try resepi ni k...


IKAN BAWAL SAMBAL LIMAU PURUT

 Bahan-bahan

2 ekor ikan bawal.. goreng
*1 cawan cili kering yg telah direbus terlebih dulu
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar.
*sedikit belacan
garam dan gula
5 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa atau sos tomato

* Bhn2 bertanda * diblender sekali.


Cara;

Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak.. masukkan sedikit air yg dicampur asam jawa
masukkan pulak garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masuk bawang besar dan daun limau purut yg telah disiat2. Setelah masak tuangkan di atas ikan.. sedia untuk dihidang..


SNOW CHEESE CAKE



Assalamualaikum,
 
Lagi n3 yg dah lama tertunggak 6 bln yg lps...masa tgh hot kek ni...Shima x nak komen sbb kek ni mmg sedap lemak manis sume cukup...mmg sedap2 sangat. Shima rasa dah 2-3 kali shima buat kek ni...sedap sgt dan mr hubby pun sukakan rasanya..nyumm..nyum. Oklah malas nak cite pjg. Tuan2 dan puan2 silalah salin resepinya ye...






SNOW CHEESE CAKE
Resepi :
Sherry mz@MyR
Sumber: Kzai@Teratakimpian

· 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)


· 100 gram gula halus

· 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) -     akak guna shelf raising flour

· 60 gram tepung jagung (maizena)

· 50 gram air sejuk (dr peti ais)

· 1 sudu teh baking powder- tak letak

· 2 sudu makan ovelet

· 75 gram mentega (dicairkan)


· UNTUK KRIM

· 1 kotak cream cheese philadelphia

· 1/2 tin susu pekat manis- akak letak 1 cwn (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

· UTK TOPPING

· 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)


Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

 2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

 3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.

 4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

 5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

 6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

 7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

 8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

 9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.