Showing posts with label Brownies. Show all posts
Showing posts with label Brownies. Show all posts

RED VELVET BROWNIES


eHEM...satu lg n3 yg dah berbulan lamanya. x ingat dah bln brp...x kisah la kan asalkan yg ptg sedapppppppp. Ok jom kita tengok resepinya..
 
 
RED VELVET BROWNIES
Sumber : Kak Yati (Sinar Kehidupan)
 
Bahan-bahan (loyang 7x7 inci):-

·                     125 gram + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus (akak guna tepung halus/superfine flour)

·                     1/2 sudu kecil garam

·                     60 gram mentega - suhu bilik

·                     110 gram gula halus

·                     1 biji telur saiz A - suhu bilik

·                     1/2 sudu kecil essen vanilla

·                     120 ml susu segar - suhu bilik

·                     1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren

·                     1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi

·                     kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco

·                     1/2 sudu kecil cuka

·                     1/2 sudu kecil baking powder

Cara-Cara:-

1.                    Panaskan oven pada suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang supaya senang nak dikeluarkan brownies nnt.

2.                   Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3.                   Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4.                   Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5.                   Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6.                   Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7.                   Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8.                   Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese


·                     200 gram cream cheese - suhu bilik

·                     1 biji telur saiz B@A - suhu bilik (akak guna saiz A)

·                     60 gram gula galus

·                     1 sudu besar jus lemon

Cara-Cara:-

1.                    Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2.                   Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay.

3.                   Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesecake, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering).

4.                   Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...

 


BROWNIES MILO



Bila dan rasa keenakkan brownies, shima jd ketagih pulak nak cuba pelbagai jenis brownies. Yg ni salah satunya. Walaupun teksturnya agak keras berbanding chewy gooey brownies, namun rasanya tetap enak....Nampak tak taburan chocolate chip dlm brownies tu...lg2 klu dimkn ketika panas..alahai..meleleh u..terasa choc. chip yg cair dimulut. Shima dapatkan resepi ni setelah berjln2 ke blog Home Kreation...kepunyaan Along...Tq lah Along krn mewara2kan kesedapan brownies ni...Jom kita layan resepinya...
 
 
BROWNIES MILO
By: AlongRoz@HomeKreation
Adapted from Ovaltine Brownies from here
Alih bahasa oleh HomeKreation
Saiz: 8" persegi
BAHAN2:

125g Coklat Gelap - cincang
157g Mentega tanpa garam - lembutkan
131g Gula Perang
2 bj Telur
125g Tepung Gandum
1/8 st Baking Powder
2½ sb Serbuk Koko
75g Milo
78g Coklat Cip


CARA2:

1. Panaskan oven 180°C.
Lapik tin dgn kertas aluminium - biarkan terlebih panjang dari tin 1".
2. Cairkan coklat & mentega dgn kaedah double boil sehingga licin.
Sejukkan beberapa minit.
Masukkan gula & telur & kacau sebati.
Ayak tepung, baking powder & koko ke dlm adunan coklat.
Masukkan Milo & kacau sehingga sebati.
Masukkan coklat cip.
3. Tuang adunan ke dlm tin & bakar selama 30min - jgn terlebih masak.
4. Sejukkan sebelum keluarkan dari tin dgn mengangkat lebihan kertas alumunium



CHEWY GOOEY BROWNIES

 
Dah pernah mkn brownies? Apa itu brownies? Ala...shima dulu tak brp kisah pun ttg brownies..shima bayangkan rasanya mcm kek coklat biasa. Shima pernah mkn brownies yg sedap masa jalan2 ke Bandung. Rasanya kalau ke Bandung, x sah klu x singgah ke Kartika Sari utk beli brownies sbg ole2. 1st time ke sana..bw balik cuma 3 kotak je. Tp pi kali ke 2, Shima beli berkotak2 utk disedekahkan kpd kaum keluarga. Tak kurang jg ada yg memesan. Tp pemergian kali ke 2 ni, shima diperkenalkan oleh supir kami sms di sana satu lagi brownies yg pd tekak shima lebih besar saiznya dan sedap iaitu jenama Amanda.
 
Shima difahamkan Amanda terlebih dulu yg mempelopori brownies di sana, barulah Kartika Sari. Tp spt yg kita sedia maklum, jk kaum "itu" yg menguasai ekonomi..mmg dia akan lbh maju..maka oleh sbb itu Amanda kurang gah namanya. Nama2 org disana kdg2 amat mengelirukan kita. Ada yg nama mcm omputeh tp muslim..ada yg nama mcm melayu, tp non muslim. Shima pun yg beritahu supir kami semasa di sana..dia yg bertahu ttg brownies..malah dia jg tunjukkan tpt di mn Amanda Brownies ni boleh didapati. Cuma di kedai2 kecil dan push cart di tepi2 jln... Shopping complex shima x pasti pulak. Walaupun dah rasa keenakan brownies tp hati shima ni masih lum tergerak nak buat. Hinggalah.....
 
Jeng!jeng! jeng!..shima berblog walking kat rumah Kak Ita Masam Manis.Tak thn dengar penerangan k. ita yg kt sunggah sedap dan blah..blah..shima nekad nak cuba jg pd hari esoknya. Nasib baik coklat bar tu tak cukup..klu x mlm tu jg shima buat. So...tara!!!! inilah hasilnya...mmg sedap! rangup diluar dan moist di dalamnya. Asyik dok mengulang je. Tika shima masukkan n3 ni, shima ingat dah 4 kali shima buat dlm ms x smpi 2 bln..dan dah ada pun yg order..kwang..kwang..kwang..Hah, tgu apa lg tu..salinlah resepinya..gerenti puas hati!
 
 
CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber : MasE/Kak Ita Masam Manis/Bro Rozzan

Bahan-bahannya
A
250g butter - potong kecil2
400g baking chocolate - potong kecil2
 
 
B
6 biji telur
340g gula perang (brown sugar)
2 tsp esen vanilla
20g chocolate emulco (I used 1 sudu makan)
 
C
80g tepung gandum } diayak
60g serbuk koko } "
140g kacang walnut/pecan/almond (optional)-bakar sebentar dan gaul dgn tepung dan koko

Cara-caranya

1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11”x11” - (saya gunakan loyang 10" x 10")
2. Double boil bahan A hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul bahan B hingga gula hancur - guna hand whisk saja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul hingga rata dan sebati.
5. Kemudian masukkan tepung dan digaul lagi hingga rata tetapi jgn terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar dgn suhu 160C- 170C selama 50 minit-1 jam.
7. Setelah masak, biarkan brownie tu dalam acuan hingga sejuk. Rasanya akan lebih sedap jika disimpan semalaman
8. Enak dimakan begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan ais krim.