KEK CHIFFON PELANGI


Ok...tanpa membuang masa, kita teruskan dgn N3 mlm ni iaitu kek kesukaan keluargaku..Kek Chiffon Pelangi. Anacam...cantik tak kek ni?? 1st time Shima buat kek chiffon pelangi ni. Biasa shima buat kek chiffon perisa pandan, strawberi, limau, coklat, pisang . Kali ni, shima guna resepi yg berlainan...sedap dan gebu keknya. Cuma shima tak puas hati sbb kek shima nmpk agak rendah...huhu..bkn salah resepi, tp shima yg bakar dlm loyang yg agak besar iaitu 9". Biasa shima buat kek chiffon mesti dlm loyang yg berlubang, tp oleh sbb loyang tersebut dah sompek dasarnyanya..maka terpaksalah shima bakar dlm loyang biasa. Sape yg suka kek chiffon..bolehlah salin resepi ni ye..


KEK CHIFFON PELANGI
BAHAN A
  • 6 biji kuning telur
  • 4 tbsp Minyak jagung/minyak masak
  • 60ml Susu segar
  • 1/2 tsp Esen vanila
  • 50g Gula Kastor
  • 110g Tepung naik sendiri
BAHAN B
  • 6 biji putih telur
  • 100g Gula Kastor
  • 1/4 tsp cream of tartar
  • Sedikit pewarna kuning, hijau, pink dan sedikit serbuk koko (saya guna coklat emulco)
CARA2 MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, siapkan tin chiffon berukuran 22 cm atau 9 inci. (tak perlu disapu mentega atau margerine). Ketepikan.
  2. Masukkan Bahan2 B (putih telur) dan gula kastor ke dlm mangkuk mixer dan putarkan sehingga berbuih kemudian baru masukkan cream of tartar putar hingga putih telur kental. (Speed laju).
  3. Dalam bekas yang lain, satukan semua bahan2 A, dikacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan sebentar
  4. Tuangkan adunan A ke dalam adunan B (putih telor).
  5. Putarkan dengan menggunakan whisk dengan kaedah kaup balik hingga rata dan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. (Titiskan sedikit warna hijau, warna pink, kuning dan coklat (1 tsp serbuk koko).
  7. Tuang keempat empat adunan yang telah diwarnakan tadi secara berselang seli ke dalam tin yang telah disediakan tadi. (tuangkan warna kuning dulu diikuti warna coklat, warna pink dan akhir sekali warna hijau)
  8. Bakar selama 30 - 40 minit hingga masak

No comments:

Post a Comment