KEK BUAH TANPA TELUR (EGGLESS FRUIT CAKE)

 
 
 
Erm...suka x mkn kek buah2an. Shima suka jg..especially kek kukus, tp selalu shima korek kismis sbb x suka rasa kismis dlm kek tu. Klu buah2an lain shima ok boleh telan..ngeh..ngeh. Shima tergerak hati nak try kek ni masa birthday Azhad dan kebetulan nak celebrate, abg dan sepupunya sumenya tgh berkhatan. Jd supaya yg lain pun dpt mkn kek terpaksalah shima google cr resepi yg tiada telur. Kek coklat tanpa telur pulak..mcm dah biasa buat. Setelah blog walking dr rumah ke rumah shima jmpa resepi di rumah Kak Dayang Jack..tgk gambar je dah terliur tambah lg dgn penerangan kak dayang yg kt kek ni sgt sedap dan moist..terus shima tak tunggu lg menyinsing lengan ke dapur..menggodek apa yg patut Mmg.senang sgt..huh! x payah pakai mixer pun..rasa pun mmg sedap! lebih2 lg klu dibiar semalaman...
 
Oklah, jom layan resepinya... (kalau tak tgk step by step kak dayang buat..boleh rujuk pautan kat bwh ni)
 
 
 
Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Loyang 20-22 cm
Bahan A :
  • 360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
  • 2 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
  • 1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
  • 125 ml jus oren
Bahan B :
  • 250 g mentega 
  • 300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
  • 250 ml susu cair
  • 170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional

Cara-cara :
  1. Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
  2. Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
  3. Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). 
  5. Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
  6. Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
  7. Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
  8.  
     
 

No comments:

Post a Comment