OREO CUPCAKE (13 Syawal)


Ummmmm Cakkkk!!!!
Assalamualaikum...lama tak bersiaran..rasa rindu-serindunya plak..hehe. Dah banyak tempat beraya? Shima masih tak abiis beraya..banyak rumah belum dikunjungi lagi. Tahun ni anak2 kurangla dpt duit raya, sbb mak ayahnya malas nak berjalan. Sejak ada baby ni, rasa malas plak nak ke sana sini..apatah lagi ayahnya..huh! sibuk jumpa prospek Monavie mmg takde masa nak berjalan waktu mlm..siang plak dah penat balik kerje..So..bila ptg dan mlm tak ke mana2, mulalah otak ni berpikir nak masak pe...Ta..da!!! hah inilah rupa Oreo Cupcake yg Shima wat..lps sekodeng dapur Cik Mat Gebu. Memang Shima tabik springla.
kat empunya resepi krn rasanya fulamak....mmg sedapppp! Anak pun suka..biasala bdk2..asal dengar oreo,,emmm mmg tak sempat sejukla..Ok  kita tengok resepinya 

OREO CUP CAKE
Cptaan: Pn. Rima
Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA :-)





  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja....

No comments:

Post a Comment