Kek Kukus Lapis Bumi (Ramadan 21)



Hai..kita sambung lagi dgn menu berbuka pd 21 Ramadan yg lepas. Shima dah lama teringin nak wat kek lapis camni..iaitu jenis kukus. Akhirnya tertunai jg hajat di hati. Shima dapat resepi ni dari blog Dapurku Sayang. Shima suka tengok kek lapis kukus yg dihasilkan oleh Dayang Jack..nmpk cantik dan menyelerakan..isk..rasa tergoda dan terliur kalau tgk resepi kek lapis beliau...Oleh krn terlalu excited nak mencuba resepi2 kek lapis beliau, Shima sampai beli 3 bungkus Horlicks. InsyaAllah klu ada kesempatan teringin jg nak wat kek2 lapis beliau sblm raya nnti. Bleh bg kat bonda tercinta, ibu mertuaku, ibu kandungku..ramainya hehehe..Larat ke??? Angan2 tinggi melangit. Dahla bibik ku bercuti ke KL selama seminggu mulai jumaat ni..InsyaAllah mudah2an dipermudahkan...amin!!! Be positive!
Pada Shima kek ni memang sedap terasa lemak manisnya..semuanya cukup! Yg buatnya sedap ialah penggunaan horlicks dan seri kaya..yg memang selalu ada dlm kek2 lapis sarawak. Kek ni sesuai sgt utk beginner mcm Shima. Tengoklah rupa kek tu..hehe comot sikit..sbb dah Shima potong masa keknya masih suam kuku lagi. Tak sabar2 nak rasa...Seeloknya potong kek bila kek dah sejuk barulah cantik, dan tak berhabuk..hehe. Oklah..shima sertakan resepinya di sini, Shima copy paste dr blog Dayang Jack..TQ Dayang atas resepi yg sungguh enak ni...




Kek Lapis Bumi (Kukus)
rujukan sumber asal : http://www.myresipi.com/top/detail/5693
resepi olahan : 
DayangJack@DapurKu Sayang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air
 
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/4 cawan serbuk holicks
  • 5 biji telur gred A 
  • 225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
  • 4 sudu besar serikaya
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2  sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air panas)
  • Pewarna hijau dan kuning
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  11. Akhir sekali ialah adunan nescafe. Ulangi proses hingga habis.
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong.



No comments:

Post a Comment