KARIPAP RANGUP ROS


Tu dia...menu kegemaran keluarga. Mmg sentiasa ada stok dlm peti ais. Tak kiralah inti apa pun samada telur, kentang, ayam atau daging...mmg sentiasa laku. Selalu buat sarapan atau minum petang. Resepi karipap rangup ni mmg marbeles.....dr ros jintan manis. Bila dah try resepi kulit karipap ros ni terus suka...anak2 pun suka3x...hehe. Bibik shima pun terror buat karipap ni...oklah penggemar karipap, jom try resepi ni plak...
 

Karipap Ros Sedap
Resepi :
Ros Jintanmanis
Sumber :
Izahdaut dan Mashitah
 By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


Untuk Pastry Rapuh

Bahan :

400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam


Untuk Inti Keledek* guna kentang

Bahan :

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam
 

Cara :

Bua doh Pastri dulu

1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.


No comments:

Post a Comment