KEK CHIFFON MARBLE BLUEBERI

 

Kita sambung lg n3 yg seterusnya iaitu kek cipon...kek yg menjadi kegemaran shima. Anak2 shima suka jg tp klu kek coklat dia lg suka..biasalah budak2. Mak budak suka kek mcm ni...begitu jg dgn tok neneknya..mkn kek cipon lps tu minum air kopi...dahla kek ni gebu dan lembut..mmg laju je la msk dlm anak tekak...nyum..nyum...



 
Resepi asal marble strawberi, tp shima saja tukar dgn perisa bluberi...erm..sedap. Resepi kek chiffon ni basicnya lbh kurang sama je, cuma tukar atau tambah perisa je.Oklah jom salin resepi...
 
 
KEK CHIFFON MARBLE BLUEBERI
Sumber : Kak Yati Sinar Kehidupanku

Bahan A


· 6 biji kuning telur

· 2/3 cawan minyak masak/ Mazola
· 2/3 cawan susu cair
· ½ sudu kecil garam
· 3/4 cawan gula halus
· 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
· 2 sudu kecil baking powder* diayak


 Cara-cara menyediakan Bahan (A):

1. Pukul kuning telur, garam dan gula sebentar atau sehingga sebati.
2. Masukkan minyak & susu cair dan kacau lagi.
3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama b. powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.

 Bahan B

· 6 biji putih telur
· 1/2 cawan gula pasir
· 1 sudu kecil cream of tar tar

 Bahan C

· 2 sudu besar blueberi emulco
Cara-cara menyediakan Bahan (B):

1. Pukul putih telur sehingga kembang, masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.

2. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.

3. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu biarkan plain dan satu lagi di campurkan bahan C (strawberry emulco)

5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang secara berselang seli ...tak perlu di lenser.

6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
 

No comments:

Post a Comment