CUTI-CUTI MALAYSIA : PANUBA INN, PULAU TIOMAN (Tragedi Kehilangan Beg)

 Assalamualaikum....

Lamanya x bersiaran....mogok ke?. Ya betul dah mogok, sbb skrg  dah jd suri rumah sepenuh masa. Ingatkan jd suri rumah ada masa nak hapdet blog dsb...rupa2nya sama je. Keje kat rumah pun menimbun nak buat. Apatah lg, sejak bibik ku dah pulang bercuti selama 3 bln di Surabaya utk memperbaharui pasportnya. Gitu gini..lps siap segalanya, kul 10 plg cepat aku mengapdet FB. Gitulah lbh kurang hari2 yg ku lalui slps aku amik keputusan ambik cuti tanpa gaji selama setahun. 

Ok..kita tukar topik pulak. Skrg ni, dah berazam..nak update blog..klu bleh setiap hari...haha..boleh ke?? Dah berpuluh2 N3 tertunggak...entah bila siap agaknya. Termasuklah yg ni...percutian tahun 2013 pada tahun baru cina kalau tak silap. Tgklah tu punya lama tak update...

  Peta Pulau Tioman


Ada banyak chalet dan resort di sini, tp Shima pilih yang ni...

Panuba Inn ni terletak antara Salang dan Air Batang. Ni je resort yang ada di sini. 

Kalau suka privacy, resort ni sesuai sbb ia private beach..


Sepatutnya percutian ni menyeronokkan, tp bagi Shima dan suami, ia satu percutian yg hambar. Anak2 mmg seronoklah...tak ingat dunia...main air tak abis2.


Inilah beranda bilik kami, cantik kan? Subhanallah bila melihat pemandangan di sini, hati menyebut berkali2 memuji kebesaran Ilahi....

Nampak tak cik abang, yg merenung jauh ke pantai, menunggu ketibaan feri atau bot, mengharapkan beg baju kami yang hilang ditemui semula..

Inilah kisahnya, semasa kami sibuk memunggah beg untuk dibawa menaiki feri, tiba2 ada seorang krew di situ ingin membantu membawa beg besar kami ke tpt menyimpan beg. Mulanya suami enggan, sbb takut hilang, memandangkan byk hentian yg kami akan lalui, jadi suami risau takut ada yg terambil beg. Tp oleh krn krew tu beria2 nak angkat, maka suami pun benarkan, memandangkan ramai jg yg buat camtu.

Terpaksa sewa bot, cari baju...

Setelah tiba ke hentian ke 6, kalau tak silap (dah lupa) kami pun turun dr feri. Tak ramai  yang turun di resort ni, jd seharusnya, beg kami senang dijumpai. lagipun cuma tinggal 1 hentian je lg di Salang. Tepat sangkaan kami, beg kami hilang. Bila tanya pd krew,mrk berjanji utk mencarinya dan pulangkan secepat mungkin.

Azhad dgn Seri seronok naik bot...maknya dah muncung sedepa. Dptlah beli baju sikit.

Hari sudah beransur senja...janji tinggal janji. Aku dah sedih semacam. Kami berempat sehelai sepinggang. Aku, suami, Seri dan Razin. Semua baju dalam beg besar. Mujur ada 1 beg lagi yg berisi baju Imran dan Razin..bersama susu dan lampin pakai buang.

Setelah puas call sana sini, masih tiada jawapan. Suami dah angin semacam. Tanya staf resort, mrk kata memang ada kes2 hilang beg ni berlaku. Tp tu la...complain2 pun sama mcm tu jg. So...sape yg 1st time pi sini, ingat bw beg sendiri..x payah letak kat tpt simpan beg. Kalau ada krew feri tu nak angkat beg ke nak tolong ke...ckp terima kasih je la, ckp sy x nak beg sy hilang.

Akhirnya, dlm kul 6 ptg, kami buat keputusan x boleh tgu lg...kami pun sewa bot di situ dan minta mrk bw kami ke mana2 kedai yg ada jual baju2 basahan. Takkan 3 hari 2 mlm..tak tukar baju. Ptg tu kami dibawa ronda2 ke Air Batang utk cari t-shirt. Ada la, tp x byk pilihan..harganya pun mahal, walaupun kainnya biasa2 je...Apa nak buat...huhu...sedih betul...Seri dan Razin terpaksalah pakai baju abg2nya..

Seri yg dah keletihan berjln dan mandi laut.
Ni bilik yg kami sewa, ada 2 katil queen...ok la selesa jg. Yg penting ada TV, sbb nak cari resort yg ada TV kat sini agak terhad. Chanel pun x byk dpt...Bdk2 ni kejenya main PS2 tak abis2...kami pi 2 family...so seronoklah dia org. Mak bapaknya yg terkilan tak abis2...

1st day sarapan di cafe Panuba Inn...sedap!
Jom..layan gambar2 di bawah ni...semua pakai baju abg2 dia termasuklah Seri.

Air laut kat sini jernih sungguh....nmpk jari2 kaki klu berjalan di atas 





Aku dgn cik abe, xde mood nak mandi...jd tukang snap gambar je..

Dinner kami mlm itu...sedap tp biasala..harganya mmg mahal. Nak buat camne mmg xde pilihan

x ingatla sape yg order ni....pun sedap jg...

Pantai ni agak tersorok dari resort, best jg..nmpk coral kat sini..tp awas jgn terpijak coral yg dah mati...nnti luka tapak kaki.

Si kecik Razin ni pun ada hati nak pakai google


Seri pun sibuk nak pakai juga...

Tgk seri....terpaksa pakai baju abgnya.

Masa ni baru sampai resort, excited nak amik gambar

Snap foto ni dr beranda bilik....rasa tenang je kat sini..walaupun dlm hati bergelora...ahaks!
2nd day, jln2 cari beg dan lunch di Tekek



Tgh tunggu feri pun sempat berposing...


Kat Tekek, sambil tgu cik abe wat report kat oficer di situ.

Masa kat Tekek ni, tuan kedai mkn tu tolong kami utk cari beg..sume resort cik abe pi utk cari beg...namun hampa...sedih lg...



Jernihkan air laut kat sini, nampak ikan berenang2

Budak2 ni balik dr Tekek mandi lg....

Masa kat Tekek ni, sempatlah jln2 beli brg2 utk kenang2an...aku sambar sehelai t-shirt dan pakaian dalam lg utk dipakai ms pulang esok. Bdk2 pun beli t-shirt jg...Coklat pun ada kat sana...mahal jg kat sini klu nak compare dgn langkawi. 

Sempat posing kat cafe, sblm check out...alahai monyok je...

Aku dah putus harapan jg masa ni...sampai dah nak balik...langsung xde khabar berita ttg beg kami...

Kami pulang menaiki feri yg agak kecil, jd bila dipukul ombak besar, kami dlm feri terhuyung hayang. Nasib baik tak muntah hijau aku dlm feri. Masa dtg elok plk, sbb ferinya besar...jd kuranglah sikit gegarannya.

Ops lupa lak nak cite, masa kami tgh tgu feri nak balik, jumpa sepasang couple ni duduk kat jeti. Ingatkan sama2 tgu feri nak balik, rupa2nya dia baru sampai dan nasibnya sama mcm kami. Beg hilang jg! Kami syorkan suruh mrk cari cepat2...dan suaminya terus naik bot dan follow feri yg mrk naiki. Couple ni lg la honeymoon 4 hari 3 mlm...lg haru klu xde beg...Lps tu kami pun bertukar2 no tel.

Ok...la, sambung cite dlm feri tadi krn tak tahan pening, aku pun tertidur. Maklumlah 2 jam lg nak sampai ke Mersing. Tgh syok tidur, tiba2 suami kejutkan bgtau, beg dah jumpa. Krew feri yg kami naiki dulu, telefon, suruh tunggu apabila sampai di jeti nnti.

Syukur Alhamdulillah...beg kami dah ditemui semula. Byk brg di dalam beg tersebut, walaupun tiada brg berharga, maklumlah pakaian pun penting jg..malah ada yg baru dibeli semata2 nak pakai di Tioman..(baju renang anak2la...) Sebelum tiba di Mersing, aku pun menerima SMS dr couple yg hilang beg td, menyatakan beg mrk yg hilang telah ditemui semula...syukurlah. Sampai di jeti, kami pun menunggu beg dgn penuh debaran...risau jg kot2 beg org lain ke. Akhirnya bila feri sampai, suami pun terus ambil beg...betul mmg kepunyaan kami. Menurut krew di situ, mrk jmpa beg kami di Tekek. Mungkin baru letak, sbb masa kami ke sana, xdela pulak officer kat situ nyatakan ttg beg hilang.

Kami meninggalkan Pulau Tioman dgn perasaan bercampur baur..Terkilan krn kehilangan beg..kecewa, sedih semua ada. Aku rasa terbeban krn terpaksa memastikan anak2 ada baju utk dipakai. Ia jd percutian yg tidak menceriakan kami. Anak2 mmg happy sangat. Siap ajak  ke sana lg tu, Namun begitu aku rasa bersyukur jg krn beg telah ditemui semula...

Diharap kisahku ini menjadi pengajaran, agar kita lebih berhati2 dgn keselamatan harta benda kita sendiri. Namun apa yg berlaku tidak pulak menyebabkan aku menjadi serik utk ke Tioman lagi andai masa mengizinkan. Keindahan Pulau Tioman inilah yg mennyebabkan aku ingin datang lg...mungkin di resort yg lain pula....Wassalam...

1 comment:

  1. PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.

    Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.

    Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.

    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )

    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
    www.kitaholidays.cf

    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.




    ReplyDelete