CUTI-CUTI MALAYSIA : TANJUNG SUTERA RESORT, SEDELI KOTA TINGGI


Assalamualaikum...

Kita sambung lagi kisah cuti-cuti Malaysia. Cite masak2 kita tolak tepi dulu ok...malas sebenarnya nak edit gambar yg berlambak2 tu. Klu gambar cuti2 ni tak payah edit...x payah nak touch up bagai...hehe. Ok kita sambung lg percutian keluarga shima ke Tanjung Sutera Resort, Kuala Sedeli Kota Tinggi. Mungkin ramai yang dah tahu tempat ni, yg pernah menimbulkan kontreversi tak lama dulu.

Ingat tak lagi kisah hot di mana kumpulan sami melakukan upacara keagamaan di sebuah surau. Masa shima pergi surau tu dah dirobohkan pun. Tinggal tapaknya je yang kelihatan. Sayang, shima terlupa pulak nak amik gambar utk dipaparkan di sini

Shima ke sini sempena cuti deepavali thn lepas. Percutian keluarga memang menyeronokkan di mana 4 family turut serta dlm percutian ini. Lagi 4 family tak dapat join, krn ada urusan yang lain. So...bila ramai2 ni malamnya ada acara BBQ. Tapi tu la lupa pulak nak snap gambar...

Oklah..jom layan gambar2 di bawah..


Jalan ke sini, perlu melalui lorong kecil yang dikelilingi ladang kelapa sawit. 

Ada sign board tp dari simpang jalan kena tengok betul2 supaya tak terlajak jauh.

Dah sampai pun..ini dia jalan masuk ke Tanjung Sutera Resort

Ini dia bilik yang kami akan bermalam. Ada 6 buah katil single. Tp sayang semua bilik takde TV.

Anak2 dah tak sabar nak terjun kolam..

Ini view depan bilik standard yang disewa oleh ahli keluarga yang lain. 

Ini bilik yang disewa adik beradik yg lain...baru dibina bilik2 ni.

Kan dah cakap...imran plg x sabar nak mandi...

Actually dah tersalah susun gambar. Ini aktiviti utk keesokan harinya di Pantai Temala.

Macam biasa Razin dan Seri mesti main pasir...

Abang2nya sibuk main air di pesisir pantai...ombak agak kuat..maklumlah dah masuk musim tengkujuh

View di Pantai Temala. Nak ke sini lebih kurang 5 minit menaiki kereta.

Tak payah tgk awek yg tengah posing tu ha3..sbb dah makin gemuks...tgk view di belakang tu.

Orang ramai bermandi manda sempena cuti umum. Depan pantai tu ada jg chalet2 kecil utk disewa.

Balik cite kat resort td...kolamnya agak luas. Puas jg kami anak beranak mandi sbb xde orang kecuali family we all je...



Pemandangan dari atas bukit..kebetulan ada pengantin baru berposing di situ.

Kemudahan di sekitar kolam renang

Razin dah bersedia nak terjun...

Cantik pemandangan dari atas bukit di resort ni...

Kesejukan....










Belakang tu cafe..

Ketawa besar nampak....







Ni bilik kami....punyalah banyak katil. Actually resort ini sering digunakan utk kursus kepimpinan dsb.

Budak kecik yang dah kelaparan lps mandi....hehe..
Itulah serba sikit tentang percutian kami. Bagi shima tempat ni ok la...tp utk dtg lagi, mungkin tidak. Tapi itu terpulang pada pengalaman masing2. Anak-anak shima ni klu xde TV mati kutu...nasib baik la mlm tu wat bbq..jd xdela bosan sgt. Dia org ni TV tu penting sbb nak main PS2..bersama2 dgn sepupu2nya. Ok..itu je la yg shima nak cite tentang percutian kami kali ini...bye..bye.. 

2 comments:

  1. Salam,

    ada simpan lg tak no owner? atau contact no resort ni?
    http://mummynabeela.blogspot.com/

    ReplyDelete