BUBUR CANDIL LABU



Assalamualaikum...
 
Lagi resepi yg tertunda sejak bln puasa yg lalu iaitu Bubur Candil Labu. Sedap tau...mesti cuba. Bagi penggemar bubur manis boleh cuba resepi ni...terasa lembut tepung tersebut krn dicampur dgn labu. Oklah siapa minat boleh copy resepi ni..shima copy dr blog Kak Yatie Sinar Kehidupan. Kat blog beliau byk resepi bubur candil..
BUBUR CANDIL LABU
Sumber : Yatie Memories
Bahan-Bahan
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cwn labu rebus, toskan dan lecek halus
  • sedikit garam
  • Air secukupnya= utk merebus bubur candil
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 ketul gula melaka=racik halus dan masak hingga hancur+1 cwn air= tapiskan
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1/2 cawan biji sagu (shima tambah)

Cara-Cara
  1. Labu yg telah di rebus, di toskan dan di lecek halus.
  2. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam ke dlm sebuah mangkuk.
  3. Masukkan labu yg telah di lecek tadi. Uli hingga menjadi doh, tak perlu tambah air sbb labu dah berair. Uli lagi sehingga menjadi doh lembut.
  4. Didihkan air dlm periuk, bulat2kan spt bebola kecil adunan dan rebuslah ke dlm air yg mendidih.
  5. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
  6. Di dalam periuk yg lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka yg sudah di tapis tadi.
  7. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan...gaul sebati. Masukkan jg biji sagu.
  8. Gaul sentiasa supaya santan tidak pecah...biarkan mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah tambah gula pasir sedikit. Setelah siap, matikan api dan bolehlah di hidangkan



1 comment: