SPAGHETTI AGLIO OLIO YG SGT SIMPLE DAN SEDAP


 
Assalamualaikum..
Sape suka mkn spaghetti? Shima suka sgt mkn spaghetti..tak kiralah masak apa sekalipun shima mmg suka spaghetti. So hr ni shima nak share 1 resepi istimewa yg sgt simple tetapi sedap sgt..yg shima peroleh dr Azie's Kitchen. Sblm ni shima pernah jg buat resepi ini tp versi yg lain. Tp lps try resepi ni terus shima terpikat rasanya. Tq pn. azie krn sudi share resepi yg sungguh sedap ni. Ok..jom salin resepinya...

Spaghetti Aglio Olio
Sumber : Azie's Kitchen -Utk melihat cara memasak boleh klik di sini

Bahan:
 
500 gram spaghetti
1/4 cawan minyak olive
5 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji cili kering - potong kecil
1/2 tsp red pepper/dried chilli flake
4 keping cendawan telinga- dihiris
50 ml water + 1 tsp chicken stock
Chopped fresh parsley
Garam
Coarse black pepper
 Seafood:
8 scallops
8 mussels
Udang, sotong atau apa apa yg disukai (Shima ganti dgn sosej ayam dan udang)
 
Cara cara:
Sediakan bahan bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. Pasta direbus.
Panaskan minyak olive, tumis bawang putih dg api perlahan sambil dikacau kacau sehingga ianya kekuningan.  Masukkan cili kering yang dipotong kecil.
Masukkan sedikit chicken stock bertujuan untuk memberhentikan bawang putih dari terus garing. 
Masukkan udan dalam kuali dan dibalik balikkan. Masukkan pula sosej yg telah dihirs.  Kalau dikuatiri terlebih masak, boleh dikeluarkan dulu seafood dari kuali dan masukkan semula masa hidangan.
Bila seafood dan sosej hampir masak, masukkan pasta. Pasta  hanya direbus 3/4  masak. Angkat dan toskan air. Masukkan pasta dalam kuali.  Kacau rata rata. Kalau kering, boleh tambahkan baki chicken stock.
Akhir sekali, taburkan red pepper flake, garam dan black pepper. 
Untuk menghidang, masukkan pasta dalam pinggan dan tuang sedikit lagi olive oil. Selepas itu hias dengan menyusun seafood dalam pinggan. Kemudian tabur parsley sebagai hiasan.


No comments:

Post a Comment