Puding Kentang

Salam...memandangkan petang ni family Shima nak datang berkunjung, maka Shima sediakanlah dessert iaitu Puding Kentang. Tapi menu utama, Shima tak dapat nak sediakan, maklumlah org tgh dalam pantang..takkan nak masak yg berat2 dan banyak..Takkan org sakit nak sediakan makanan utk org sihat..tak patut2  betul tak? So, nak mudah, Shima order je..mee rojak mamak. Tp Puding Kentang, Shima wat sendiri..sbb simple je..


Cite tentang Puding Kentang ni...rasanya memang sedap dan lemak, cuma teksturnya agak lembut..bila potong tu memang kena hati2. Shima lupa letak tepung kastard..dah curah dalam loyang baru perasan. Shima rasa sukatan air tu kena kurang sikitla..baru dia cantik bila dipotong...Ok..kalau ada sesiapa nak resepi, boleh copy..ohh..ye, Shika dapat resepi ni kat blog Masam Manis.

Puding Kentang

Bahan2
10gm serbuk agar2
2 biji ubi kentang sederhana (blend bersama 180ml air)
200gm gula pasir
200ml santan pekat
125ml susu cair
500ml air 
3-4 sudu susu pekat manis
1 sudu  besar mentega
3 sudu besar tepung kastard (dibancuh sedikit air)
pewarna dan perisa mengikut citarasa

Cara membuatnya:
1. Ubi kentang dicuci bersih dgn kulitnya dan direbus hingga empuk. Setelah itu kups kulitnya, blend hingga lumat bersama 180ml air.
2. Satukan gula bersama air, serbuk agar2 di dalam periuk. Didihkan samapi gula larut. masukkan pula ubi kentang yg dikisar tadi, diikuti santan, susu  pekat dan susu cair. Kacau perlahan2.
3. Masukkan mentega dan tepung kastard. kacau lagi smpai pekat.
4. Jika suka, bahagikan adunan dan masukkan pewarna dan perisa pilihan. Tuangkan adunan secara selang seli atau pun berlapis. Sejukkan dalam peti sejuk.




No comments:

Post a Comment