RICH STRAWBERRY CAKE

Assalamualaikum...Apa khabar sume? Shima doakan semoga semuanya sihat walafiat hendaknya..Alhamdulillah, syukur kpd Ilahi, krn memberi kekuatan kpd Shima utk terus menulis di sini. Apa yg nak dikongsi ye hari ni? Malam tadi, Shima mencuba resepi dari dapur Mat Gebu iaitu Rich Mocha Cake. Memandangkan perisa mocha nggak ada, jadi Shima tukar kpd Strawberi Emulco. Alhamdulillah, rasanya memang sedap sgt...tak terkata kelazatan kek ni. Ada rasa strawberi dan ditambah lagi dgn rasa coklat...nyumm..nyum..entah brp kali tah, Shima mengulang2 mkn kek ni. Kek ni manis sikit, sape yg tak suka manis bleh kurangkan gula..mcm Shika ni, tibai je..hehe..kena kencing manis baru tau..

Sorilah, Shima ni memang tak pandai shoot gambar dan inilah hasilnya..huhu. Amik guna kamera hp, camnilah jadinya. walaupun 8.0 Mpix, tp tetap tak cantik...Kamera yg ada dah rosak, mmg nak suruh beli baru ni...Jealous tengok blogger2 masakan lain snap gambar, cantiknya...pinggan mangkuk pun cantik. Takpelah Shima ni kira budak baru belajar...baru belajar wat blog..dan mcm2 lagilah. 

Shika ni memang minat masak, tapi tu la..kdg2 terkejar2 dgn komitmen lain...dgn kerjaya, bisnes yg membuatkan Shika terpaksa balik lewat mlm. Memang hari2 Shima memasak, tp setakat masak lauk pauk je. Nak wat yg luar biasa bila weekend or cuti sekolah. Walaupun ada bibik, tp Shima tetap masak..biarlah anak2 mkn dr air tgn kita sendiri..jd dia rapat dgn kita. Kebetulan pulak, bibik Shima mmg tak reti masak..jd untunglah dia tuannya masak utk dia..serius wa cakap lalu..dia mmg tak reti masak. Selalu kalau suruh goreng nugget, ayam, ikan..mesti isinya tak masak..dulu kat Indo maknya je yg masak..dia keje kat ladang. Ingat masa mula2 amik dia dulu, suruh goreng telur, punyalah lama..skali bila Shima intai2 peghh!!!patutlah tak siap2, dia goreng dgn api yg plg kecik..dia takut dapur terbakar katanya...sengal betul..nak gelak pun ada..Tp sekarang, dah ok sikitla...tp dia kalau wat sambal belacan..emm..mmg sedap! tu la yg dia paling terror!!!

Okla..merapu2 pulak Shima ni..resepi tak bagi lagi..Cuba jgn tak cuba...sedap wa cakap lu...hingga menjilat kaki..wakaka!!

RICH STRAWBERY CAKE
Sumber : Mat Gebu (DTS)



BAHAN-BAHANNYA :
125 gram mentega berkualiti tinggi (Shika guna Buttercup je)
115 gram gula kastor
1/4 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh perisa mocha(Shika ganti Strawbery Emulco)
2 biji telur gred A
75 ml whipping cream, tak payah diputar
50 gram dark chocolate, dadu kecil
150 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)*
Secubit soda bicarbonate*(*digaul dan ayak 3 kali)
Badam keping untuk ditabur(Shika ganti badam cincang)

           CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser 3 tin kecil berukuran 4 inci x 2.5 inci x 2.5 inci atau guna acuan kegemaran anda. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula kastor hingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga kembang, jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Perlahan kan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan whipping cream, hingga habis, putar rata.
  3. Tambah esen vanilla, perisa mocha/strawberi dan coklat cincang, putar sekejap pada kelajuan perlahan hingga rata. Tuang dalam bekas, tabur badan cincang dan bakar selama25 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan dan hidangkan.




No comments:

Post a Comment