KEK KARAMEL

  Tengok dulu ye...kek paling sedap era ini...Hehe..kan shima dah kata...kek ni memang wow!!! sedap bangat...sampai terpaksa wat lg..teksturnya mmg lembut, gebu, lembab2 sikit...sikit pun tak muak bila mkn..tu yg laju je...smpi x ingat nak bg jiran sebelah..Anak2 pulak asyik ngulang buka peti ais nak mkn kek ni. Masing2 x reti nak sebut karamel, jd dia panggil kek paddle pop..hehehe..lantaklah nak..nak panggil apa pun...yg penting kek ni merupakan kek yg plg cepat abis dimakan...mana taknya tak sampai sehari dah licin...lebih2 lg bila dimkn sejuk2...emmmmm cedapnya......nak agi...

Okla...nak resepi tak? Kek ni memang agak leceh penyediaannya, tp hasilnya mmg puas hati. Shima baca blog rakan2 blogger lain yg pernah cuba resepi ada yg sampai 5-6 kali masuk tong sampah. Tp alhamdulillah shima wat 1st time terus jadik...Jom tengok resepinya..


KEK KARAMEL
Bahan-bahan:
(A)
2-3 sudu besar gula

~ Cairkan dalam loyang kek atas api yang perlahan sehingga terbentuk karamel. Ketepikan. Biarkan karamel keras sendiri. Jangan terlebih hitam, nanti pahit.


(B)
½ tin susu cair (200 ml) 
70 gm gula kastor
½ sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
1 sudu besar kastard/tepung jagung

~ Kesemua bahan B ini dikacau perlahan-lahan (atau boleh dikisar sekaligus, kemudian ditapis). Jika banyak berbuih, lapisan susu ini akan berlubang.

(C)
135 ml air
3 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
~ Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.

(D) (Meringue)
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh cream of tartar (optional)
~ Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula, pukul lagi. Masukkan cream of tartar. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.


Cara penyediaan:
1. Tuang bahan B ke atas bahan A.

2. Kaup bahan D ke dalam bahan C hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu/spatula sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian-bahagian ini boleh diletakkan pewarna dan perisa. Kemudian tuang ke atas bahan B secara selang-seli untuk menghasilkan belang-belang.

3. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath.

4. Setelah masak, kek akan lekang dengan sendiri dari loyang. Keluarkan dari oven. Biarkan selama 10-15 minit sebelum diterbalikkan.

5. Sedap dihidang sejuk.




No comments:

Post a Comment