KEK LAPIS ALWANI


Hai....suka tak makan kek lapis? Shima suka sangat makan kek lapis, tapi tak reti nak buat. Antara kek lapis yg shima suka buat ialah Kek Lapis Masam Manis..yg guna tepung biskut cream cracker tu. Tapi itu je la kek lapis yg shima berani buat. Bila mengenangkan jumlah telur yg byk dan proses memasak/mengukusnya yg berjam2 tu yg membantutkan hasrat nak mencuba dan mempelajari kek kukus ni..apatah lagi kek lapis sarawak. Pernah thn lepas shima try buat Kek Lapis Oreo, ok..la, tp Shima tak puas hati dgn teksturnya yg agak kering. Bukan salah resepi, tp Shima yg tak pandai nak membakar kek lapis. Lepas tu malas nak buat lg. Kalau buat kek lapis pun, shima berani buat kek lapis yg tak byk lapisannya..dlm 3-4 lapis tu okla..hehe. itu je la yg shima mampu buat setakat ni..
Jadi..antara kek lapis yg shima suka buat ialah resepi dari Dayang Jack. Shima tengok resepi kek lapisnya simple, tp sgt menarik. Rasanya pun wallla.....mmg sedap. Lagi satu shima suka sbb kek lapis dayang jack ni byk versi kukus..tu yg sedap tu. TQ la DJ krn tak kedekut berkongsi ilmu membuat kek lapis ni..dan setakat ni shima mmg puas hati dgn resepi beliau..dan alhamdulillah setakat ni, kek yg DJ ajar tu, semua shima buat menjadi..hehe. Okla.. DJ, shima minta izin utk c&p resepinya di sini ye...TQVM...

KEK LAPIS ALWANI


Bahan-bahan 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan horlicks (original)
  • 5 biji telur A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 200 gm marjerin
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/3 cawan kismis hitam - Shima ganti hawflakes sbb tak suka kismis
  • 1 sdt esen vanilla
  • pewarna oren, merah dan hijau


Cara-cara 
  1. Sediakan pengukus. Panaskan airnya. Sediakan loyang berukuran 6 inci. Lengserkan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Gaulkan kismis bersama sedikit tepung (1 sudu makan). Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama horlicks di dlm satu bekas yang agak besar. Ketepikan seketika.
  4. Pukul marjerin dgn gula sehingga kembang dan putih.
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar.
  6. Masukkan susu pekat dan putar lagi
  7. Masukkan tepung dan putar hingga sebati.
  8. Masukkan esen vanilla. Ratakan.
  9. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Warnakan merah, hijau dan oren.
  10. Tuangkan adunan merah ke dlm loyang terlebih dahulu, dan taburkan kismis di atasnya. Kemudian, tutuplah loyang dgn kertas foil atau plastik. Kukus selama 7 minit.
  11. Ulangi langkah 10 utk lapisan hijau. Kukus selama 15 minit.
  12. Akhir sekali tuangkan lapisan oren dan taburkan kismis. Kukus lama sikit (kira2 1 jam) atau sehingga ia masak.
***kek ni saiz kecil, gandakan bahan2nya jika nak buat yang saiz besar.


No comments:

Post a Comment