Kek Epal dari Syurga


Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru!!! Semoga pada tahun 2012 ini anda memperoleh rezeki yang berlipat ganda dan memperoleh keberkatan di dunia dan akhirat. Apa azam baru tahun ni? Bg shima masih ada lg impian yg belum tertunai, maka pada thn ni shima akan cuba sempurnakan. Paling penting..moga keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah s.w.t semakin kuat dan teguh hari demi hari seiring dgn usia yg semakin bertambah. Amin...

Oklah..balik pada n3 yg dah berkurun tak sempat di update. Rasanya mcm dah 3 mgu gambar ni terperap dlm kamera..aduhai..malas betui nak mengedit. Kek ni teksturnya sgt lembut...tu yg bila potong ada yg tersompek..huhu. Anyway, bg penggemar kek sebegini..bleh tryla..terasa masam2 epal..dan serbuk kayu manis di dalamnya.



KEK EPAL DARI SYURGA by Alex Goh

Bahan-bahannya
Bahan A
250 g butter
230 g gula halus

Bahan B
5 biji telur

Bahan C
120 ml yogurt 

Bahan D
315 g tepung gandum
1 tsp baking powder
1/4 sodium bikarbonat

Bahan E
3 biji epal - potong kiub
50 g sultana
1/2 tsp serbuk kayu manis

Cara Membuatnya
1. Pukul A sampai kembang.
2. Tambah B dan pukul lagi sampai kembang dan ringan (saya pukul sekejap sahaja).
3. Kemudian masukkan C dan D secara berselang-seli.
4. Jerang bahan E sampai empok. Tapis lebihan airnya. Ketepikan. Bila dah betul-betul sejuk, baru masukkan dalam adunan kek tadi. Gaul sebati dengan sudip kayu saja.
5. Panaskan oven.
6. Ambil loyang kek 9", sapu minyak dan lapisi dengan kertas minyak.
7. Tuang adunan kek tadi dan bakar pada suhu 175 darjah selsius untuk 60 minit (atau sampai masak).
8. Kemudian sejukkan kek sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment